Sunday 30 June 2013

Awas... kesan sihir selepas mati..

Perhatian...seseorang yg menjadi mangsa sihir, meninggal dunia sebelum sempat sihir dibuang atau sebelum sempat sembuh dari sihir menanggung siksa kesan sihir atau pengaruh sihir tersebut!!

anda mgkn tak percaya!!

ingat lagi kisah kucing clah dlm tanah mak yg banyak masalah? kucing clah mati krn sihir, ia tersiksa. clah mmg marah. clah buangkan siksaan tersebut, dan clah kurung ruhani kedua2 mangkuk(pompuan cina yg mengupah dan tok sami cina yg ambil upah, membunuh kucing clah secara sihir) dlm botol/aquarium kecil.
p/s..clah nmpk keadaan hitam kelam menyelubungi ruh kucing clah.

kisah kedua ialah kwn kpd adik ipar clah. mak mertuanya(arwah dan kluarganya tak tahu hal ini) antar 5 pendamping utk menyerangnya, membuatkannya sakit seolah2 dia kena barah otak. masa arwah kat hospital, doktor pakar kata, kes yg paling rare. satu persejuta.. dia lom pernah trima pesakit begini. kalu teruskan berada di hospital, cuma jadi bahan kajian.jadi, dia suruh bawa balik.

mak mertuanya mmg tak suka pdnya, kalu mati lagi bagus, katanya. belum sempat rawatan dilakukan, beliau telah pulang ke rahmatullah minggu lepas. namun pengaruh sihir masih belum ilang. kluarganya perlu renjiskan air zam2 alkauthar sebanyak 3 kali pada keseluruhan kubur arwah.

kes ketiga. seorg remaja disihir selama bbrp tahun. sakit yg membawa maut. pengaruh sihir masih ada.

kes keempat. yg ni meninggal selama 3 tahun. arwah bbrp kali disihir semasa hidupnya. dia meninggal sebelum sempat sembuh dari sihir, dan dlm keadaan koma. semasa clah scan, beliau sedang menangis di tempat terpencil, gelap gelita, menyeramkan dan memang menyeksakan. clah mntk suaminya cari air kolah 7 masjid utk direnjiskan ke kubur beliau, utk mematikan pengaruh sihir. oleh krn suaminya tidak berupaya mengumpulkan air kolah 7 masjid, clah mntk sedara clah ambik air kolah 7 masjid dr clah utk dibawa balik. sb suami arwah tinggal di bandar yg sama dgn sedara clah, jadi, boleh la dia g ambik di rumah sedara clah. bila clah bgtau kisah sebenar, apa lagi..sedara clah terus aje menolak.

"mati, ruh diambil, jadi segala urusan dunia sudah habisla...!!", itulah hujjahnya.

"bkn mcm tu.", kata clah sambil menerangkan apa yg terjadi..namun beliau tetap menolaknya. mati2 tak mahu bantu. aduh..susah kalu bertekak dgn org yg tak nampak secara rohani. clah cuma kesian pada arwah.


Friday 28 June 2013

hah apa.. clah digigit pontianak?!

Akhir tahun lepas clah dapat nombor telefon seorg kawan lama. Kami mmg dah lama terputus hubungan. Dah berpuluh tahun.

hati dah dup dap..dup dap..maklum la lama tak dengar khabar berita. clah nak cal la dia hari ni. Petang tu, dalam pukul 6.30, clah cal dia.

"hello..assalamualaikum..", clah mulakan dgn salam. seronok ni.
"waalaikumussalam", jawab kawan clah.

tetiba je clah rasa ibu jari kaki kiri clah digigit sesuatu.

adui la..apa bnda pulak gigit kaki aku..kata clah dalam hati.
sambil clah mengadui2, clah dengar suara kawan clah dok gelak2 ditalian. terhencut2 kaki clah. sambil tangan kiri pegang ibu jari kaki kiri. tgn kanan pegang handphone. clah sangka kena gigit lipan atau kala jengking. maklum la sembang kat dapur. belakang bahagian dapur tu banyak pokok2. jadi apa2 je boleh masuk ke rumah.

