Sunday 16 December 2012

Busung...oh busung..busung siam berdarah la puloks!!

Ada sesiapa yg pernah kena busung? atau pernah melihat sedara mara yg mengalaminya... bkn apa..clah nak tahu cara rawatannya...biasa yg selalu clah dgr adalah busung air..tapi yg clah alami adalah busung siam berdarah...

bulan ramadhan 2007, siang hari clah mmg sibuk angkut tanah dan ratakan maklumla kawasan umah kami tu masih tak rata walapun dah berpuluh tahun kami duduk..jg musnahkan 5 rumpun pokok jarum tujuh bilah. mak clah tanam tau..tapi dah merimbun..dia pun takut nak masuk..tak da org lain yg sanggup buat, jadi clah buat la..kena buat hati2 sb pokok ni byk duri..kutip duri yg jatuh ke tanah satu2..kena pakai sarung tangan dulu, pakai double..kalau tercucuk durinya..mak oi sakit..

tanah bersempadan dgn dapur rumah imam selempang kuning, lebih tinggi dari kawasan lain..dan ada busut(dlmnya ada sarang anai2)..angkut utk letak kat depan..dkt pagar. Lepas solat asar hingga lah nak azan maghrib..baru boleh berhenti..nak kejar masa..tak lama lagi raya.tau la bila kita musnahkan busut, binatang terbang dari busut akan kluar beramai2..alkisah serangga2 terbang tadi tak menyerang rumah clah tapi sebaliknya menyerang rumah anak tok imam selempang kuning yg terletak dibelakang rumah kami..

bersambung...





p/s..jgn lupa beri komen ye...
atau hantar saje ke email clah:
klateblackrose@gmail.com

Thursday 13 December 2012

Adat sesat..bahaya kepada aqidah umat Islam..

adat sesat ini telah lama bertapak di malaysia... bagaimana umat Islam di tempat tersebut dan kawasan sekitarnya menerima bulat2 adat tersebut sebagai sebahagian dari ajaran Islam, adalah suatu yg sgt dikesali dan tak boleh diterima minda.

setiap perkara yang sesat mempunyai aura yang boleh menyerang secara senyap orang2 Islam yg bergaul dgn sipengamal kesesatan. bgtu jugalah dgn adat sesat ini.

apa yg clah dapat tgk masa scanning... 
-mereka bertuhankan syaitan..
-pintu gerbang syaitan berada di depan..
-org2 Islam yg mengatakan adat sesat itu adalah bersendikan agama Islam..PERLU MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH SEKALI LAGI...
- orang yg menjadi pengasas adat sesat ini..sekarang berada di neraka(walaupun org lain belum masuk neraka)

untuk menyelamatkan orang2 Islam lain(bkn sipengamal adat sesat), clah perlu lakukan sesuatu sekatan...
40 hari: solat tobat dua rakaat, solat tahajjud dua rakaat,  baca surah Ibrahim dan 1000x doa Nabi Ibrahim..  

alhamdulillah, selesai sekatan dibuat, aura adat tersebut tidak lagi menganggu umat Islam yg lain, ia cuma berlegar sekeliling pengikut2nya sahaja...

Tuesday 11 December 2012

Subhanallah:misteri kasih sayang seorang ibu...

clah pernah join satu forum..bbrp bulan lepas..sebagai forumer dan silent reader...thread seorang menantu yg asyik mengutuk2 ibu mertua dan ipar2nya...kononnya dialah wanita lindungan kaabah..ibu mertua dan ipar2nya umpama raksaksa yg bebila masa je sedia membahamnya.

memula tu..pecaya la jg dgn apa yg diklentongnya..(nasib baek clah lom kutuk lagi mak mertua dan ipar2nya..forumer2 lain..adus..clah sdri tak sanggup nak baca!) namun lelama rasa ada sesuatu yg pelik...ye la kan..kita cuma manusia biasa..tak lari dari kesilapan...tapi dia nih..tiada silap langsung..semuanya perfect 10...kononnya dia tak reti langsung sihir2 nih...

clah rasa ada sesuatu yg tak kena..jadi, clah decide utk scan...
apa yg clah nmpk?
hahahha...mmg menakjubkan! apa yg diberitahu dlm forum dan apa yg clah dapati secara rohani adalah terbalik...! mak mertuanya dan ipar2nya adalah dari kalangan yg baik2..manakala..dia sebenarnya adalah pompuan yg celaka...(pembaca2..jgn mudah percaya 100% dgn apa yg dibritahu..takut2 terkutuk org2 yg baik2..kita jg yg naya..!)

