Saturday 17 December 2011

Khasiat Minyak attar Kasturi...

Minyak attar kasturi boleh digunakan utk membuang setan yg dok bergayut dlm badan kita. Tak kira kasturi hitam, merah, kuning, putih, hijau atau kasturi mekah dan lain2 atar kasturi..(tapi yg ori ya)

Anda perlu ada wudhu, dan lakukan solat terlebih dahulu, sekiranya berasa ada gangguan,
apa yg perlu anda lakukan adalah,
bukakan penutup letakkan kat lubang telinga..
baca auzubillahiminasysyaitonirrojiim atau istighfar sebyk2nya...(serahkan betul2 kpd Allah)
kmdian tukar ke lubang telinga satu lagi...
ke lubang hidung dan ke lubang hidung satu lagi...
ke mata, kmdian ke mata satu lagi...
jika ada setan atau jin kafir, letupan akan berbunyi...plop..plop
anda juga boleh letakkan di bawah sekitar ketiak..sekiranya bahu atau tangan anda sakit..atau disendi2..
p/s..jgn pakai yg penuh..bahagikan supaya tak membazir. 

jika anda sakit kepala sebelah, atau kepala anda panas, anda letakkan ke lubang telinga sebelah kepala yg sakit, tunggu sampai angin panas keluar dari telinga anda..insyallah sakit kepala anda akan hilang..atau berkurang dan anda akan dapati botol myk wangi yg sejuk tadi bertukar menjadi berhaba..

satu lagi..sakit kepala sebelah tapi pada bebola mata, anda boleh jg, angkatkan kelopak mata belah atas, bola mata pandang ke atas, lalukan atar kasturi kuning sepanjang mata anda beberapa kali dan berhenti di tempat sakit. hati2 jgn masuk mata, cuma aura myknya yg penting. anda akan dapati letupan kecil berlaku sekiranya setan bertempat di mata anda. 

dua tiga ari lepas, mak clah mengadu bahu tulang kipas dia sakit. katanya petang tadi dia kerat kayu kat belakang rumah. hati clah dah tak brp sedap, maklum mak selalu kena kalu g belakang rumah. clah ambil myk hijau dan myk gamat, sapu pada tempat sakit, dan urut. semasa mengurut tu clah terasa sedikit seriau. hrmm... mmg dah agak. mesti ada sesuatu. clah tambahkan sedikit atar kasturi Mekah, dan urut mak. alhamdulillah, daging pd tulang kipas yg tadinya nmpk bengkak, dah kembali pada asal. bila tanya mak, mak kata dah ok.

kenkadang anda bangun dari tidur dan bgian joint pd belakang anda iaitu kpla dan tengkok sakit...
sapu dan tekan sikit myk atar kasturi dari kanan ke kiri..buat tiga kali...ie bhgian joint ini akan jadi panas kalu anda sakit kepala...insyaa Allah sakit anda akan berkurangan...

suatu malam, selepas solat isya' iaitu dalam kira2 pukul 10 mlm.. clah bercadang utk tidur sejam.....bilik clah, clah biarkan gelap..cuma lampu jiran belakang rumah yg suram...dalam lebih kurang setengah jam ..clah terdengar suara berbisik2..

jantan: g la..
betina: busuk la..
jantan: mu ni..busuk2..g la..

antara sedar dan jaga clah nmpk dua makhluk, satu jantan dok depan, dan satu betina dok kat belakangnya...heran jgk clah kenapa yg betina tu kata clah busuk?pikir punya pikir baru clah teringat, sebelum solat tadi, clah buh myk atar kasturi..kat dua belah tapak tangan clah..walaupun tak banyak..tapi baunya tetap ada..

bila clah bangun bbrp minit kemudian clah rasa kepala clah sakit..

mlm tu clah scan..kenapa kepala clah sakit...
jiran belakang(anak lelaki kesayangan imam selempang kuning.) hantar jin dua ekor..
jadi, jin dua tadi adalah dari jiran belakang..clah buat solat tahajjud utk membuangnya...


