Sunday, 15 April 2012

29. Petua Ciklah....elak dr jadi kemarahan suami/mertua etc

1. Lenguh2 pada badan..

awal pagi tadi clah rasa lenguh teramat pada kaki dan bawah paha, nak teruskan solat tahajjud rasa terganggu...
jadi, clah buat solat istikharah utk rawatan..hasilnya inilah yg harus clah buat utk ilangkan lenguh...

Buat solat tobat 2 rakaat, pas tu buat solat tahajjud 2 rakaat. Dalam solat tahajjud tu pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah(boleh baca Al-ikhlas dan ayat Kursiy kalu rajin) baca surah al-Falaq 21 kali...khusus utk buang lenguh jasmani dan rohani...kena fokus betul2...buat selama 3 hari....

selepas selesai solat, lenguh clah dah tinggal 10peratus je(ada lagi 2ari nak kena buat)...ini andainya anda tiada tungku...tapi kalau nak cepat, tungku adalah paling berkesan....

anda jg boleh gunakan myk atar kasturi yg dicampur dgn bunga tanjung(ramas2) dan sapu ke tempat lenguh. Atau boleh jg guna myk atar 30 juzuk. seorg kawan clah, cal selepas seminggu mengalami lenguh2. sudah pelbagai cara di buat utk ilangkan lenguh, namun semuanya gagal. Dia ni kalu cal, tak mengira pukul brp pun. clah cadangkan dia guna myk atar 30 juzuk sapu di tempat lenguh. selepas sapu dia sms clah:mengong saya ni clah. dah seminggu saya lenguh tak ilang2. tadi lepas sapu aje myk atar 30 juzuk bbrp minit, semua lenguh ilang.

bbrp bulan lepas clah diserang oleh istri seorg perawat(dia ni menggunakan ilmu jawa kuno), sakit kpala macam migrain. tapi yg peliknya kolong mata sakit dan bila didekatkan mulut botol myk kasturi putih yg terbuka, bahang panas terasa. seolah2 ada api pd botol tersebut.  dah tau mcm tu, clah but solat tobat, kemudian disusuli dgn solat istikharah. Masa tu la clah nmpk makhluk peliharaannya ular besar spt anaconda berbintat2 mengelilingi kaabah(kaabah adalah melambangkan hubungan ngn Allah) tapi jaraknya mcm sekitar dibahagian luaran. pergerakan ular tersebut begitu pantas. clah bc apa yg patut. dan melancarkan serangan balas. lama jg clah baca tanpa henti..sehingga clah terdengar suara mintak tolong lepas tu clah terdengar suara ALLAHUAKBAR...
selesai solat, tak da lagi rasa sakit kpla. sehingga saat ini sudah tiada serangan dari pompuan tersebut. hampir setahun dia menyerang clah dari masa clah tak brp pandai menyerang(clah cuma bertahan selama ini).

kemarin clah diserang kepanasan. bila dekatkan botol myk atar kasturi, alhamdulillah kepanasan tu berkurangan. hari ni pun mcm tu jg. tapi yg peliknya, botol yg didekatkan tu menjadi sejuk spt ada ais dalamnya. clah dekatkan botol tu setelah minum air zam2. clah bermimpi, clah perlu baca Ya dzal Jalali wal Ikrom....utk membinasakan serangan itu. apakah serangan itu? ia adalah ular kecil yg panjang berwarna kelabu tua...alhamdulillah dah ok...

apa ye yg ada dalam botol myk wangi kasturi tersebut? setelah sekian lama clah scan, mcm2 rupa setan yg ada dlmnya. mrk terperangkap di dlmnya spt alien yg dibekukan. Ia lelama akan terhakis. kalu tgk dari luaran, kita akan nmpk bentuknya spt pusat telur putih tapi dgn pelbagai garisan/bentuk.  
 
p/s...semuanya kuasa ALLAH....