"saya "lihat" awak memendam kesakitan seorang diri," kata kawan clah.
kata clah dlm hati,
ya la..apa tak nya..aku kena gigit ni..tatau apa bnda yg gigit aku..
selesai sembang lima belas minit kemudian, sakitnya belum hilang lagi.


mlm tu clah scan apa yg clah kena.
jawapannya, clah kena gigit pontianak!
alamak..pontianak? dari mana pulak datangnya?*sapa tuannya?*

rawatan:clah disuruh bubuh keseluruhan ibu jari dgn myk atar kasturi hitam. tekupkan ibu jari kaki tersebut dgn tapak tangan dan jari2 sambil baca doa nabi Yunus as sampai sakitnya hilang.
alhamdulillah..sepuluh minit lepas tu sakit hilang.

**p/s..soalan2 yg belum berjawab..nanti la bebila senang, clah scan utk tau.insyaa Allah.
  

Friday 14 June 2013

kehidupan di kampung nelayan

clah dilahirkan dan dibesarkan di kampung nelayan. kampung dalam rhu. atas sikit adalah ju bakar. di seberang adalah tanah yg baru tumbuh, yg kami tahu ia dipanggil seberang datok..(ia berada disebelah matahari jatuh, jadi org tua2 panggil alik jattuh.)

hidup di kampung nelayan mmg seronok. di malam yg sunyi, selain dari dapat dengar deruan angin, kita dapat dengar ombak memukul pantai. Dalam pukul 5 pagi, riuh rendah suara nelayan2 samada yg guna bot besar atau yg pakai perahu, turun ke laut. ramai jiran terdekat clah yg bekerja sebagai nelayan, jadi bunyi tu datang dari arah dekat je. kalu musim hujan, sejuknya masuk ke tulang. kami selalu g ke pantai tgk pokok2 keladi buncis yg hanyut. kayu2 hanyut pun banyak tersadai. warna air pun dah jadi kekuningan.

hobi clah?..main.. apa2 sahaja bnda yg boleh dibuat main, selain tu..tgk tivi. balik aje dari skolah, kalu rajin, g ngaji Qur'an, kalu tak rajin, terus g main..

paling suka main pondok2 dlm rumah. meja kat ruang makan, clah tutup dgn kain, buh buku2 kat atas. bila dah tutup semua tepi meja, jadila bilik lain kat bawah meja tu! kmdian clah masuk dlm tu..wah..rasa privasi. seronok mcm dok kat dunia lain. kalau g umah mak nik(rumah mak susuan yg jg mak sedara clah), bangku yg kat luar(kat beranda) yg jadi mangsa. bangku tu bukan besar mana pun ruang bawahnya, tapi oleh sebab badan clah kecik, boleh la merangkak kat bawah tu. lepas main, semua buku2 dan kain clah kemas. kalu tak, takut mak tak bagi main lain kali.

kat bawah rumah, ditiangnya, kami ikat tali utk buat buaian. cukup la bagi clah dan kakak, walaupun buaian tu tak tinggi mana. meriah dapat main. kakak-kakak clah lebih suka duduk kat rumah, berbanding dgn clah. pagi dan petang kat luar rumah. kalu tak lapar, alamat tak balik le ke rumah. kalu merajuk sb mak marah, sehari suntuk la clah akan habiskan masa kat luar rumah.

main pondok2 kat luar rumah, tepi pantai bahagian atas dekat pagar kayu rumah kak nah. walaupun lorong pantai tu tempat orang lalu lalang, tapi ada ruang utk kami yg kecil2 ni bermain pondok2. kami tandakan kawasan masing2. terpulangla kami nak buat macamana pun. nak buat pondok kecik, nak gali buat lubang dan dok dalam lubang tu..etc..main sampai hampir maghrib..tapi lepas main, kena kemas balik. lubang kena timbus..yg lain2 kena buang.