p/s..pandai pulok jin cakap klate?biasa la... hehe

kalu anda gunakan myk atar kasturi putih sekurang2nya dua cm utk tangkap semua setan2 di atas, anda akan dapati garisan putih bercorak2 terdpt di dlm botol tersebut...

caranya ialah:
on kan lampu picit..dalam kedudukan cahya ke atas..letakkan botol di atasnya.. corak2 tersebut akan lebih terang..

apa yg sebenarnya itu? clah dah scan setan2 yg terperangkap di dalamnya mmg byk, mrk berkeadaan spt alien dalam tabung uji(dlm filem2 Hollywood), terapung2 di alam khayalan..bermacam2 jenis mukanya..lelama mrk akan lupus(mati terhakis)..kalu guna myk atar lain, anda tidak akan nmpak keadaan ini.. 

clah letak myk atar kasturi warna kuning depan clah utk clah buat solat tahajjud dan bacakan surah Al-Kauthar 1000kali. bila clah pejammata, clah nmpak cahaya pd myk atar tersebut..myk atar kasturi sebyk 6 botol ini adalah utk sedara clah..suaminya kena kencing manis. clah nmpak seekor setan sedang menjilat ibu jari kaki suami sedara clah. setan itu mengejek clah(bila sedara clah tak berjaya memujuk suaminya utk sapukan seluruh kaki, jari2 setakat buku lali),

"mu kaloh(engkau kalah)", katanya..
clah mntk sedara clah autakan agar sekurang2nya dpt buh/sapu pd tgh2 blkg suaminya(kalu apa2 sakitpun, bubuh atau sapukan myk atar kasturi kat blkg dulu), alhamdulillah berhasil. clah jg kena beri sedekah rm10 kpd tabung kemiskinan, guna duit clah sdri tanpa beri tau sesiapa. bila dah masukkan duit, baru boleh bgtau(yg ni utk tarik dia dari tabligh).   

kesemut/kebas
anda tentu biasa kena..jika ini terjadi, ambik myk atar kasturi dan sapu pada seluruh tmpat yg kena..sambil selawat. insyaa Allah cepat ilangnya.

jika anda sakit pinggang..
sapukan myk atar kasturi pada pinggang..sambil bacakan doa nabi yunus as..amalkan setiap hari..


bisul

dua pupu clah bgtau, dulu, dia mmg tak suka bau atar kasturi..busuk, katanya. tapi bila dia dgr apa yg clah cite ttg atar kasturi, dia teringat org tua2 dulu, mmg suka buh atar kasturi kalu ada sakit apa2.
dah dua botol atar kasturi(satu yg putih utknya, dan satu yg itam utk anak dan cucunya) yg dia beli dari mak(ni yg clah dah bacakan ayat al-Quran). atar ni adalah 300 kali ganda kekuatan dari yg tak dibaca.
kmarin dia dtg, katanya dia kena bisul di kaki(bhgian atas) dia buh atar kasturi di tapak kaki bbrp kali. dia tgk bisulnya dah mulai surut.


kaki kecil dari badan

satu lagi yg dua pupu clah citekan, cucunya mempunyai badan yg lebih besar dibandingkan dgn kaki(kakinya kecik). jadi tiap kali berjalan, ia tak stabil. dia bubuh atar kasturi putih ke kaki cucunya, tiap kali cucunya dtg ke rumahnya. kmarin dia bgtau kami, kaki cucunya dah makin besar.(rasa mcm tak pecaya pulok). subhanallah..


lebam2 kehitaman pada lutut dan buku lali

dua pupu clah jg bgtau, cucu sulongnya sentiasa mengalami kemalangan kecil(jatuh, terlanggar etc), jadi lututnya timbul lebam2 bgtu jg pada buku lali.. dia suruh cucunya sapukan atar kasturi itam yg diberikannya. lebam2 kehitaman dah hilang.


gangguan semasa tidur

ada masa walaupun kita dah baca macam2, namun lelap aje datang serangan atau gangguan yg mengacau berulang2, apa yg perlu anda buat ialah, ambil sebotol atar kasturi, bukakan tudungnya. letakkan botol yg masih berisi myk atar kasturi tanpa penutup tersebut berdekatan dgn anda. insyaa Allah, gangguan itu tidak akan datang lagi selepas itu.



p/s..utk sesiapa yg nak beli atar kasturi yg clah dah bacakan ayat2 Qur'an boleh dptkan dr anak sepupu clah cgu wani di skolah teknik tanah merah klate..