2. ikhlas dan hilang sifat riak

selalu amalkan  
hasbiallah wani'mal wakiil ni'mal maula wani' mannasSTir wa la haula wala quwwata illa billahil aniyyil adZiim......
atau doa Nabi Allah Ibrahim AS:  
hasbunallah wani'mal wakiil...
insyallah ALLAH akan tanamkan keberanian, keikhlasan dan hilangnya sifat riak dr hati kita...


3. Yakin

Utk masukkan keyakinan yg teguh kpd ALLAH dalam diri kita tanpa sebarang keraguan, amalkan baca surah al-Insyirah 3 kali sehari tiap hari....

4. kembalikan nur ruhani...

jika terminum air penawar yg menyebabkan hati kita lebih condong kpd duniawi(tgk kes rahsia air jampi) buat solat tahajjud 2 rakaat. dalam rakaat pertama dan kedua, selepas fatihah, bacalah surah AtTakastSur sebanyak 11 kali...atau jika masih terasa tak puas hati tambahkan menjadi 21 kali. insyallah cahaya dan aura itu akan datang kembali.


5.  lekat tulang ikan

baca surah Al Fatihah hembuskan pada ubun2 pesakit...insyallah tulang itu samada keluar atau tertanggal dgn sdrinya.
satu lagi ialah clah selalu ingatkan diri, tulang makanan jin, isi ikan makanan clah. insyallah tulang akan terlekat kat gigi...atau kita akan terasa ada tulang.

kisah ini terjadi di rumah kak nah clah di Grik perak. abg ipar akan berpindah mengajar ke tempat lain, jadi mrk telah membuat kenduri nasi dagang. Nasi dagang biasanya berlaukkan ikan aya(ikan tongkol) yg tulangnya besar2. Ada seekor kucing yg selalu masuk ke dapur kak nah. clah mmg tunggu kat dapur takut sekiranya kucing menyelongkar periuk. segala tulang dan sampah kami telah masukkan ke dalam plastik beg. Kiranya kat dapur tu hanya ada kucing dan clah sahaja. yg lain2 dok kat ruang tamu melayan tetamu yg datang. clah sdg memerhati sikucing yg asyik tercium2 bau ikan.
"kucing ni, kalu selongkar plastik sampah tu dan makan tulang ikan aya, mau terlekat tulang", ujar clah dlm hati.
mmg benar tekaan clah, kucing tu mmg makan sisa ikan dan mmg terlekat tulang yg paling besar pada ikan aya, tulang rahang. bbrp minit ia cuba berusaha membuang tulang, tapi tak berjaya. agak lama jgk, timbul rasa kesian dihati clah. clah pun pegi dekat dgn kucing tu dan bacakan surah alFatihah dan hembuskan di ubun2nya. alhamdulillah, pastu tulang tu berjaya ia kluarkan.

setelah tiada tulang yg melekat, iapun dah rasa lega, ia datang kpd clah menggesel2  kan badannya sbagai tanda ucapan trimakasih la kot! apa lagi menjerit la clah...lari merata
"mak..tolong....!eeee...geli tak mo..syu syu...jauh2..." 


6. sakit kepala 

suami clah(ex) kena sakit kepala, matanya merah apa yg clah beri ialah air masak yg clah selalu bawa buat bekal ke tempat kerja. beri minum, basahkan mukanya dan seluruh kepalanya. insyallah dalam bbrp minit segala sakitnya ilang. air dan botolnya clah selalu bawa ke surau(di tempat kerja) dan tak pernah bawa ke bilik air. sblom setiap kali isi air ke dalam botol tersebut, bacakan basmallah.

kawan tempt kj clah, Kimi sakit kepala. kami hanya ada tiga org sahaja dlm satu shift, clah, Kimi dan Jai. malam tu pulak mlm ahad(hari ahad) jadi tiada satu pun kedai yg dibuka kerana sudah larut. Jai datang merayu2 kpd clah agar buat sesuatu. clah suruh dia masak air, nanti cal clah utk ke pondok pengawal(tempat mrk berdua bertugas). air yg menggelegak tu clah buh dalam mug, bacakan Fatihah..masih panas lagi clah mntk Kimi minum, basahkan kpla dan muka. alhamdulillah bbrp minit kemudian Kimi dah ok...(tu la asyik bergayut kat phone hehehe)