sebelah rumah clah, rumah guru Qur'an clah. depan rumahnya ada telaga besar, kalu kami dahaga, senang je..timbanya air telaga utk minum. sejuk dan menyegarkan. semua org kat kawasan berdekatan ambik air dari telaga tersebut. utk masak dan minum. kami semua mandi kat situ..(zaman dulu, mana kisah dgn org yg lalu lalang) mandi je dlm keadaan seksi.. mana ada org mandi tutup semua sekali? hehe(alhamdulillah, zaman skrg, bila dah ada kesedaran ugama, kita lebih tahu dan lebih beradap)

pagar rumah kami diperbuat dari papan. papan2 ni disusun teratur. namun apa yg tak bagusnya, bila pakunya berkarat, maka ia mungkin tercabut atau papan pagar terkopak dimakan anai2 etc. itulah yg terjadi kat papan pagar belakang umah kami. dua dah boleh ditarik2..hehe..ada can la si kecik ni buat hal..auta betul..!!

dikejar mak dgn batang penyapu..

balik dari sekolah, tukar pakaian...turun tangga, terus ke belakang rumah. clah tarik dua2 papan ke atas..merangkak kluar..yeah..merdeka.. lorong belakang tu menghala ke semua arah. mak takkan tau clah tak pegi ngaji Qur'an. gitula kegiatan sehari2.. seminggu boleh kira berapa kali je g ngaji Qur'an.. macam biskut chipsmore..kejap ada kejap tak da. lama kelamaan kegiatan clah(hanya clah je yg berani buat, nampak bkn main lembut dan manja, tapi..jgn percaya..akak2 yg lain baik). dapat dihidu oleh mak. tambah2 lagi tok guru Qur'an clah datang dan komplen kat mak. wah bkn main marah lagi mak. tapi itu selepas dua tahun kegiatan clah...lama gak tu..! satu kampung dengar mak mengamuk. kejar clah kelililng kawasan kejiranan. lintang pukang clah lari..padan muka! hehehe...

clah terpaksa g mengaji petang tu jugak. tok guru clah tak da, yg ada cuma suami dia. kami panggil ayah aji. jadi ayah aji la yang mengajar clah Qur'an. sambil tersedu, teruskan bacaan. ayah aji cuma senyum. dalam hati mesti gelak sakan. sb mana ada anak murid isteri dia pernah ngaji ngn dia. yg ni anak murid bidan terjun. hehe..

mukaddam taik abis lagi ni. dah darjah lima nak masuk darjah enam. malas punya pasal. suatu hari clah bagitau kakak clah yg no2, ttg seorg kawan sedarjah clah yg kena ejek sb baru baca juzuk al-Baqarah. kakak no2 clah pulangkan paku buah keras kat clah.
"eleh tak payah cerita tentang orang lain. ko tu, mukaddam pun lom abis lagi"
clah memang terdiam, terkejut dengar reaksi kakak.

suatu hari clah terfikir, macamna kalau lepas tahun depan, mak dan ayah pindah jauh dari rumah tok guru Qur'an clah. dgn sapa clah nak teruskan. ini tak boleh jadi, clah mesti abiskan ngaji secepat mungkin. dalam hati clah, clah bertekad untuk habiskan satu Qur'an sebelum habis setahun, iaitu sebelum clah masuk tingkatan satu. alhamdulillah, dalam tujuh bulan, clah dah khatam.(boleh pun..! hehe). memang benarlah, tahun berikutnya, kami memang benar2 pindah ke pekan tumpat. ayah dah beli rumah yg terletak di belakang kelab umno tumpat.


rumah mok yang sentiasa damai...

bila ada masa lapang clah dgn kakak2 clah akan ke rumah mok(mak kepada ayah). rumahnya terletak selang bbrp rumah dr rumah kami. rumah mok mmg bersih. mana ada budak kecik yg nak buat selerak..hehe.. mok duduk dgn mak sepupu clah. dan seekor kucing jantan yg kami panggil putih. rumahnya kecik aje..ada ruang tgh, ruang dapur dan beranda. kawasan luar rumah pun bersih. ada telaga kecil disebelah tepi dekat dgn pagar menghala ke laut. kawasan rumah mok lebih tinggi dari kawasan lain, jadi, pemandangannya lebih cantik..terutama bila kita memandang ke laut..tak dpt digambarkan bagaimana..
   
mok mmg manjakan cucu2nya. setiap permintaan kami dia akan penuhi. tapi biasanya kami mintak mok tolong gorengkan bertih dari padi. kami berempat akan mengerumuni mok semasa mok menggorengnya. padi bila digoreng akan mengeluarkan bunyi dan melantun..itu yg membuatkan kami seronok.