"hei pompuan celaka...!"
ujar clah(dlm rohani .. perkataan ini bkn dari mulut jasmani clah. ia adalah dari kebenaran yg sbnarnya..itulah pompuan itu sebenarnya)... clah tgk rumah batu besar putih..ada beribu2 makhluk spt belangkas sedang bersujud kpdnya...apa sbnarnya ertinya? pompuan ni mmg sukakan dunia, suka pada perhiasan dunia..dia mahu semua org tunduk kpd kemahuannya..menyanjung dia..apa yg dia nak..jgn ada yg menghalang..! suaminya sudah menjadi pak turut...walaupun bkn 100%...namun mak mertuanya dan ipar2nya yg kuat beramal sukar utk ditundukkan..tu yang dia tak puas hati...

kemudian clah secara rohani mencari mak mertuanya...memula clah nmpak ada makhluk berbulu panjang spt lion fish(ertinya makhluk ini sedang mengawal dan mengawasi org2 yg di dalam rumah berkenaan)..kmdian baru nmpak sebuah rumah..byk pokok2 berdaun hijau..dalam pasu..clah nampak seorang pompuan tua saiz sederhana berbadan gempal muka jernih bertelekung sedang duduk(dgn penuh kesusahan..clah boleh tahu dia tak sihat..lihat dari cara dia duduk..) di depannya ada Qur'an terbuka ..dan seorang pompuan yg lebih muda bertelekung jg sedang duduk di sampingnya, didepannya ada Qur'an terbuka..

clah: "assalamualaikum..."

'waalaikumussalam.."
jawab pompuan tua tersebut...

"saya(bgtau nama)...moyang saya dari.... " clah perkenalkan diri...
"owh..keturunan..."..jawab pompun tua(clah namakan makcik je la..mcm kurang ajar je tulis pompuan tua..kan?) tu penuh kegembiraan..

makcik cite dia dah lama mohon pada Allah agar datangkan seorang untuk merawat anaknya(lelaki)...
clah:mak cik pun sakit...mak cik tau tak menantu makcik hantar macam2 kat makcik...
makcik: *makcik tahu..dah merata makcik berubat...mak cik risau anak lelaki mak cik..

clah: kat depan rumah pun ada makhluk peliharaan menantu mak cik..! menantu mak cik ni solat ke?
mak cik: dia tak solat langsung..dia datang rumah mak cik..dia tak pernah makan apa2 pun..

dalam hati clah ..kesian org tua ni..dalam dok sakit2(sakit teruk), dia masih risaukan anak lelakinya  ..tapi clah tau..apa yg dia risau..bkn hanya sakit jasmani, tapi adalah aqidah.

clah mntk diri utk beredar dan clah jg berjanji utk menolong selamatkan anak lelakinya.

"assalamualaikum"
..ujar clah..clah dah chow sblom sempat dgr mak cik menjawab salam...


bbrp hari kemudian....

clah sekat pengaruh menantu makcik dan clah *ambil anak lelaki mak cik tersebut dan letakkan di sanctuary...(di sini insyaa Allah dia selamat), kmdian clah mntk disampaikan kpd mak cik tersebut..bahawa anak dia dah selamat utk peringkat ni..(aqidahnya insyaa Allah dah x dpt dicapai oleh pengaruh setan..)..clah diberitahu..mak cik tu bersyukur..dia nak jumpa clah..clah kata, maaf ..lain kali..insya Allah...


 *ni semua secara rohani ya...dilakukan dlm solat...  kena bersihkan dulu diri perawat dan diri pesakit(dari saka sihir etc) baru boleh mulakan proses ini..ini pun dgn izin Allah..sebelum, semasa dan selepas proses, perlu sentiasa kena mntk izin Allah..kena buat secara teratur dgn mengikut syarat..sanctuary ini utk aqidah shj..bkn utk yg lain..clah cuma jalankan prosesnya shj..yg lain, rahsia Allah..