7. kanak2 cirit dan muntah2

sekiranya kanak2 mengalami cirit2 dan muntah2 krn silap makan, atau krn alahan kepada kucing, beri minum air zam2...insyallah ok...
kejadian spt ini pernah terjadi kpd anak sedara clah angah sewaktu berusia setahun lebih. dari pagi hingga ke maghrib dia kena. masa maghrib kami beri minum air zam2 suku cawan, alhamdulillah dalam bbrp minit ilang sakitnya.


8. solat tanpa kehadiran rohani?

tiga minggu lepas clah teman mak g bandar KB...jalan sana, jalan sini..wah penat giler..balik dah masuk waktu zohor, tapi penat dan lesu sgt, clah kata nak lelap jap, sat agi nak bangun solat zohor..dlam 10-20 minit tidor, clah terjaga, takut pulok terlepas zohor, lagi haru...dalam kepenatan, clah solat. clah terdengar..
"ko belom sedia lagi..."
clah jawab..tak..aku dah sedia...
clah solat, tapi tak boleh nak tarik rohani..dah brp kali cuba, tak dpt2...
malam tu lepas solat tahajjud dan solat tobat, clah buat solat istikharah..
apa yg sepatutnya clah buat tadi..

inilah petuanya....kalu kita dalam kepenatan yg melampau, hanya jasmani kita yg solat, tapi rohaninya tak...sblom mulakan solat, kita kena:
ucapkan dua kalimah syahadah sebanyak 3 kali dulu..kmdian baru lah kita solat.


9. anda beser?

sekiranya anda megalami sejuk pd ari2 dan biasa nak terbuang air kecil...
ambil sikit balm chantek produk Nadia Mustafar(pelakun tu, bkn losyennya ya..!), sapukan pada ari2 dan seluruh bawah perut, insyallah anda akan rasa perubahannya..


10. anda kena buasir?

gatal2 pada tempat buang air besar? bersihkan dulu...ambik sikit myk atar kasturi hitam, sapukan pada sekeliling tempat gatal tadi..pada waktu subuh dan maghrib..insyallah ilang gatal tu...myk atar kasturi ni panas, jadi campurkan sedikit myk gamat asli(yg tak dicampur dgn menthol)..

11. sakit perut yg misteri

ada masa clah mengalami sakit perut yg melampau, sapu myk angin biasa atau myk angin panas pun tak ilang jg sakitnya...biasala perawat mgkn akan diserang tanpa peringatan, jadi apa yg clah buat, ialah sapukan sikit myk atar kasturi pada tempat sakit, bacalah doa Nabi yunus as..insyallah hilang sakitnya.
mak clah pun pernah terkena sakit perut yg misteri..dia jg guna cara ini..alhamdulillah berhasil...

12. sakit kepala sebelah 
anda sakit kepala dalam mata mencucuk2 tapi tak tahu bgm nak merawatnya... ambik putik kapas(cotton bud)..kepala kapas kan bulat, anda tarik sikit kapas pada hujungnya dalam seperempat inci..runcingkan ia, lembabkan dgn air zam2..masukkan putik kapas tadi ke dlm telinga anda...biarkan seketika(mgkn anda akan mendengar letupan2 kecil) sehingga anda rasa mata dan kepala anda sejuk..kluarkan...

untuk lenguh badan, andainya ia sukar hilang, anda jg boleh letakkan sikit myk atar kasturi samada pada hujung cotton bud yg ditarik itu atau pada hujung tisu yg digulung runcing, yg lembab..masukkan ke telinga...biarkan ia bbrp minit..sehingga lenguh anda hilang...insyallah 

p/s...jgn buang mcmtu aje kat dlm bakul sampah! basuhkan baki air zam2 yg masih terlekat(diluar rumah, sebaiknya kena tanah, jgn masuk ke longkang). kmdian anda boleh buang ia spt biasa...