utk clah, mok biasanya simpankan ikan aya(ikan tongkol) rebus. mok tak bagi orang lain usik. mok letak dalam almari lauk. "ni hok pabilah. jange ambik(jangan ambil)". eee..seronok sangat dapat ratah ikan tongkol rebus.

clah diusik pelesit

suatu hari semasa clah darjah satu atau dua(sori lupa), mak sepupu clah mengajak clah, akak no2 dan akak no3 berkunjung ke rumah mak sedara clah. mok nik adalah kakak mak dan juga merupakan mak susuan clah. rumahnya lebih kurang setengah jam berjalan kaki dari rumah kami. mmg seronok berjalan santai sambil gelak2.

oleh kerana jalan ke rumah mok nik adalah sehala dgn jalan dari rumah, jadi tak perlu lintas jalan. di seberang jalan kami nampak sekolah Melayu(skolah kebangsaan tumpat), kami teruskan perjalanan melalui kedai-kedai dan rumah kawan sekelas clah, suri. bila kami sampai di kedai timah mamat, mak sepupu clah ajak kami masuk ke kedai tersebut. kedainya kecik aje. tapi byk tersusun tin2 biskut. tiap dari kami menjengak melihat biskut2 yg pelbagai jenis. nampak sedap dan menyelerakan. mak sepupu clah bersembang dgn mak cik timah. mak cik timah senyum bila melihat kakak2 clah. bila dia terpandang aje clah, dia terus bersuara sambil memandang mak sepupu clah:
"hok ni lain siket eh.."    
"urm.." jawab mak sepupu clah sepatah sambil senyum.

clah ni bebudak mana la clah tahu apa yg di maksudkan olehnya.
perjalanan diteruskan. kami tak beli apa2 pun. saja mak sepupu clah je..mmg suka meninjau barang2..
sampai kat rumah mok nik. kami berehat.
rumah mok nik ni terletak dalam lorong kecik berhadapan dgn deretan kedai. di belakang kedai2 tersebut, lebih kurang 6 meter ada rumah pak cik pembuat pelita ayam. dan lepas tu ada kubur. sbnarnya clah tgk rumah pak cik yg buat pelita ni menyeramkan(budak bodo..banyak sangat layan cerita fantasi dan filem seram ..hehe)

ada dalam beberapa minit kami rehat. clah terasa tak selesa pada perut clah. makin lama makin sakit. clah bgtau mok nik dan pok nik..

mok nik suruh clah baring kat ruang tamu. dia bawa bantal dan selimut. dia buh minyak urut kat perut clah, gosok2, kemudian dia suruh clah tidor. tapi clah tak dapat tidor. perut clah semakin sakit. clah menangis sunguh2. balik2kan badan ke kiri dan kanan. sakit teramat. pok nik cuba beri clah cium sesuatu..kayu apa ntah. tapi tetap sakit...kalu sakit sikit masa dok kat rumah kami, clah ambik myk ajaib, buh kat perut, gosok2 jap..ilang la sakit. tapi yg ni mmg tak boleh tahan langsung.
mok nik cemas. dia bagi tahu pok nik.
"kita kena panggil mak dgn ayah dia ni. byk kali dah buh myk angin, tapi sakit jugak budok ni."

tu la perkataan terakhir yg clah dengar. clah tak sedar pun bila mak dan ayah datang.(mgkn clah dah pengsan kot..hehe)  

lepas dari peristiwa tu baru clah tahu, mak timah tu pelihara pelesit. mak sepupu clah beritahu mok nik kami singgah di kedai mak timah. mok nik dan org2 kampung berdekatan mmg tahu siapa dia.
setiap kali lau depan kedai tersebut, clah disuruh kata sesuatu. dulu mmg clah ingat dan selalu sebut, sekarang dah lupa.

