Wednesday, 19 October 2011

Solat Istikharah

Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah SWT, maka tidak seorangpun boleh menyesatkannya. Sebaliknya, sesiapa disesatkan oleh Allah, maka tidak seorangpun boleh memberinya hidayah.

Rasulullah SAW bersabda:
"Telah aku tinggalkan dua perkara, yang bila kalian berpegang teguh dengan keduanya, kalian tidak akan tersesat sesudahku selama-lamanya, iaitu kitab Allah dan Sunnahku."

Rasulullah SAW juga pernah menasihati Ibnu Abbas yang ketika itu masih kecil dengan mengatakan: "Bila kamu hendak meminta, mintalah kepada Allah dan bila kamu hendak memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah..."

Sesungguhnya Allah SWT akan melakukan urusan yang penting dalam hidup seseorang jika dia mengadu kepada Allah dan solat istikharah. Sesungguhnya Allah SWT akan mencukupkan keperluannya serta memberi jalan keluar dari segala permasalahan.

Solat istikharah merupakan suatu anugerah yang agung. Allah SWT telah mensyariatkan solat istikharah kepada kita menerusi lisan Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW amat bersemangat apabila mengajarkan solat istikharah kepada para sahabat, sepertimana baginda mengajar surah di dalam Al-Qur'an. Hal itu disebabkan solat istikarah memang sesuatu yang sangat penting dan amat diperlukan.

Jabir bin Abdullah berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW mengajar kami solat istikharah di dalam semua urusan kami seperti halnya baginda mengajar kami surah di dalam Al-Qur'an."

Dari segi bahasa , istikarah ertinya meminta kebaikan secara mutlaq tanpa adanya batasan tertentu. Solat istikharah secara ilmu Soraf adalah bentuk istifala dari khairun. Kata khairun adalah isim sebagaimana terdapat di dalam perkataan khairallahu laka fi haza  al-amri(Allah memilihkan yang terbaik untukmu di dalam urusan ini)
ikhtiyarun sama dengan istafa, ertinya memilih. Dikatakan istakhir ilallaha yakhir laka(mintalah dipilihkan yang terbaik kepada Allah , nescaya Dia akan memilihkan yang terbaik untukmu)


Allah SWT akan memilihkan yang terbaik bagi hambaNya bila seseorang itu memohon kepadaNya untuk dipilihkan. Secara syair Istikharah ertinya meminta kebaikan kepada Allah SWT di dalam urusan yang dibolehkan oleh Allah untuk dilakukan hambaNya dengan cara-cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Solat istikharah menunjukkan adanya kepercayaan seseorang kepada Allah SWT. Ia juga menunjukkan adanya hubungan yang terus menerus antara dirinya dengan Allah. Juga kaitan hati dengan apa yang ada di sisi Allah SWT, redha dan pasrah dengan segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT serta tenang menerima apa jua keputusanNya.

Tentang hal ini, ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnadnya, dari Sa'ad bin Abi Waqqas. bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Termasuk kebahagiaan Bani Adam (manusia) ketika dia mahu beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah, dan termasuk kerugian Bani Adam (manusia), ketika dia tidak mahu beristikharah kepada Allah, dan membenci apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah."

Perbanyakkan bertaubat, berselawat dan berzikir kepada Allah SWT agar beroleh petunjuk ke arah kebenaran. Sebelum istikharah, hendaklah memastikan bahawa penumpuan kepada Allah telah dilaksanakan dengan setulus jiwa raga.

Ibnul Qayyim di dalam kitab Zadul Ma'ad menyatakan bahawa orang beriman menerima ketentuan Allah SWT dengan berserah diri dan redha.

Sabda Rasulullah SAW:
"Dan aku meminta kepadaMu agar menjadikan aku redha setelah ketentuanMu berlaku kepada diriku..."

Istikharah dimulai dengan solat. Dengan solat istikharah, maka seseorang itu laksana mengetuk pintu menemui Yang Maha Agung. Maka setelah pintu terbuka, dia pun akan diizinkan untuk berbicara.

Kredit untuk Hj Abdul Rahman B. Mohd Adil, Keajaiban Solat Istikharah, Pustaka Azhar.
Cara dan doa solat istikharah, bolehlah rujuk ke buku tersebut.

Solat Istikharah utk pemilihan terbaik...

Clah sudah mula melakukan solat istikharah seawal usia 16 tahun. Sejak dari tarikh tersebut, mmg sentiasa lakukannya utk pemilihan, namun sebagai manusia tetap ada jugak kelemahan. Mula2nya mntk Allah nampakkkan hasil istikharah dalam mimpi. Namun, rasa macam tak brp seronok pulak. ya la kan, nanti bercampur dgn mimpi lain pulak. Jadi mohon agar Allah perlihatkan sesuatu itu terus samada baik atau buruk. dan sekarang mohon diperlihatkan di dalam solat utk menscan dan merawat. Sekiranya ada pembaca2 yg mengalami kesukaran membuat keputusan walaupun dah buat solat istikharah, teruskanlah melakukan solat tersebut, sehingga tuan2/puan2 benar2 berhasil.