13.anda nak bercerai dgn aman?

buat solat sunat tobat dulu, kmdian buatlah solat istikharah utk mengetahui samada baik utk anda bercerai atau baik utk diteruskan perkahwinan. andainya keputusannya adalah baik utk bercerai, buatlah solat tahajjud, mntklah kpd Allah agar perceraian berlaku secara aman dan smooth tanpa sebarang masalah.

 14.menambah keimanan

amalkan sekurang2nya 33x sebelom tidor, kalu anda rajin, boleh buat dua kali sehari:

-auzubillahi minasysyaitonirrajiim...
-2 kalimah syahadah
-slawat Nabi SAW..

tingkat keimanan anda dari segi rohani akan bertambah..dan
bonusnya ialah..jika anda diserang dalam tidor..anda akan dapat melawan serangan itu..

15. pendinding

dulu, clah pernah gunakan 7 penjuru ayatul qursiy sbagai pendinding..skrg, clah lebih suka baca
hasbunallah wani'mal wakiil...

16. melindungi dari sesuatu yg bahaya.. 

clah akan baca ni kalu nak kluar ke seksyen 17(masa dok u dulu) terutama masa malam..sb kena jalan sorang2 mana ada sapa nak teman(mrk semua sibuk study)

masa di uitm dungun, ada satu kisah..
lepas balik kuliah, kami beramai2 sedang shiningkan kasut utk turun kawat jam 5 ptg nanti. Bila nmpk ana, kami heran dan tanya la..
"ana, ko dah siap ke?"
ana, kawan clah ngn berlagak (hehehe) menjwb
"..apa la korang ni..aku dah bereskan kj aku tadi..aku buh je myk johnson..jap je dah ok.."
salah sorg dr kami nasihatkan ana..
"ana..nanti kalu ko turun ke padang kasut ko akan jadi klabu.."
ana buat tak kisah je...

masa kami turun ke padang kawat..kami semua kena berkumpul..masa tu ana datang pada kami dgn cemas...
"alamak! apa aku harus buat, sibadrul komander tu tentu nampak kasut aku tak shine..mesti aku kena round pdg..."
kawan2 yg lain mmg tak boleh nak buat apa2..
clah gelakkan gelagat ana..tadi masa dinasihatkan, real punya lagak...
kesian pulak clah rasa...
"gini la ana.. ko baca la hau la wala quwwata illa billahil aliyyil adziim..byk2 kali sampai dah ok.." 
alhamdulillah..tak da la si ana ni kena round padang...:D

satu lagi peristiwa semasa ditahun satu u, keputusan kami akan ditampalkan atas papan kenyataan...jadi satu msia dpt tgk...keputusan clah tak brp elok..(tunggu masa la kwn2 akan kutuk aku)
kiranya clah ni antara yg terawal g tgk papan kenyataan tu...apa yg clah buat adalah bc je la hau la wala quwwata illa billa hil aliyyil adziim...byk2 kali.. dan kemudian tawakkal...

masa kat hostel..clah tgh rehat2..kwn2 yg baru sampai..sibuk berbincang pasal keputusan..mrk dtg pada clah,
"keputusan clah tak ada.."kata mrk...
"ada, "jawab clah..
"dah cek byk kali.."kata mrk, "..tak da langsung...!"
clah sengih je..dalam hati..ckp
"aku tau korang punya sikap..Allah tau..jadi, Allah slamatkan aku"


17. mandi sejukkan badan..

kenkadang ada masanya anda mandi namun anda rasa tak puas seolah2 badan anda masih panas dan tak selesa...jadi apa yg perlu anda buat ialah.. setiap kali anda mandi niatkan mandi anda kerana Allah..

sahaja aku mandi utk kesihatan dan kecantikan badan ku rohani dan jasmaniku krn Allah taala...
insyaa Allah bkn shj jasmani anda rasa segar..rohani anda pun rasa segar...