bbrp hari lepas clah ada tanya mak ttg ni, tapi mak kata tak ingat langsung. kesimpulannya clah rasa samada arwah ayah yg merawat clah(arwah ayah pernah merawat jiran terdekat kami masa clah kecik dulu) atau jiran kami pok mat dresar(tak tau knp gelaran ni..rasa2nya dia H.A kat hospital) atau kawan baik ayah, ayah Ku yg merawat. ayah Ku bkn calang2 org jgk, kita sebut je nama dia, tetiba dia boleh muncul kat depan pintu(dia seorg yg byk berzikir, cakapnya lembut. dia selalu dtg merawat kami semasa kami kecil. myk ajaib tu, mak beli dari dia. sewaktu clah sakit dlm perut bbrp tahun lepas, clah tak boleh nak berjalan tegak, Allah berikan ilham kpd clah utk g berubat dgnnya. Alhamdulillah, lepas tu ok sikit, kmdian mok nik yg tolong tungkukan sampai clah sembuh)

tetibaa je...clah pengsan

petang tu seperti biasa kami makan nasi di meja makan. mak marah2 kat clah. clah dah lupa kenapa. sambil makan clah menangis. tau la mak, kalu membebel dan marah2, mmg sampai dia puas hati baru berhenti. wah sedih benar hati budak nakal.. sepinggan nasi belum sempat habis clah makan, kaki tangan clah dah sejuk..badan menggeletar, kedua2 belah jejari tangan dah mengerekot mcm ketam*. clah tak sedar bila clah pengsan dan jatuh dari kerusi. nasib baik rumah kami rumah papan, kalu rumah batu, tak tau nak kata la.

dari lebih kurang pukul 3 petang clah pengsan. bila clah sedar, dah dekat pukul 6 setengah, sebab clah tgk dah rembang petang. clah pandang sekeliling..ramai jiran yg datang pompuan dan lelaki, memenuhi ruang tamu rumah(mcm kat rumah ada satu temasya atau kematian?) jiran2 terdekat termasuk tok guru clah dok dok sebelah clah sambil mengurut clah. clah pandang kat diri clah, dah la tanpa seurat benang(malu weh..hehe), selimut pun tak da. badan rasa sikit panas dan melekit kesan dari myk urut.
"sedar doh dio.."
semua org lega...

selepas dari peristiwa tu, mak tak bagi clah menangis lama. Dia pun dah naik takut.

kejiranan di situlah yg paling baik. mrk semua prihatin. dah bbrp tempat kami pindah. yg sekarang paling teruk. main sihir segala setiap masa.

p/s..mmg pantang utk clah menangis lama..itulah yg akan berlaku setiap kali. skrg cuma tinggal sejuk je la lagi. (ala..mcm dlm filem bollywood, lakunan sharmila tagoore dan shashi kapoor tu..yg sharmila tagoore jatuh dlm sungai air batu..haa..macam tu la keadaan clah)..kan clah dah kata, clah ni mamalia berdarah sejuk..hehe(ia bkn sb saka..tapi kifarah..)


malam lailatul qadr 

bulan Ramadhan adalah bulan yg paling menyeronokan.  masa tu kami tak da jam loceng, namun, itu tidak menjadi halangan. kalu satu rumah tak terbangun, jiran yg bangun akan kejutkan yg lain. 
tok guru clah yg jadi jam loceng kami. dia akan panggil nama mak, sampai mak bangun. biasanya bkn mak yg terjaga*, tapi kami...

sblum buka puasa.. jiran lain yg datang beri makanan, biasanya kuih la. clah start puasa masa umur 6 tahun. kuih yg paling clah suka buah gomok. buh dalam piring, simpan dlm lemari. nanti clah pandang je kuih tu berejam2.. sampai masa berbuka..hehe.. 

*p/s..sblom ni clah bgtau mak selalu komplen matanya pedih(seingat clah dr masa clah kecik sampai skrg)..demi aje clah tuliskan diblog(sblom ni) ..clah rasa terpanggil utk bantu mak..(dan jg sesiapa yg ada masalah ini).
mata mak akan pedih setiap kali nak bangkit dari tidur samada tidur malam atau tidur siang. knp ini terjadi? 
jawapannya:krn lalai dr Allah.

rawatannya:
mak kena amalkan buat solat tobat 3x(6rakaat), baca ya BaSsar 1000x, istighfar 1000x dan baca surah alMulk(oleh krn mak belum lancar..jadi kena bljar dr clah dulu la) tiap hari..sehingga Allah terima. alhamdulillah, bbrp hari buat, mak dah senang bangun. tak da kedengaran komplen pedih mata.

komen clah:kita manusia bknnya sempurna, jadi, sama2 lah kita berusaha samada menbantu diri kita dan dlmasa yg sama membantu yg lain jg utk menjadi yg lebih baik setiap hari.
     