Wednesday 19 October 2011

Solat Istikharah

Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah SWT, maka tidak seorangpun boleh menyesatkannya. Sebaliknya, sesiapa disesatkan oleh Allah, maka tidak seorangpun boleh memberinya hidayah.

Rasulullah SAW bersabda:
"Telah aku tinggalkan dua perkara, yang bila kalian berpegang teguh dengan keduanya, kalian tidak akan tersesat sesudahku selama-lamanya, iaitu kitab Allah dan Sunnahku."

Rasulullah SAW juga pernah menasihati Ibnu Abbas yang ketika itu masih kecil dengan mengatakan: "Bila kamu hendak meminta, mintalah kepada Allah dan bila kamu hendak memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah..."

Sesungguhnya Allah SWT akan melakukan urusan yang penting dalam hidup seseorang jika dia mengadu kepada Allah dan solat istikharah. Sesungguhnya Allah SWT akan mencukupkan keperluannya serta memberi jalan keluar dari segala permasalahan.

Solat istikharah merupakan suatu anugerah yang agung. Allah SWT telah mensyariatkan solat istikharah kepada kita menerusi lisan Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW amat bersemangat apabila mengajarkan solat istikharah kepada para sahabat, sepertimana baginda mengajar surah di dalam Al-Qur'an. Hal itu disebabkan solat istikarah memang sesuatu yang sangat penting dan amat diperlukan.

Jabir bin Abdullah berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW mengajar kami solat istikharah di dalam semua urusan kami seperti halnya baginda mengajar kami surah di dalam Al-Qur'an."

Dari segi bahasa , istikarah ertinya meminta kebaikan secara mutlaq tanpa adanya batasan tertentu. Solat istikharah secara ilmu Soraf adalah bentuk istifala dari khairun. Kata khairun adalah isim sebagaimana terdapat di dalam perkataan khairallahu laka fi haza  al-amri(Allah memilihkan yang terbaik untukmu di dalam urusan ini)
ikhtiyarun sama dengan istafa, ertinya memilih. Dikatakan istakhir ilallaha yakhir laka(mintalah dipilihkan yang terbaik kepada Allah , nescaya Dia akan memilihkan yang terbaik untukmu)


Allah SWT akan memilihkan yang terbaik bagi hambaNya bila seseorang itu memohon kepadaNya untuk dipilihkan. Secara syair Istikharah ertinya meminta kebaikan kepada Allah SWT di dalam urusan yang dibolehkan oleh Allah untuk dilakukan hambaNya dengan cara-cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Solat istikharah menunjukkan adanya kepercayaan seseorang kepada Allah SWT. Ia juga menunjukkan adanya hubungan yang terus menerus antara dirinya dengan Allah. Juga kaitan hati dengan apa yang ada di sisi Allah SWT, redha dan pasrah dengan segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT serta tenang menerima apa jua keputusanNya.

Tentang hal ini, ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnadnya, dari Sa'ad bin Abi Waqqas. bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Termasuk kebahagiaan Bani Adam (manusia) ketika dia mahu beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah, dan termasuk kerugian Bani Adam (manusia), ketika dia tidak mahu beristikharah kepada Allah, dan membenci apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah."

Perbanyakkan bertaubat, berselawat dan berzikir kepada Allah SWT agar beroleh petunjuk ke arah kebenaran. Sebelum istikharah, hendaklah memastikan bahawa penumpuan kepada Allah telah dilaksanakan dengan setulus jiwa raga.

Ibnul Qayyim di dalam kitab Zadul Ma'ad menyatakan bahawa orang beriman menerima ketentuan Allah SWT dengan berserah diri dan redha.

Sabda Rasulullah SAW:
"Dan aku meminta kepadaMu agar menjadikan aku redha setelah ketentuanMu berlaku kepada diriku..."