Monday 10 December 2012

Tipu daya syaitan...

masalah ini berlaku kpd kawan adik ipar clah...

suatu hari clah trima panggilan telefon dari adik ipar clah mntk clah tolong kawannya...
mula2 clah scan ..mmg dia ni..(clah namakan dia suriati..) punya masalah dgn mertuanya..bila dia dah buat apa yg clah mntk dia buat..clah scan sekali lagi..

kali ini clah tgk..gambaran kaabah..ada mata syaitan byk sangat melimpah ruah...yg dia nampak selama ini(dia boleh nmpk sesuatu yg ghaib..boleh dengar macam2..) adalah dgn mata2 syaitan tersebut.. ini adalah kes tipu daya syaitan...

wah..ini sudah suatu yg sukar..dah la dia ni asyik crite ttg bgm dia sentiasa penuhi masanya dgn solat sunat, zikir2 dan baca Qur'an... namun yg pasti hidup dia sentiasa tak tenteram...dia sentiasa keluh kesah kerana merasa ramai yg berada disekitarnya dengki dan berbuat sesuatu padanya...sihir etc...samada di tempat kerja atau jiran2 sekitar rumahnya...

rawatannya..

bersambung

Friday 7 December 2012

ilmu Isyarat tubuh...

jangan silap sangka ya..yg ni bukannya ilmu body languange...hehe..

Ia adalah sejenis amalan oleh pompuan2 kelantan terutamanya yang sudah berkahwin agar suami mrk sentiasa "merasa" mrk seperti anak dara.. iaitu ketika melakukan hubungan intim...(maaf cakap ya..)

mrk mendapatkan ilmu isyarat tubuh ini dari orang2 tua mrk atau pun dari bidan2 kampung...biasanya mrk dinasihatkan utk mengamalkan ini agar suami tak lari atau mencari pompuan lain sbagai isteri..
ada pelbagai nama kpd isyarat tubuh ini utk memperlihatkan ia dibolehkan..seperti isyarat tubuh siti fatimah... islamik la kononnya...!

bgm rupa makhluknya?
ia spt kera berbulu...tapi badannya lebih panjang bgtu juga kaki2nya...warna bulunya..(sori lupa..kena scan balik sb dah 3 tahun scan dan lupa nak catat)..dua org sedara clah, seorang pernah mengamalkannya..dan seorg lagi cuma ambil tanpa amalkan...

yg mengamalkannya biasa la..ia lepas...yg tak mengamalkannya, kaki setan ini tergari didinding batu...

cara utk leraikan:
yg mengamalkan..dulu dan skrg tinggalkan..
kena buat solat sunat tobat dua rakaat, dua rakaat solat tahajjud  dan selawat 1000kali sehari selama 40 hari...

yg ambil tanpa mengamalkan: 
solat sunat tobat dua rakaat dan dua rakaat solat tahajjud selama 40 hari..

bersambung...

ocd...sexual obsession acute...

anda boleh gugel ttg senarai ocd...

apa yg clah nak citekan ialah ttg seorang pesakit..yg mengalami ocd..sexual obsession acute...alkisah pesakit ini clah jumpa ketika clah naik teksi prebet sapunya...orangnya nmpak lurus, baik tapi ada sesuatu yang pelik...

pertengahan oktober 2010...clah mula baik dgn dia, kluarganya dan bekas isterinya dan kluarga bekas isterinya....niat clah hanyalah ingin tahu apa yg pelik ttg orang ni..misteri sungguh..!

clah dah scan dia beberapa kali. Namun yg clah nmpak ialah perkataan "obses" dan dinding merah berbata di depan. clah juga scan bekas isterinya, alhamdulillah ia cuma suatu yg senang aje, sebab gangguan ketika bersanding dan ada juga sakit kepala. Namun kedua2nya kena melalui proses mandi utk membersihkan rohani mereka supaya senang clah merawat meraka, walaupun dengan jarak jauh.