        
   
bersambung..









Tuesday 11 June 2013

pelik dan mengherankan..guna hantu raya utk pikat pompuan?

ni cite bulan lepas..
balik dari pasar berek 12, mak bgtau clah, kak naimah nak bercakap ngn clah.mak kata, kak naimah rasa tak seronok. clah tanya mak, kenapa. mak kata, kak naimah nak cakap sendiri, nanti dia cal.

petang tu, bekas jiran clah, kak naimah yg sekarang sudah tiga tahun bergelar janda, cal clah. dia terasa gelisah. hati tak tenang. dia mntk clah tolong tgk apa yg tak kena dgn dia. kak naimah sudah berpindah duduk dgn anak lelaki dan menantunya. semenjak dua menjak menjadi janda ni, dia mmg suka melaram.  muka ceria je, tak da masalah macam masa kwin ari tu. tersiksa emosi.

walaupun umurnya dah lewat 50an, tapi orgnya masih ok. berbadan sederhana. kulitnya putih mulus. rambutnya blonde(sb pakai inai..sebbaik la mata tak biru..hehe), tapi tak boleh nampak la sebab, dia pakai tudung. g sana sini bawa kreta yg anak belikan. tiap bulan, dpt duit rumah sewa. hi, duda dan laki org mana yg tak berkenan?

clah janji utk tolong dia..

awal pagi esoknya, clah scan.
alkisah, dlm kak naimah berulang alik beli barang, ada seorang lelaki yg sukakan dia. samada kat pasar berek 12 atau berhampiran rumahnya, clah tak pasti. tapi kalu clah bgtau kat pasar, tentulah dia tak kan jejakkan kaki langsung ke pasar tu selepas ni. apa yg menjijikkan, lelaki ni bela hantu raya ganas. dah dilepaskan hantu rayanya mengacau(atau mgkn menjaga) kak naimah.

bila clah bgtau hal ini kpd kak naimah, dia gelak. katanya, kalu nak, masuk la meminang.
wah, bkn main lagi kak naimah, terkejut jgk clah. dulu, clah dah bgtau, dia kena kawin, utk selamat. kalu tak, mmg dia tak selamat. clahpernah scan dia tahun lepas, nmpak kaabah, dari kaabah, kluar kepala tubuh dan naga dlm bbrp meter..macam nak gigit clah.

"huisy, akak, kalu dgn lelaki yg pelihara hantu raya ni, baik tak payah. baik cari org yg beriman."

apa rawatan yg kak naimah kena lalui?
7 hari makan kurma ajwa 7 biji sehari(49 biji). 30 hari minum air zam2, segelas sehari. kurma dan air zam2 perlu dimakan dan minum masa azan maghrib. biji kurma (7) perlu ditanam utk setiap penjuru rumah. iaitu 4 penjuru(28 bijinya)

air zam2 clah mntk mak campurkan dgn air zam2 yg clah dah bacakan surah al-Kauthar. kemudian, clah kena baca tambahan, utk air zam2 dan kurma iaitu yasin 1 kali, doa kanzil arasy sekali dan doa utk binasakan setan 10 kali.     

19/6.. kak naimah masih dlm proses rawatan..abis 30 hari, insyaa Allah, clah akan scan lagi sekali. rawatan adalah utk meleraikan kak naimah dr hantu raya ganas itu shj.  

Friday 7 June 2013

sihir dlm perundangan/politik:ROYALTI KELANTAN..mmg giler!