Istikharah dimulai dengan solat. Dengan solat istikharah, maka seseorang itu laksana mengetuk pintu menemui Yang Maha Agung. Maka setelah pintu terbuka, dia pun akan diizinkan untuk berbicara.

Kredit untuk Hj Abdul Rahman B. Mohd Adil, Keajaiban Solat Istikharah, Pustaka Azhar.
Cara dan doa solat istikharah, bolehlah rujuk ke buku tersebut.

Solat Istikharah utk pemilihan terbaik...

Clah sudah mula melakukan solat istikharah seawal usia 16 tahun. Sejak dari tarikh tersebut, mmg sentiasa lakukannya utk pemilihan, namun sebagai manusia tetap ada jugak kelemahan. Mula2nya mntk Allah nampakkkan hasil istikharah dalam mimpi. Namun, rasa macam tak brp seronok pulak. ya la kan, nanti bercampur dgn mimpi lain pulak. Jadi mohon agar Allah perlihatkan sesuatu itu terus samada baik atau buruk. dan sekarang mohon diperlihatkan di dalam solat utk menscan dan merawat. Sekiranya ada pembaca2 yg mengalami kesukaran membuat keputusan walaupun dah buat solat istikharah, teruskanlah melakukan solat tersebut, sehingga tuan2/puan2 benar2 berhasil.    
  

Friday 5 August 2011

Senarai Masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang ada kolah

Sesiapa yang memerlukan air kolah masjid, bolehlah mendapatkannya di masjid2 yg tersenarai di bawah:

Kuala Lumpur

1. Masjid Jame' Kg Baru KL
2. Masjid Jame' Bandar KL
3. Masjid Jame' Alam Shah, Jln Pasar, KL
4. Masjid Jame' Al-Akram, Dato' Keramat, KL
5. Masjid Jame' Mindef, Jln Padang Tembak, KL
6. Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL
7. Masjid Ar-Rahimah, Kg Pandan, KL
 
Selangor 

8. Masjid Al-Ridwan, Ulu Klang
9. Masjid Jame' Kg Cincin, Gombak
10. Masjid Zakaria, Bt 8, Gombak
11. Masjid Jame' Kg Nakhoda, Selayang
12. Masjid Jame' Pandan Jaya
13. Masjid Jame' Seksyen 14 Petaling Jaya
14. Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya
15. Masjid Jame' Mujahidin, Damansara Utama
16. Masjid Jame' Sayyidina Ali, Pdg Balang, Gombak
17. Masjid Bandar Tasik Puteri Rawang 

Quarters Kakitangan Dihantui Ruh Gentanyangan

Pada pagi 30/5, anak sdara clah sms bgtau ttg baby muadz yg menangis mcm histeria dari jam 10 mlm hingga pukul 1.46pagi. Anak sdra clah dah bc 4 Qul dan ayat seribu dinar, tapi dia tetap menangis. Akhirnya, dia baca Yasin, habis baca Yasin, baby muadz tidur..

masa Iqah sms, clah mmg tgh period dan sakit kpla. Dia mntk tolong tgk apa yg mengganggu muadz, clah mntk dia smskan alamat umah dia..clah terpaksa scan guna auzu billa...hanya bbrp kali bc, nmpak kubur lama dlm 3 buah...clah bgtau Iqah, umah dia dok, adalah bekas tapak kubur lama..Iqah berjanji akan tanya kat jiran2. dia pun rasa mcam seriau bila masuk ke ruang dapur...mcm ada bnda dok perati dia...

clah mntk dia smskan nama penuh baby muadz dan abah muadz..clah scan guna 2 kalimah syahadat, di masa inilah clah nmpak makhluk yg mengganggu muadz, mmg benar ruh yg tak tenteram..ruh tu menmpakkan wajahnya yg hodoh pd muadz, sb tu la muadz tu menangis bertempik2...

masa clah tanya ruh tu kenapa kau ganggu dia, ruh tu mengejek clah(clah tak brp yakin nak lawan, sb clah sdg period) "ko takut..eehh...".
clah jawab balik, "mmg aku takut, tapi Allah ada"

clah teruskan jgk bacaan selawat dan alhamdulillah..
kemudian, clah nmpak makhluk tu baring terjelepuk dlm bekas macam penjara...dari besi putih..
"tolong aku" rintih dia kpd clah.
clah jawab, "kenapa kau mntk tolong ngan aku?mntk tolong ngn Allah la. Aku tak tau apa hukuman yg Allah akan beri kpd kau"

abis aje kata2 clah tu...bnda tu ghaib dari penglihatan..

bila clah sms keesokan harinya, Iqah kata, dah tak da gangguan. baby muadz dah ok..