18. menghilangkan dahaga

ada sesetangah orang minum air bergelas2 dan tambah air ais lagi..namun belum dapat hilangkan dahaga...
petua clah adalah..
setiap kali anda nak mula minum baca
basmalah..dan baca ini
"dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. yg menghilangkan dahagaku didunia, di akhirat dan ketika saqratul maut...(dan clah selalu tambah..lagi...) jgn lah aku mati busuk...

insyaa Allah anda akan merasa kepuasan minum air dan tak perlu bergelas2(tak baik utk kesihatan jg dan bg mereka yg ingin maintain slim..supaya tidak jadi seorang yg gemuk air...)

19. ayat 10 surah al-Kahfi...

mak clah masih dok buat kj kat dapur walau waktu maghrib dah nak masuk. Sibuk pulak org tua ni...mak kuar la..maghrib2 tak elok la dok buat apa lagi...
sekejap clah terdengar suara org bising kat dapur...jap agi mak kuar ke ruang tamu tempat clah duduk2..
clah: nape mak ?
mak: tolong buat sesuatu kat jari mak rasa sakit...tadi ada cicak masuk dalam kain mak...
clah gelak guling2...

Clah: tu la mak..buat apa maghrib2..lepas maghrib sambung la nak buat apa pun...
mak: tolong la buat sesuatu ..tgn mak ni (sambil mak tunjukkan ibu jari dia..)

 sambil baca ayat 10 surah al_Kahfi clah buat gerakan urut twist jejari clah pada ibu jari mak..mak yg tadi asyik dok menyumpah2 sicicak(clah ambil myk urut...dan urut mak dgn membaca ayat 110 surah al_Kahfi...mak kalu tak puas hati..tunggu la sepuluh hari mesti dok cite bnda yg sama..mcm tv asyik dok tayang isu2 basi)..ada bunyi pap..diikuti tempikan kuat dari mak..

mak:aaahhh...(sambil tarik ibu jarinya..)

clah: terkejut la mak..nape? 
(clah relaks je ..kontrol macho..konon)
mak: sakit la..

clah: bkn clah buat kuat pun mak...gini la mak..
esok mak g umah pok No utk berurut. dgr dia kata apa..

esok pepagi mak ke rumah pok Nor..kira2 sekilometer dari rumah kami...
dalam lebih kurang dua jam lepas tu mak balik..

clah: hah mak..jumpa pok No? apa katanya?
pok no tanya sapa yg urut, mak jawab la anak tolong..pok no kata nasib baik..tulang tu dah masuk..kalu tak masuk lagi sakit..sb masuk angin dan bengkak..dari maghrib ke pagi sakit la...lama tu...

clah: ha..tu la mak..beriya tempik sakit...bkn nak timakasih kat org(clah bahasakan diri org ngn mak)
mak: hah..ya la..timakasih..
sambil senyum..clah pun sama senyum ...

kak fatin, anak sedara clah, jarinya tersepit dipintu bilik(bila paknya tutup pintu bilik, sb nak solat...)
jadi dia dtg kpd clah sambil menangis..jgn nangis kakak..mai clah urut..
ni pun clah baca ayat 10 surah al-Kahfi...tak sampai lima minit..kak fatin dah tersenyum..
kak fatin: tak sakit dah clah..

p/s...
dlmasa bbrp minit selepas habis urutpun, urat2 masih terasa seolah2 diurut..ni pengalaman yg clah rasakan sdri...   