Ramai di antara kita tentu tahu bahawa kjaan kelantan telah mengemukakan tuntutan utk mendapatkan royalti minyak kelantan.

pada hari rabu malam, 15 mei 13, clah baru tahu bahawa esok iaitu hari khamis 16/5/13, jam 9 pagi, akan diadakan perbicaraan di Istana Kehakiman Putrajaya utk menentukan samada Kelantan berhak atau tidak memanggil saksi2 dlm kes tuntutan royalti kelantan dan semua dokumen2 penting dari petronas dan kjaan msia yg dirahsiakan selama ini akan diserahkan kpd kjaan kelantan.

mmg clah terkejut, sb baru tahu..
malam tu clah tak senang duduk..hati rasa gelisah..(tarikh dah nak akhir ni..takut tak sempat solat la.. kan pompuan..hehe )

awal pagi 16/5/13..
clah scan dan lakukan solat tahajjud. 
apa yg ada di mahkamah tersebut, tahu apa yg clah tgk?

segala solat hajat yg dilakukan oleh tok2 guru dan umat Islam, menjadi cahaya seperti chya lampu kalimantang menerangi ruang bicara mahkamah. mahkamah dipenuhi oleh makhluk2 menyamar manusia duduk menyandar berpeluk tubuh di setiap kerusi mahkamah memenuhi ruang bicara. semua mrk berbadan besar dan tegap. cahya yg menerangi itu tidak memberi sedikit kudis pun kpd mereka. mrk duduk dgn megah dan yakin.

sakitnya hati, hanya Allah sahaja yg tahu. kenapa makhluk2 ini ditugaskan memenuhi ruang mahkamah? utk mengelabui mata hakim, supaya hujjah2 peguam kjaan kelantan tidak diterima.

giler betul. diorg ni main sihir jugak!!

apa lagi..clah terus mohon dari Allah utk tinggalkan kat ruang mahkamah tu dua cahaya, satu cahaya keturunan Rasullullah saw dan satu lagi cahaya ahlul bayt. 

"padan muka korang," getus clah.

masa tu jgk clah tgk mereka(makhluk2 tersebut) berduyun2 keluar dari ruang bicara mahkamah.

habis solat subuh, pagi tu tekak clah mulai sakit, namun clah gagahi membaca surah fath. lepas habis baca clah call adik clah yg di sg petani dan kawan clah utk membantu membaca surah fath.




Thursday 6 June 2013

serangan ke atas pontianak saka..peliharaan perawat pompuan bertudung labuh dan berjubah..

bbrp hari sblom clah mandi wajib, clah try masuk fb satu pusat rawatan di felda pahang. kiranya tahun lepas lagi clah dh scan pompuan bertudung labuh dan berjubah yg menjadi perawat ni. beliau menggunakan saka pontianak. pontianak tu dah tua berjubah dan bertudung labuh namun berwajah pontianak. masa dalam solat tu, clah tak bercakap, ia berkata: "sapa ko, aku tak kenal"
clah tetap membisu.

kali pertama dulu, clah masuk gak fb dia tapi clah cuma tanya bab saka je.. sbnarnya clah menyindir siperawat tu..
wah, bkn main lagi ceramahnya ttg saka ni..walhal clah tau, diapun guna saka.. (nak klentong aku konon..mcm aku ni bodo sgt..huhu )

kali ini clah masuk dan bgtau ttg wujudnya saka pontianak tu..
wah..apa lagi dia pun berceramah la..masyaa Allah..bla..bla..bla.. (kononnya dia tak guna bnda tu semua) kmdian dia jawap, kalu clah buat fitnah, akan terima balasan Allah.

aku..apa lagi naik hangin la..aku terus terang je, sapa aku.. dan tujuan aku utk membinasakan pontianak tersebut, supaya tiada lagi mangsa taksub kepadanya dan tiada lagi bahaya terhadap aqidah umat Islam yg dtg meminta rawatannya..byk jgk produk2 yg dihasilkan bersama pontianak tersebut. wek..geli tekak aku..

hahhaha...tentu la clah kena serang ngn pontianak2 tersebut sebab keceluparan mulutku.
clah cakap: baik ko serang aku sekarang. ni aku bagi ko peluang. nanti aku akan serang ko pulak. makan tak abis...!

bbrp hari selepas itu, di saat dan waktu yg Allah dah tetapkan, maka clah pun mula buka langkah(bkn langkah seribu aaa.. hehe)
langkah persediaan utk menyerang pontianak2 sebanyak tiga ekor tu..(dah tambah rupanya).