Alhamdulillah...




ilmu yg menarik makhluk lain...

Lama tak dgr khabar iqah. tetiba phone berdering. clah tgk jam, pukul enam lebih..tak lama lagi maghrib...
Iqah yg cal. clah muadz menangis menjerit2....(muadz ni seorg yg happy go lucky..kalu dia nangis jerit2 tu ada la apa2 yg menakutkan)

iqah critakan, dia telah pergi berkursus...kat tepi hutan...balik dari kursus dia terus balik ke rumah.
"tak pa..nanti clah tgk bgm..insyallah.."
lepas solat maghrib dan solat hajat, clah cal iqah...
clah nasihatkan iqah, lain kali mandi dan buang baju kat luar, masukkan dlm besen atau baldi. esok cerah baru ambik pakaian tu bawa masuk ke rumah utk di basuh.

apa yg clah nmpak dalam solat adalah...ada seorg yg satu grup kursus(lelaki ) amalkan ilmu yg boleh panggil makhluk lain(spt magnet). lelaki ni penghisap rokok tegar(sb bau rokok) dan dia mmg suka minum samada kopi atau nescafe(jg ada bau mcm kopi atau nescafe). iqah kata mmg ada, ustaz kat tmpat dia. clah kata:jauhkan diri dari dia. Iqah ni lemah aje...clah dpt rasa jiwa lemah tu...perlu kuatkan semangat, zikir byk2...
iqah jawab, mmg iqah lemah sangat. iqah preggy la ni...



ruh gentayangan di kawasan ipta....

bbrp bulan berlalu, entah mcmna dlm pukul 3 pagi, clah tringat pd iqah, apa khabar dia, lama dah tak dgr berita. pukul 5 lebih, clah trima sms dari iqah. Muadz menjerit2 awal pagi tadi...clah cal iqah: "knp tak cal awal2? ni dah nak subuh, camna clah nak buat? tak pa la nanti clah tgk bgm..janji clah pd iqah.

Lepas solat subuh, dlm pukul 6.30 pagi, clah cal iqah sekali lagi...
mmg ruh gentayangan. dia ni kafir mati kena bunuh, pas tu kena bakar, abunya dibuang dalam lopak air kat tanah rendah kawasan belakang ipta tu..

ini dialog clah dgn makhluk tu..nmpak bayangannya terlompat2...
"knp ko kacau dia?kalu ko Islam, bolehla aku mntk pd ALLAH utk ko masuk syurga ni ko kafir. ko nak masuk neraka? kalu tak nak masuk, dok diam2 kat situ. ko ngacau org supaya org tau kehadiran ko, tapi ko dah jadi abu, mcmna org nak kuburkan ko? anggap aje tu mmg ditakdirkan kubur ko jgn kacau sesiapa lagi..kalu aku dgr ko kaco lagi...aku kan mntk ALLAH hantar ko ke neraka..."

iqah tanya seorg yg tahu sejarah kawasan tu..org tu ckp kawasan tu mmg keras...nasihat clah utk iqah..
kalu muadz tido..bacakan alkautsar dikedua telinganya, buat 30 hari...
   












Monday 30 May 2011

2)scan kaedah kedua

      Selain dari scan secara solat istikhrh, saya juga pernah melakukan secara zikir...
bacalah zikr yg biasa anda bc selepas solat fardhu...
1000 x subhanallah, 1000x astaghfirullah, 1000x ya Allah, 1000x Allahu akbar, 1000x Alhamdulillah, 1000x la ila haillallah....boleh disambung ke selawat 1000x dll...biasanya zikir ini saya lakukan dlm bilik atas katil saya...krn ia lebih tertutup dan lebih privasi... Gambaran yg dilihat adalah kiasan dan spt slide...

