Friday, 7 December 2012

saka...eh..eh..mak ada saka?..

kita selalu dengar bermacam2 jenis saka..harimau belang, harimau bintang, buaya, buaya putih, hantu raya, jin ifrit, babi hutan.. pontianak, pelesit, dan lain2..

saka yg beranak pinak spt pelesit..sb ada ibu(ratu) pelesit yg rupanya spt mentadak...sedangkan saka yg lain2 tak..kalu ada yg kata saka lain beranak pinak sampai berjuta2..(hehe..saja nak exageret kot..! bg pendengarnya gerun..dan takjub.. huhu)

di kelantan..selain dari yg di atas ada juga saka hala.. ia spt harimau tetapi lebih gendut...matanya kecil..wajahnya menurun ke bawah..mukanya berbintat2..badannya belang2...baunya spt budu tumpah..atau stokin busuk... 

saka2 ini akan menjadi lebih ganas andainya tuannya menjamunya..(tak tau pulak clah mrk ni makan apa)..

kalu nak tau lebih lanjut ttg saka..kena gugel atau baca aje kat majalah..

biasanya saka hanya dibuang oleh perawat2...buang kat mana..clah tak tau.. ada satu kes..iaitu kes yg mula2 clah jumpa saka.. mula2 cadang hanya nak buang..tapi saka tu kata..dia akan balas dendam pada clah..jadi clah kata..kalu lagu tu gak..binasakanlah ia ya Allah..

biasa kita dengar..saka diwarisi.. dari nenek atau datuk kpd anak cucu dan seterusnya...kebanyakan dari kita mmg mempunyai saka...jadi..kalu ada sesiapa yg bgtau anda mempunyai saka..eloklah anda check/scan dulu diri anda.. kalu tak da..alhamdulillah..kalu ada..buang atau binasakan...

ada saka yg diterima...sekiranya cucu nenek ramai..jadi nenek tanya mana2 cucu..nak blajar tak sesuatu dari nenek..bagi je nenek kain batik sebagai upah atau bayaran etc... kalu yg diminta ialah barang2 dari emas..makhluk tersebut(makhluk yg bertukartangan ini ialah setan)

saka juga boleh diterima oleh seorang yg bukan waris bila saka ini ditawarkan kpd seseorg yg lain(tak kiralah samada nenek yg menawarkan saka ini punya cucu atau tidak)..yang tiada langsung pertalian darah..contohnya, clah pernah scan seorg jiran clah, kak Wa..kak wa ni ada bljar ilmu dari nenek miah(yg selalu dtg ke rumah clah dulu)..bayarannya ialah kain batik sarung yg telah dipakai oleh kak wa..clah nmpk nenek miah(nenek miah dah lama meninggal dunia) dok atas bahu kak wa..kedua2 belah kakinya terjuntai dikedua2 belah bahu kak wa...terpaksa panggil ustaz tolong buangkan..(masa tu clah lom pandai buang/binasakan saka..scan aje bolehla..hehe)

saka yg dihantar...ada seorg lagi jiran clah, kak Ha..ketiga2 anak gadisnya mempunyai masalah yg sama iaitu jodoh blom datang..semuanya dalam lingkungan 30an...apa yg clah nmpak bila clah scan adalah.. hantu raya dok kat ruang tamu..yg ni kemudiannya telah dibuang oleh tok imam..namun ada lagi satu hantu raya yg lebih ganas..yg dok betul2 kat atas bumbung rumah kak ha...alkisahnya cite ttg hantu raya ganas ni bermula bila mak kpd suami kak ha menolak cinta seorg pemuda..kluarga pemuda itu marah dan telah menghantar hantu raya tersebut kpd mak mertua kak ha..utk mengacaunya dan keturunannya..oleh kerana mak mertua kak ha dah meningggal..jadi hantu raya tersebut sekarang mengganggu keturunannya pula...sian kak ha..risau hati seorang ibu....seorang pun lom kawin lagi...

saka yg diterima secara tak langsung...sekiranya anda menemani seseorg yg ingin belajar suatu ilmu, bila tok moh baca dan ajarkan pada kawan anda, anda terdengar dan mengulangi apa yg dibaca(walaupun sekali)..siaplah..anda pun dah "dpt ilmu itu". bila tok moh tu meninggal dunia, ia menjadi saka, dan kini berdamping dgn anda!     

bagaimana untuk pisahkan diri/*lerai dari saka?
amalkan
cara pertama.. solat taubat setiap hari disambung dgn solat tahajjud..
dan 100 kali auzubillahiminasysyaitonirrajiim..
100 kali dua kalimah syahadah..
slawat 100 kali..
dan istighfar 1000kali...

atau cara kedua..
amalkan minum segelas air zam2 setiap hari..

seandainya saka warisan tu ganas dan mencari tuan baru..seluruh keturunan..mesti minum air zam..dari yg tertua hingga yg termuda...

namun kenkadang jika saka itu melekat pada seseorg dan tidak mahu kpd yg lain, eloklah di beri minum segelas air zam2 dan makan kurma ajwa 7biji..selama 7 hari...

ini hanyalah cara utk pisahkan diri dari saka..bukan utk binasakannya terus...

ada seorg forumer lelaki minta clah merawat isteri dan kakak iparnya..namun dia jg melakukan apa yg clah suruh...dia kata dia rasa dia ada saka ..jadi dia tambahkan istighfar ..apa yg clah tgk..saka tu berada dlm bilik air..tak boleh dkt dgn dia..sb kepanasan...clah janji akan buang saka tu...(ni yg clah kata..pengalaman pertama binasakan saka...)