mandi:
untuk hari 1-3: 3 bj limau nipis dan 3 bj limau purut campur dengan air yasin..
utk hari 4-6: air musoffa za'faran dibahagi dua, separuh utk campuran air mandian 3 hari dan separuh lagi utk minum 3 hari..
hari ke7: air zam2 dibahagi dua, separuh utk minum dan separuh lagi campur dgn air biasa utk mandi.

bekas isterinya telah mulakan mandi pada 1/11..sedang kan lelaki tadi belum mandi lagi..aduh..terpaksa clah pujuk..kalu tak bagaimana nak merawat? sedangkan clah mengejar masa utk merawat pesakit santau(kawan kakak clah) pula..yg perlukan masa yg lama dan perhatian.

pada 3/11 lelaki itu dah stat mandi..dan malam tu clah scan dan nmpk penyakit sebenarnya iaitu ocd..sexual obsession yg acute..otak dia jg kering dibelah kiri bgian atas.

7 hari lamanya clah merawat..pagi petang dan malam buat solat tahajjud dan solat hajat..dan bacaan Qur'an..alhamdulillah akhirnya gambaran ocdnya telah hilang.. sakit dan perit tekak tak terkata..
begitu jg dgn bekas isterinya..sakit kepalanya pun telah hilang dan dia lebih tenang.  

bersambung...

khadam ..pendamping...peliharaan sesetengah ustaz/ustazah/perawat/peguam syarie dan pegawai pendakwa syariah?

ramai di antara kita yg tidak tahu ttg khadam atau pendamping ..iaitu jin2 yg digunakan oleh ustaz/ustazah atau perawat Islam ..selain itu peguam syar'ie dan pegawai pendakwa mahkamah syariah juga tak terlepas dari menggunakan khidmat mrk...malah ada yg lebih teruk lagi iaitu menggunakan khidmat setan utk menang kes....(hurmmm..)

oleh sebab kita dah tahu setan itu apa, di sini clah cuma bincangkan ttg khadam dan pendamping shj. kita selalu menyebutnya tanpa tahu bgm rupanya dan akibat atau kesan memelihara atau menggunakan khidmatnya dan kesannya juga kpd pesakit...

utk menyenangkan kerja2 merawat..
utk melindungi mrk dari sesuatu..
utk masyhur..

khadam...

rupanya seperti jeplos(cite hantu tv9)..tapi lebih pendik dan mukanya bulat lonjong telinganya capang dan runcing di atas..warna badan putih..

pendamping...

rupanya lebih gendut spt hantu kahak dlm kartun danny phantom..warnanya badannya merah dan berbintik2..(bila dia Islam badannya menjadi putih)

 suatu kisah benar..
satu hari...kpala clah sakit..clah ckp la pd diri clah..kenapa pulak nih...jadi malam tu..clah scan..rupanya seorang kawan yg clah baru kenal yg ada khadam dan pendamping sedang sudi(testing 123...hehe) clah..

yg clah gambarkan tu apa yg clah scan tu la...


bersambung...

kes clah merajuk..Koma:hidup seperti patung bernyawa..rohani diculik dan di bawa merata..

apa yg anda tahu ttg koma? tentunya anda bayangkan seorang yg pejam matanya dan terbaring atas katil..

itulah apa yg clah bayangkan bila adik clah beritahu ttg isteri kawannya...
bbrp hari sebelum kita umat Islam menyambut puasa...adik clah  sibuk bercerita ttg isteri kawannya yg koma sudah enam hari...dah sepuluh bomoh/perawat yg merawat...

"cubala akak tolong..", pujuk adik clah..
"ye la..ye la...nanti akak tgk dulu...tulis lah maklumatnya.."

clah beri buku rawatan clah kpd adik clah...bbrp bminit kemudian dia dtg..buka buku tu..
"wah besaunya tulisan ko..kalu mcmni..cpt la khatam buku aku..."(ujar clah dlm hati...kalu ckp terang2..nanti ada org yg merajuk pulok...