20. bau ketiak

ramai di kalangan kita yg mempunyai masalah bau ketiak yg tidak menyenangkan. Pelbagai bahan digunakan deodarant, bedak hibka etc.. dulu clah selalu rasa was2 utk gunakan deodarant, maklumla katanya tanpa alkohol, tapi mgkn ada bahan lain yg disembunyikan dari pengetahuan yg tak halal dipakai utk solat. Beli mahal2..pakai utk solat, solat tunggang terbalik berejam2..alih2 solat tak sah.. rugi dunia akhirat.

alhamdulillah dalam forum yang clah join dulu, ada seorg forumer yg bg cadangan utk gunakan bedak berubat bayi(tak kira jenama apa pun)..inilah petua yg clah gunakan sampai skrg..puas hati..semoga Allah berkati forumer tersebut.

p/s..kredit to WanitaJelita forum cari..


21. hubungan dengan Allah 

amalkan baca surah al-A'la semasa solat tak kira samada solat fardhu atau solat sunat, hati terasa bersih dan ada cahaya. tapi perlulah anda tahu maksudnya sekali, jangan baca je... 


22. perlindungan aqidah

semasa mengucap dua kalimah syahadah utk tahiyyat akhir, mohonlah perlindungan utk aqidah dari Allah. yang ni clah scan dan mohon dari Allah sendiri. selawat yang seterusnya adalah utk perlindungan jasmani dan rohani, walaupun kita kena serangan, tapi tidaklah teruk. 


23. urut dgn myk atar kasturi

mengurut menggunakan myk atar kasturi lagi cepat kesannya, berbanding dgn menggunakan myk urut biasa..


24. resdung

selain anda mengamalkan basuh muka dan masukkan ke hidung(mcm ambik wudhu')dgn air suam, amalkan jg mencium bau atar kasturi setiap hari. jika pipi anda atau muka anda sakit krn resdung, jgn lupa urut menggunakan atar kasturi. gunalah satu atau kombinasi..setiap hari sehingga sakit anda hilang. hati2 jgn terkena mata. 


25. gigi goyang/sengal

jika gigi anda sedikit goyang atau gigi anda berasa sengal, kunyahlah serai yg telah dimasak. kunyah sehingga anda puashati. selain dari serai, anda boleh juga kunyah lengkuas muda yg dah dimasak..


26. dalaman yg sejuk.

utk org pompuan, anda boleh kunyah lengkuas muda atau serai yg telah dimasak dan telan airnya. ini mmg bagus utk panaskan dalaman anda.

27. gigitan nyamuk

kita mmg sakit hati kalau nyamuk gigit kita. tambah lagi sakitnya hati kalu tempat nyamuk gigit, susah utk digaru, spt tapak kaki, tapak tangan etc.. pelbagai ubat dibubuh/sapu utk hilangkan gatalnya. selain dari air liur anda sdri disapu di tempat terkena gigitan, anda boleh cuba, ambil bunga melur yg masih belom berkembang(masih kudup), tenyehkan kat tempat terkena gigitan beberapa kali, sehingga gatal dan sakit hilang.. insyaa Allah berkesan..

28.perisai dari kesesatan
clah scan seorg tokoh ulama' malaysia yg terkenal yg meninggal dlm kesesatan. clah mengeluh. sambil menangis clah mohon kpd Allah agar selamatkan kita semua dr kesesatan. Allah berjanji akan beri perisai dr kesesatan.
Inilah amalannya...amalkan surah alKauthar...(bacalah dgn sepenuh hati)


29.sentiasa jadi bahan marah suami/mertua etc

seorang kenalan clah mengadu, suaminya selalu marah2 bgtu juga dgn mertuanya. ada sahaja yg tak kena. dia susahati.apa yg harus dia lakukan?
cara:
lakukan solat subuh. kemudian, baca surah alKauthar 100kali sebagai amalan harian. insyaa Allah akan selamat dr kemarahan mrk.




2 comments:

  1. Assalamu'alaikum clah. Saya nak minta izin dari clah untuk saya buat amalan2 seperti di atas dan dari lain-lain post clah yang berkaitan. Semoga clah memberi izin.

    ReplyDelete
  2. salam.saya memerlukan anda untuk berubat abag saya send kat taukemas002@yahoo.com.my

    ReplyDelete