Scan Jarak Jauh utk mengetahui masalah dan mengetahui ara rawatan

       Scan secara jarak jauh untuk mengetahui sesuatu masalah pd individu boleh dilakukan, samada secara solat atau secara zikr.Untuk kedua2 kaedah, anda perlu membersihkan hati, diri dan minda terlebih dulu.
     
       Dalam kaedah pertama, biasanya saya membuatnya di awal pagi, dari selepas tgh mlm hingga sebelum azan Subuh. Saya perlu melakukan solat sunat taubat 2 rakaat, kemudian diikuti dgn solat tahajjud 2 rakaat khas utk Allah. Kemudian bolehlah meneruskan utk melakukan 2 rakaat solat sunat istikhrah. Pada rakaat pertama dan kedua, bc Fatihah 1x, surah alIkhlas 1x, ayatul Qursiy 1x dan bc surah alKaafiruun sebanyak2nya sehingga anda dpt melihat apa masalah yg dihadapi..jika belum nampak teruskan ke rakaat kedua. Jika telah nmpak di rakaat kedua, teruskan bacaan utk melihat bgm utk menyelesaikan atau utk rawatan. Sekiranya masih belum nampak juga, anda perlu ulangi solat istikhrh. jika selepas dua kali masih tidak berjaya, anda perlu melakukan solat sunat taubat skali lagi...mungkin anda atau orang yg scan itu ada masalah tersembunyi ngn Allah.

      Biasanya, apa yg saya lihat di dlm solat adalah gambaran2 dan kiasan2. Saya sendiri yg perlu menterjemahkannya.


kelemahan scan:
mmg ada bbrp kelemahan yg perlu diambilkira...

1) perawat perlu melakukan solat sunat tobat sehingga nmpk cahaya, jadi, bilangan rakaat solat tobat ini perlu lebih dari dua...(sekiranya perawat melakukan kesalahan/dosa...)

2)selepas itu melakukan solat sunat tahajjud kpd ALLAH...kita hambaNya, sblom memohon sesuatu dariNya, rendahkan diri terlebih dahulu...perlu sedar taraf kita.

3) solat sunat tobat utk pesakit yg kita rawat pun perlu sehingga ada cahaya.

*4) jgn lakukan solat istikharah(scan) secara tergesa2...ada maklumat yg mgkn tertinggal..

*5) maklumat yg diberi pesakit perlu detail utk mengetahui masalah dgn lebih detail.

*6) tersilap beri penjelasan. olehkrn apa yg dilihat hanyalah gambaran spt slide, kita mgkn tersilap paham...

7) scan diri kita sendiri selepas solat tobat dan solat tahajjud, utk pastikan tiada halangan dr mana2 arah...


*sekiranya ini berlaku, baik kita melakukan solat istikharah utk scan pesakit sekali lagi. Buatlah dgn hati yg tenang...dan ingat apa yg ditunjukkan betul2...wallahu 'alam...

Minyak Attar/Myk Wangi

       Minyak atar yang di keluarkan oleh tukang2 sihir dah semakin berlambak di pasaran. Myk atar atau minyak wangi ini dikeluarkan utk pelbagai guna dan dengan pelbagai nama. Mereka mendakwa ia dibenarkan syarak.

Si tukang sihir membuat perjanjian dengan setan..di mana setan memberikan mereka formula myk wangi, iaitu bahan2 yg perlu utk pembuatannya dan cara pemprosesannya..perlu diingat, setan yg menyelia semua proses...(sambil senyum kambing melihat kevodohan manusia) manakala si tukang sihir memberikan habuan kepada setan2 tersebut. si tukang sihir mendapat wang yg banyak, manakala setan2 mendapat pulangan yg juga lumayan...aqidah orang2 Islam.

Bahan2 yg digunakan mengandungi najis, darah dan anggota binatang yg haram kepada orang2 Islam. penggunaan jampi dan mentera utk menjadikan minyak wangi tersebut lebih umph...di mata pembeli..selain dari itu ada jg unsur pemujaan setan.