p/s..lerai..bkn bermaksud saka akan terbuang terus. saka tidak akan berada pd anda tetapi ia akan berada di tempat yg terdekat dgn anda, dan selamat utknya misalnya, tandas rumah anda. 

wafa diserang saka 
wafa adalah cucu sedara clah. umurnya 8bulan. dia asyik menangis merengek2 terutama kalau masuk ke bilik tidur. anak sedara clah call clah bgtau tentang keadaan wafa..

nanti clah tengok..selalu mcm tu la janji clah(hehe )..

apa yang clah tengok, wafa diganggu oleh saka belah suami anak sedara clah..hantu raya ganas. kalau tak silap clah ada dua ekor..clah beritau apa yg harus dilakukan, iaitu seluruh ahli kluarga belah suami anak sedara clah tu kena minum air zam2. tapi ada yang mati-matian tak percaya kewujudan saka tersebut.
clah bgtau anak sedara clah, tak pecaya tak pa, minum je. nanti bila semua orang dah minum, clah akan scan untuk binasakan saka tu(bkn hanya cuma buang dgn letak kat mana2, kemudian setahun atau dua tahun lepas tu, saka tu datang semula). binasa adalah binasakan selamanya.

anak2 dan suami anak sedara clah dah minum air zam2 tersebut manakala ahli keluaga yang lain tak berbuat demikian. anak sedara clah call clah lagi sekali.
"clah, rasa ada lagi la saka tu" 

"memang la..minum air zam2 hanya untuk leraikan dari badan. saka tu masih ada dlm rumah. dah yang lain tak mahu minum, susah la. nanti la clah buat solat. tengok apa yang perlu dibuat" 

"kalau boleh, biar saka tu pergi kacau mereka yang lain", jawab anak sedara clah dengan marah. semua kerja terganggu, bila anak asyik menangis. tu yang dia hangin satu badan.

apa yang perlu dibuat dalam keadaan begini?

anak sedara clah kena buat sendiri solat sunat tobat dua rakaat selama 7 hari, sambil mohon doa pada Allah, apa sahaja yang dia mahukan.

hari keempat, akak clah call..
"tolonglah tengok wafa tu..asyik menangis je.."
"akak, belum habis 7 hari lagi. mak dia yg kena buat solat tahajjud, nanti abis, clah akan buat la camna"
namun clah tetap juga buat solat awal pagi tu..

hari ketujuh..anak sedara clah call, bagitau mak clah..
"mok, tolong bagitau clah, dah abis 7 hari..hahahahaha...", memanjang dia gelak.

pagi kemarin, clah call. 
"clah, dah tak da gangguan kat wafa..dah dua hari dah"  

"alhamdulillah. sbnarnya hantu raya ganas tu berjanji ngn clah dia takkan ganggu(kluarga anak sedara clah). dan clah bg warning jgk, kalu dia ganggu, Allah akan binasakan dia masa tu jgk." 


mak ada saka?

semasa clah scan wafa, kot2 kalu ada saka sebelah kluarga clah. clah "tgk" mak..
ada sesuatu pada mak..makhluk warna putih tu ada rupa yg pelik, tiada mata d wajahnya..yg ada hanya kelopak mata yg besar bertutup..rambutnya berjuntai2 termasuk pada wajahnya..rambut tu tak sama panjang, berwarna putih..pada rambut tersebut ada berselirat mata yg banyak..di mana2 ada mata..oleh kerana setan ni dah tua renta, itu sebab warnanya dah putih..

esoknya clah tanya mak..

clah: dari mana mak dapat saka tu..
mak: mana ada..
mak menafikan sekeras2nya..
clah: eh mak..kalu tak da, macamna clah boleh nampak. mesti mak ambik kat mana2 nih..
bagaimana dgn apa yg mak pernah belajar dari arwah tok teh?mak kan g bljar skali dgn abg masa sebelum abg g latihan polis sblom kejadian 13 mei dulu?

mak: bkn mak belajar..(kata mak)..mak cuma dengar, lepas tu mak ikut baca..
clah: ha..tu ertinya mak dah terima setan tu..

p/s..patutla dlm lebih kurang dua tahun dulu, mak pernah mengadu lenguh pada paha.. mak mntk clah tolong urutkan. clah pun urut la..sampai kat antara paha belakang dan bontot..clah tak boleh nak teruskan, bau hanyir macam nanah..membuatkan clah rasa loya.. nak kluar semua isi perut(nasibaik hanya ada kami dua org, kalu tak, tentu ada yg tuduh clah mengandung ..huhu)..setiap kali urut macam tu la yg terjadi..cukup tiga kali, clah surrender..nak tanya terus pada mak, rasa kesian la pulak, jadi clah tanya akak sulung. dia pun tak tahu. bila kami g ke rumah pak sedara clah(seorg bomoh dan tukang urut terkenal kat kusial) clah tanyakan hal ni..dia pun tak tahu..maksudnya..hanya clah seorg sahaja yg tercium bau busuk tu!

dr scan clah dpt tahu saka tu berminat utk mendampingi akak no 3(1st choice) dan akak no2 clah. akak no1 ia tak suka, sb baik ngn clah. bgtu juga adik2 clah mrk mmg baik ngn clah.

bagaimana nak binasakan?








1 comment:

  1. Assalamualaikum.
    Saya minta tolong pastikan sesuatu.. saya dah e-mail Cik Clah

    check dari Latok.Kame@gmail.com

    ReplyDelete