"mana no telefonnya..?ko bgtau tak..akak bukan buat percuma..?"
"aaa...ni dia...dah saya dah ckp kat dia..."

wah..panjang bkn main lagi..nak kena ngapal la pulok...clah tutup buku tu..

clah cal suami sisakit..benarlah isterinya koma..tapi bkn terbaring je...koma yg spt patung bernyawa..boleh makan..sikit2..namun tiada perasaan..melihat dgn pandangan yg kosong..sudah sepuluh perawat yg merawat...dulu ada isteri dia mengamuk..tapi selepas minum air jampi seorang ustaz di rantau panjang..sekarang dah tenang..  

awal pagi tu..spt biasa..selepas solat tobat dan solat tahajjud dan solat istikharah(muhasabah diri/rohani) ..clah solat sunat tobat dua rakaat utk sisakit, sbelum memulakan solat istikharah utk melihat atau scan apa masalah sebenarnya...

hasil scanning: 
muridnya marah..upah orang untuk sihir..
semasa solat clah merayau...mencari di mana rohani beliau disembunyikan...lelama clah terjumpa rohaninya disembunyikan di Angkor Wat..ada mata dajjal...tempat tu gelap dan terperosok ke dalam...(tersembunyi dari dunia luar)

rawatan pertama:
solat tahajjud dua rakaat, selepas Fatihah, baca 40 al-Falaq, 40 an-Nas rakaat kedua selepas fatihah, 40 al-Kauthar dan 40 al-Fil...
selesai solat ..baca surah jin dan surah al-Baqarah...  
oleh kerana rohani..berseorangan, jadi clah telah tinggalkan cahaya supaya ia terselamat dari kemungkinan2 yg lebih teruk...(lagi satu clah bimbang..clah bebila masa aje akan period...)


bersambung...


 





saka...eh..eh..mak ada saka?..

kita selalu dengar bermacam2 jenis saka..harimau belang, harimau bintang, buaya, buaya putih, hantu raya, jin ifrit, babi hutan.. pontianak, pelesit, dan lain2..

saka yg beranak pinak spt pelesit..sb ada ibu(ratu) pelesit yg rupanya spt mentadak...sedangkan saka yg lain2 tak..kalu ada yg kata saka lain beranak pinak sampai berjuta2..(hehe..saja nak exageret kot..! bg pendengarnya gerun..dan takjub.. huhu)

di kelantan..selain dari yg di atas ada juga saka hala.. ia spt harimau tetapi lebih gendut...matanya kecil..wajahnya menurun ke bawah..mukanya berbintat2..badannya belang2...baunya spt budu tumpah..atau stokin busuk... 

saka2 ini akan menjadi lebih ganas andainya tuannya menjamunya..(tak tau pulak clah mrk ni makan apa)..

kalu nak tau lebih lanjut ttg saka..kena gugel atau baca aje kat majalah..

biasanya saka hanya dibuang oleh perawat2...buang kat mana..clah tak tau.. ada satu kes..iaitu kes yg mula2 clah jumpa saka.. mula2 cadang hanya nak buang..tapi saka tu kata..dia akan balas dendam pada clah..jadi clah kata..kalu lagu tu gak..binasakanlah ia ya Allah..

biasa kita dengar..saka diwarisi.. dari nenek atau datuk kpd anak cucu dan seterusnya...kebanyakan dari kita mmg mempunyai saka...jadi..kalu ada sesiapa yg bgtau anda mempunyai saka..eloklah anda check/scan dulu diri anda.. kalu tak da..alhamdulillah..kalu ada..buang atau binasakan...

ada saka yg diterima...sekiranya cucu nenek ramai..jadi nenek tanya mana2 cucu..nak blajar tak sesuatu dari nenek..bagi je nenek kain batik sebagai upah atau bayaran etc... kalu yg diminta ialah barang2 dari emas..makhluk tersebut(makhluk yg bertukartangan ini ialah setan)

saka juga boleh diterima oleh seorang yg bukan waris bila saka ini ditawarkan kpd seseorg yg lain(tak kiralah samada nenek yg menawarkan saka ini punya cucu atau tidak)..yang tiada langsung pertalian darah..contohnya, clah pernah scan seorg jiran clah, kak Wa..kak wa ni ada bljar ilmu dari nenek miah(yg selalu dtg ke rumah clah dulu)..bayarannya ialah kain batik sarung yg telah dipakai oleh kak wa..clah nmpk nenek miah(nenek miah dah lama meninggal dunia) dok atas bahu kak wa..kedua2 belah kakinya terjuntai dikedua2 belah bahu kak wa...terpaksa panggil ustaz tolong buangkan..(masa tu clah lom pandai buang/binasakan saka..scan aje bolehla..hehe)