Jamuan dibuat utk memberi setan2 ini makan...sebagai ucapan terimakasih..

p/s...ini yg clah nmpak masa scan myk wangi seorg forumer..

Tuesday 22 March 2011

Tok Guru

Ramai yang mengaku tok guru, ada yang benar-benar tok guru yang membawa kita ke jalan yang benar namun ada pula yang boleh menyesatkan akidah kita. Tok guru sesat ini berselindung disebalik ilmu agama, serban, kopiah dan ibadah. Saya pernah pergi berubat dengan seorang tok guru,  namun, setiap kali saya melihat beliau, saya rasa dia mempunyai wajah lain disebalik wajah yang dapat dilihat oleh semua orang. Firasat saya ternyata benar, bila saya melakukan scan, saya melihat seorang lelaki tanpa berkepala mengendung seekor kucing. Lelaki itu berpakaian sebiji seperti tok guru tersebut. Kemudian, saya melihat ada kepala berwajah menyeramkan keluar dari telaga di tempat yang jauh terpencil dan jauh dari kawasan perumahan orang. Kemudian saya nampak macam telaga tapi airnya hitam..saya tau ertinya, tok guru ini ada pengaruh tapi pengaruhnya meninggalkan kesan yang tidak baik kepada pengikut2 atau orang yang mempercayainya. Contohnya taksub membabi buta sehingga menganggapkan dia sebagai wali Allah..dan kata2nya adalah keramat, dan dia boleh melakukan apa sahaja ie memakbulkan doa..

Thursday 17 March 2011

Rahsia Air Jampi/Penawar

  •         Sekarang ada pelbagai jenis air mineral yang dibuat air jampi, dibaca oleh ustaz-ustaz atau tok-tok guru. Ada air yang mempunyai zat yang kotor tetapi dibaca ayat-ayat Qur`an oleh ustaz, samada diketahui zatnya kotor atau tidak oleh ustaz ini, tidak dapat dipastikan. Ia dijual secara meluas di pasaraya-pasaraya seperti Tesco dan digedung-gedung.
  •         Air jampi ini, boleh menyebabkan peminumnya terhijab hal-hal rohani. Dia cuma akan nampak dan mementingkan hal-hal duniawi semata-mata.
  •         Adalah penting untuk kita mengetahui zat-zat air itu benar-benar bersih dan suci sebelum memulakan jampi, samada sumber air itu adalah dari air mineral, air paip, air telaga atau air pam. Saya pernah mengalami peristiwa di mana seorg ustaz telah menjampi air yang saya bawa(air itu saya minta dari jiran saya). Setelah dibawa balik ke rumah, saya tidak sanggup untuk minum atau mandi menggunakan air tersebut, kerana saya terasa ia kotor seperti sampah..Emak saya membebel kerana sudah beberapa hari berlalu, namun air tersebut tidak berusik sedikitpun. Bila saya scan, saya dapati, air itu bercampur dengan zat air yang kotor dari sampah, sebenarnya pam air terletak terlalu hampir dengan longkang. Namun saya tidak menyangka ia mempengaruhi.  
  •         Air penawar yang dibaca oleh bomoh yang ada pendamping. Saya pernah berubat dengan seorang bomoh yg ada pertalian darah dgn saya yg ada pendamping. Dia memberi air penawar untuk saya minum. Sudah beberapa hari berlalu, tapi saya rasa kerongkong saya tidak dapat menerima air tersebut, saya rasa geli tekak. mak saya marah kerana duit RM10 harga air penawar itu terbuang begitu sahaja. Saya minta mak jirus pokok guna air itu..sbnarnya bomoh ini bkn guna pendamping, tapi berpuloh2 ekor setan...agak2nya la...apa setan2 tu buat dlm air tersebut?
  •         seorg pesakit saya telah memohon keizinan dr saya utk menghabiskan air yg dijampi oleh seorg ustaz. saya kata, nanti dulu, biar saya scan dulu. Mana la tau kot ada apa2. apa yg saya nmpak dalam solat adalah air tersebut ibarat pokok rumput liar daun lebar di ladang getah..ertinya? tak berguna pun kalu diminum pun...tiada apa2 manafaat...