pagi tu clah dok atas krusi sambil relax2... tgk rumput2 yg semakin panjang...tetiba terbayang wajah seorg habib yg clah mmg suka..kmdian terdengar suaranya:
"awak baik.."
dlm hati clah..mana la clah ni baik..
kmudian dia sambung kata2nya
"hati2..ramai musuh sekeliling.."
petang kemarin clah solat dan ternampk sheikh nazim sedang memberi bai'ah...
clah ignore aje..
masa maghrib clah dok tengah solat(clah solat leawt siket dalam pukul 7.35mlm(sb nak kena minum dan makan utk rawat diri dulu) clah terdengar kata2 sheikh..dia nak jumpa dgn org yg Allah dan Rasul(saw)Nya sayang ...clah jawab...clah tak boleh jumpa dia skrg..dia nak jumpa dgn Allah dulu..insyallah lepas tgh malam clah jumpa...
lepas solat clah asyik teringat perkara ni..
wah... segan la..clah ni byk dosa..
otak clah ni ligat dok pikir perkara yg sama..oleh sebab batuk yg tak berhenti2..rasa lelah..badan clah jadi letih..jadi clah tidor dulu, dua jam kemudian clah bangun utk solat..
"alamak..mcmna nih.."rungut clah .. "nak jumpa beliau pukul brp..."
batuk membuatkan pergerakan jadi slow..maklumlah, mengah mana nak batuk lagi..
kmudian g minum air rendaman bj kurma ajwa(utk sejukkan tekak yg perit krn batuk)
byk solat rawatan yg tak dapat clah buat..
clah terdengar .."buat satu2..habiskan yg kawan clah punya..lepas tu boleh jumpa sheikh.."
jadi walaupun slow aje...clah habiskan satu2...rehat pas tu sambung lagi..rehat..
lebih kurang pukul 4.30 pagi semua solat yg penting dah habis clah buat..
kemudian ada satu lagi masalah...clah nak jumpa tuan sheikh dalam/melalui solat...tapi nak solat apa?
solat istikharah ka atau solat hajat atau solat tahajjud?
kmdian terdengar.."gunakan solat tahajjud.."
clah senyum...
clah akan buat solat tahajjud tapi oleh sebab kesihatan clah yg tak begitu baik, clah tak boleh baca surah panjang2..suara jadi putus2..clah akan gunakan selepas Fatihah baca surah al-ikhlas byk2 kali baca pada rakaat pertama dan kedua..
masa di rakaat pertama semasa surah al-ikhlas...clah dah nmpak gambaran kediaman sheikh...(wah ..clah ni mcm rusa masuk kampung la pulok..mata melilau tgk dinding ...di dinding mrk biasanya ada corak2 keIslaman yg cantik..mcm dalam mimpi clah ketika ditanya ttg apa erti sharif oleh lelaki berjambang..)
kmdian clah terdengar suara meminta clah tunggu sb sheikh sedang solat...
tak lama kemudian Sheikh Nazim datang. beliau ambik tempat utk duduk..
clah mara ke depan Tuan sheikh..sambil berdiri...
clah: assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
sheikh Nazim: waalakumussalam warahmatullahi waba rakaatuh..
clah: saya.....(bagitau nama clah la ..apa lagi) ya Grand Sheikh..
kemudian clah ambik tempat duduk di sebelah kanan tuan sheikh jarak dalam 3 meter..
(sbnarnya proses ni adalah satu clah yg sedang solat dan satu lagi clah(secara rohani) yg sedang berada depan sheikh..
Grand Sheikh Nazim memulakan bicaranya:
masa tu clah nmpak skrin warna putih besar kat depan clah dgn perkataan LIDAH berwarna hitam juga besar gedebak...
hati2 kluarkan perkataan kerana syaitan sentiasa mengintai peluang menarik manusia ke sarangnya...
selepas tu clah nampak skrin...yg menunjukkan ramai manusia ..
Tuan Sheikh menyambung bicara..
Jihad perlu dilakukan tak kira samada jihad besar atau kecil..samada dalam sihat atau sakit...
(dalam hati clah..adus ingat ke aku ni..byk ke Tuan sheikh nak bg pesanan)
itu sahaja kali ini...kata Tuan Sheikh..
clah: insyaa ALLAH (sebut namaku)..ingat pesanan tu ya Grand Sheikh...
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Sheikh Nazim: waalakumussalam warahmatullahiwabarakaatuh...
selesai solat, clah termenung...
25/3..ptg tadi clah semasa buat solat sunat tobat, clah terasa rindu kat syeikh nazim, sb dah lama tak jumpa. clah beri salam. beliau jawab salam(clah nmpak cahayanya) dan memberi pesan, supaya clah sempurnakan segala yg disuruh sempurnakan..
No comments:
Post a Comment