1) air dalam botol
dah bbrp botol air 5liter kami beli dari tesco KB, bkn tak da telaga, cuma rasa was2 utk minum sb tok sami @imam selempang kuning(jiran clah) selalu antar setan2 peliharaan dia utk tunggu telaga di belakang rumah kami. utk minum, kami minum air dgn gambar air terjun itu.
suatu ketika tesco telah menghentikan pemasaran air dr kota tinggi ini, sebaliknya ambik supplier baru iaitu dari air kuning taiping. clah tak tau hal ini. jadi, clah mntk mak pesan anak sedara clah utk beli 1botol(5 liter). anak sedara clah kata, yg botol 5 liter tak da, jadi dia beli yg kecil 5botol. kmdian dia bawa balik..
clah tgk dan amati air tersebut..clah rasa ada bnda yg tak kena...nmpak mcm air tu kuning..dan rasa kotor..hati clah dah berdebar2. mmg benar firasat clah, pihak tesco mmg ambik dari air kuning taiping. terkilan gak la...clah antar mesej ke tesco..mntk diorg tolong jgn ambik dari air kuning, sebaliknya ambik semula dr kota tinggi...
bbrp bulan selepas tu, alhamdulillah pihak tesco telah menerima cadangan clah. mak beli air dlm botol 5 liter dan bawa balik. clah tgk dan ambik air tu letak kat depan tempat solat. bbrp minggu jgk la air tu dok kat situ. dlm hati masih ragu2, maklumla sekali dah terkena. clah buat solat istikharah, mntk Allah perlihatkan samada air tu boleh diminum atau tak. apa yg clah nmpak?
air tu dah lama dok tunggu clah meminumnya!! masyallah....
2) kabinet tv yg menangis..
kejadian ni berlaku bbrp tahun lepas. clah bersolat didepan kabinet tv, di ruang tamu. clah berzikir..pastu clah menangis tersedu2..tetiba clah terdengar bunyi gegaran dari kabinet berkenaan. memula ingatkan cicak..so clah ignore je. pas tu clah menangis lagi kuat, lagi kuat bunyi gegaran dari kabinet tv tersebut. masyallah...
3) alQuran mak yg menangis melambai2...
4 tahun di UIA Qur'an mak(yg mak dapat masa g Mekah) itulah yg menjadi peneman, lepas solat samada hati rasa sedih atau gelisah, ialah yg clah baca. kiranya tujuh kali khatam la semenjak, kat sana...kemudian bila clah ula2 kj, ia jg clah bawa bertahun2 semasa kat penang...
selepas clah kerja dan beli Qur'an lain, clah dah tak peduli langsung pada Qur'an mak tu. clah bawa balik ke rumah dan letak atas lemari buku bersama Qur'an2 yg lain...bbrp tahun lepas, iaitu dlm tahun 2007, clah alihkan Qur'an tu letak kat atas rak buku anak sedara clah dekat pintu dalam bilik mak. ini utk menyenangkan anak sedara clah ambik Qur'an tu utk dibaca(dia tahfiz, amalan baca Qur'an mmg tak boleh ditinggalkan walaupun dia dah menghafaznya). tapi yg peliknya, tiap kali clah buka pintu bilik mak clah, clah terasa Qur'an tu melambai2 memanggil clah...
bbrp bulan kemudian, bila anak sedara clah tamat belajar, clah alihkan rak tu bersama buku2 dan AlQur'an tu ke dalam bilik adik jg hampir dengan pintu. Tiap kali buka pintu bilik adik adik clah, clah nmpak Qur'an tu menangis melambai2 clah utk membacanya..bayangkanlah..dah berpuluh tahun clah tinggalkan Qur'an tu, clah hanya baca Qur'an clah tapi ia masih terus melambai clah.
selepas itu mak pindahkan Qur'an tu ke bilik kakak pulak, letak atas kepala katil. semenjak hari itu sampai sekarang, tiada lagi lambaian dan tangisan yg clah nmpak(mgknkah ia dah boring..sb clah wat bodo je...?entahla...atau clah ni byk dosa sampai tak nmpk lambaiannya...wallahualam)
4) Qur'an clah yg menangis kesedihan
masa tahun 1996 masa dok di Butterworth, clah telah g pasar malam, mas tu masih cerah lagi, maklum la dalam pukul enam petang..ronda2 kat gerai buku2 ugama seorg abg melayu..belek sana-belek sini..clah terberkenan dgn Qur'an yg dalamnya setiap nama Allah ditinta merahkan..warna kulitnya hijau tua. hanya satu tu aje Qur'an yg berbeza dari yg lain, yg lain2 tu Qur'an cetakan malaysia.
Qur'an ni clah jarang baca...clah lebih suka belek qur'an terjemahan, boleh baca kedua2nya sekali...bkn tak sayang pada qur'an tu..tapi tiap kali tgk..lepas ni la baca..lepas tu mesti tak jadi...
heran gak la...nape boleh jadi mcm tu bertahun2...clah scan knp...clah nmpak bayangan Qur'an ni menangis2 kesedihan..ia tahu clah sayangkannya, dan ia pun sayang pada clah namun ia seperti berada dalam kotak kristal..
rupa2nya, mmg Qur'an ni hadiah dari kjaan Arab Saudi utk jemaah haji msia, namun, ia telah diambil secara paksa oleh seorg lelaki dan g jual kat abg pasar malam tu, duit tadi digunakan utk berjudi...tuan punya sebenar tidak redha sesiapa yg ambik qur'an tu...jadi utk elakkan dari sumpahannya terus menimpa, clah kena baca surah Fatihah setiap mula baca Qur'an tu...kmdian barula boleh meneruskan membaca seperti biasa... dan itulah yg clah buat hingga kini...
5) bumi Genting Highland..
awal pagi..bulan disember lepas clah buat solat utk melihat bumi di genting highland,
clah: Hai bumi, bagaimana engkau rasa?
bumi: Kami sedih..
clah bagitahu bumi genting highland apa yg akan Allah bagi..genting highland akan jadi padang jarak padang tekukur, dan selepas itu akan jadi pusat dakwah para ahlul bait..
clah: skrg bagaimana engkau rasa?
bumi: kami gembira..
No comments:
Post a Comment