saka yg dihantar...ada seorg lagi jiran clah, kak Ha..ketiga2 anak gadisnya mempunyai masalah yg sama iaitu jodoh blom datang..semuanya dalam lingkungan 30an...apa yg clah nmpak bila clah scan adalah.. hantu raya dok kat ruang tamu..yg ni kemudiannya telah dibuang oleh tok imam..namun ada lagi satu hantu raya yg lebih ganas..yg dok betul2 kat atas bumbung rumah kak ha...alkisahnya cite ttg hantu raya ganas ni bermula bila mak kpd suami kak ha menolak cinta seorg pemuda..kluarga pemuda itu marah dan telah menghantar hantu raya tersebut kpd mak mertua kak ha..utk mengacaunya dan keturunannya..oleh kerana mak mertua kak ha dah meningggal..jadi hantu raya tersebut sekarang mengganggu keturunannya pula...sian kak ha..risau hati seorang ibu....seorang pun lom kawin lagi...

saka yg diterima secara tak langsung...sekiranya anda menemani seseorg yg ingin belajar suatu ilmu, bila tok moh baca dan ajarkan pada kawan anda, anda terdengar dan mengulangi apa yg dibaca(walaupun sekali)..siaplah..anda pun dah "dpt ilmu itu". bila tok moh tu meninggal dunia, ia menjadi saka, dan kini berdamping dgn anda!     

bagaimana untuk pisahkan diri/*lerai dari saka?
amalkan
cara pertama.. solat taubat setiap hari disambung dgn solat tahajjud..
dan 100 kali auzubillahiminasysyaitonirrajiim..
100 kali dua kalimah syahadah..
slawat 100 kali..
dan istighfar 1000kali...

atau cara kedua..
amalkan minum segelas air zam2 setiap hari..

seandainya saka warisan tu ganas dan mencari tuan baru..seluruh keturunan..mesti minum air zam..dari yg tertua hingga yg termuda...

namun kenkadang jika saka itu melekat pada seseorg dan tidak mahu kpd yg lain, eloklah di beri minum segelas air zam2 dan makan kurma ajwa 7biji..selama 7 hari...

ini hanyalah cara utk pisahkan diri dari saka..bukan utk binasakannya terus...

ada seorg forumer lelaki minta clah merawat isteri dan kakak iparnya..namun dia jg melakukan apa yg clah suruh...dia kata dia rasa dia ada saka ..jadi dia tambahkan istighfar ..apa yg clah tgk..saka tu berada dlm bilik air..tak boleh dkt dgn dia..sb kepanasan...clah janji akan buang saka tu...(ni yg clah kata..pengalaman pertama binasakan saka...)

p/s..lerai..bkn bermaksud saka akan terbuang terus. saka tidak akan berada pd anda tetapi ia akan berada di tempat yg terdekat dgn anda, dan selamat utknya misalnya, tandas rumah anda. 

wafa diserang saka 
wafa adalah cucu sedara clah. umurnya 8bulan. dia asyik menangis merengek2 terutama kalau masuk ke bilik tidur. anak sedara clah call clah bgtau tentang keadaan wafa..

nanti clah tengok..selalu mcm tu la janji clah(hehe )..

apa yang clah tengok, wafa diganggu oleh saka belah suami anak sedara clah..hantu raya ganas. kalau tak silap clah ada dua ekor..clah beritau apa yg harus dilakukan, iaitu seluruh ahli kluarga belah suami anak sedara clah tu kena minum air zam2. tapi ada yang mati-matian tak percaya kewujudan saka tersebut.
clah bgtau anak sedara clah, tak pecaya tak pa, minum je. nanti bila semua orang dah minum, clah akan scan untuk binasakan saka tu(bkn hanya cuma buang dgn letak kat mana2, kemudian setahun atau dua tahun lepas tu, saka tu datang semula). binasa adalah binasakan selamanya.

anak2 dan suami anak sedara clah dah minum air zam2 tersebut manakala ahli keluaga yang lain tak berbuat demikian. anak sedara clah call clah lagi sekali.
"clah, rasa ada lagi la saka tu" 

"memang la..minum air zam2 hanya untuk leraikan dari badan. saka tu masih ada dlm rumah. dah yang lain tak mahu minum, susah la. nanti la clah buat solat. tengok apa yang perlu dibuat" 

"kalau boleh, biar saka tu pergi kacau mereka yang lain", jawab anak sedara clah dengan marah. semua kerja terganggu, bila anak asyik menangis. tu yang dia hangin satu badan.

apa yang perlu dibuat dalam keadaan begini?

anak sedara clah kena buat sendiri solat sunat tobat dua rakaat selama 7 hari, sambil mohon doa pada Allah, apa sahaja yang dia mahukan.

hari keempat, akak clah call..
"tolonglah tengok wafa tu..asyik menangis je.."
"akak, belum habis 7 hari lagi. mak dia yg kena buat solat tahajjud, nanti abis, clah akan buat la camna"
namun clah tetap juga buat solat awal pagi tu..

hari ketujuh..anak sedara clah call, bagitau mak clah..
"mok, tolong bagitau clah, dah abis 7 hari..hahahahaha...", memanjang dia gelak.

pagi kemarin, clah call. 
"clah, dah tak da gangguan kat wafa..dah dua hari dah"  

"alhamdulillah. sbnarnya hantu raya ganas tu berjanji ngn clah dia takkan ganggu(kluarga anak sedara clah). dan clah bg warning jgk, kalu dia ganggu, Allah akan binasakan dia masa tu jgk." 


mak ada saka?

semasa clah scan wafa, kot2 kalu ada saka sebelah kluarga clah. clah "tgk" mak..
ada sesuatu pada mak..makhluk warna putih tu ada rupa yg pelik, tiada mata d wajahnya..yg ada hanya kelopak mata yg besar bertutup..rambutnya berjuntai2 termasuk pada wajahnya..rambut tu tak sama panjang, berwarna putih..pada rambut tersebut ada berselirat mata yg banyak..di mana2 ada mata..oleh kerana setan ni dah tua renta, itu sebab warnanya dah putih..

esoknya clah tanya mak..

clah: dari mana mak dapat saka tu..
mak: mana ada..
mak menafikan sekeras2nya..
clah: eh mak..kalu tak da, macamna clah boleh nampak. mesti mak ambik kat mana2 nih..
bagaimana dgn apa yg mak pernah belajar dari arwah tok teh?mak kan g bljar skali dgn abg masa sebelum abg g latihan polis sblom kejadian 13 mei dulu?

mak: bkn mak belajar..(kata mak)..mak cuma dengar, lepas tu mak ikut baca..
clah: ha..tu ertinya mak dah terima setan tu..

p/s..patutla dlm lebih kurang dua tahun dulu, mak pernah mengadu lenguh pada paha.. mak mntk clah tolong urutkan. clah pun urut la..sampai kat antara paha belakang dan bontot..clah tak boleh nak teruskan, bau hanyir macam nanah..membuatkan clah rasa loya.. nak kluar semua isi perut(nasibaik hanya ada kami dua org, kalu tak, tentu ada yg tuduh clah mengandung ..huhu)..setiap kali urut macam tu la yg terjadi..cukup tiga kali, clah surrender..nak tanya terus pada mak, rasa kesian la pulak, jadi clah tanya akak sulung. dia pun tak tahu. bila kami g ke rumah pak sedara clah(seorg bomoh dan tukang urut terkenal kat kusial) clah tanyakan hal ni..dia pun tak tahu..maksudnya..hanya clah seorg sahaja yg tercium bau busuk tu!

dr scan clah dpt tahu saka tu berminat utk mendampingi akak no 3(1st choice) dan akak no2 clah. akak no1 ia tak suka, sb baik ngn clah. bgtu juga adik2 clah mrk mmg baik ngn clah.

bagaimana nak binasakan?