cara dan kaedah menyerang pontianak:
buat solat hajat sebanyak 3kali(6rakaat) pada rakaat pertama selepas Fatihah, baca surah al-Ikhlas sebanyak 7 kali. pada rakaat kedua selepas fatihah, baca 7 kali ayatul Qursiy.

selesai solat, baca doa yg clah baca utk menentang makhluk halus sebanyak 100 kali. 

selesai semuanya clah kena scan nak tahu apa yg terjadi..
alhamdulillah..ALLAH redha dgn apa yg clah buat..





  

Wednesday 5 June 2013

UAI kena sihir?

beberapa malam lalu clah tidor dan bermimpi..seorg ustaz terkenal kat msia ni..
bila clah terbangun dr tidor, heran gakla clah, bgm clah boleh bermimpi beliau, sedangkan clah tak ingat langsung pun pdnya.. ehem..hehe

clah mimpi beliau sedang dlm keadaan err..(hehe) dan clah balingkan bantal peluk pdnya..bantal peluk itu bercahaya kekuningan..

apa yg sebenarnya Allah mahu clah lakukan?
clah scan utk tgk..
rupa2nya ada org politik yg marah dgn beliau, maklumla beliau ni cergas g ceramah bersama pemimpin2 politik pihak lawan jadi tentula ada musuh yg tak senang hati dan marah dgn aktiviti beliau itu, dan hantar sihir padanya.. oleh krn beliau baru melangsungkan perkahwinan, maka sihir pun berlingkar sekitar itulah jgk..

clah dikehendaki melakukan solat tahajjud dua rakaat selama 3 malam.
pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah dibacakan ayat 284-286 surah al-Baqarah sebanyak 3 kali.
alhamdulillah dua mlm clah buat ada cahya. mlm ketiga, cahaya sedikit suram. di sini clah diberitahu bahawa, beliau terkena sihir jerut.

namun walau terdapat sedikit kesalahan dan kesilapan(bkn kesalahan dan kesilapan clah sbnarnya.. biasala manusia, hati2 akan terasa bila ada sesuatu yg berlaku..), Allah beri juga sb melihat kpd keikhlasan clah(yg ni result selepas scan sekali lagi), alhamdulillah..

semoga Allah beri kesejahteraan dan kebahgiaan dlm mengharungi hidup kpd beliau dan kluarganya di dunia dan akhirat..amiin

p/s..baru tahu..petisyen pru13..krn ceramah uai.. apa kehalnya?mcm2 manusia nih..hehe


Tuesday 4 June 2013

sian mak...rupa2nya hantu raya...

hotel berhantu raya..

pada hari sabtu 25/5.. petang mak clah bersama adik bungsu clah, adik kedua clah dan anak2 adik seramai 6 orang ke dungun utk jamuan perkahwinan anak sedara clah. clah dok kat umah, jaga rumah takut lari(hehe..). clah tak sihat. sakit perut demam sejuk macam org letak dlm fridge.. menggeletar kaki tangan menahan sejuk dan sakit..

aisyah:kenapa clah ketar..
clah:clah sejuk la..

so satu hari tu clah tak makan..minum je..air panas suam, minum pati delima dan telan kapsul habbatus sauda'.. pastu g tido..ulang mcm tu byk kali..sehingga hilang sejuk..alhamdulillah.. dlm bbrp jam lepas tu ..dah ok..cuma demam je lom kebah.

akak clah dah sewakan satu rumah utk tetamu lelaki dan satu rumah utk tetamu pompuan.. namun dek krn adik bawa anak2nya yg kecik2 tu, lelaki dan pompuan, adalah lebih selesa jika menyewa kat tempat lain. mrk dok kat hotel je..

esoknya lepas jamuan, mrk balik kb..

masa tu clah dah sihat sikit. aisyah bkn main seronok bercerita ttg hotel tu..pot pet..pot pet..

dua hari lepas tu mak komplen, rasa letih semacam.. mak pening masa dok kat hotel tu..dah buh tali nano..tapi pening jugak.. bbrp hari lepas tu mak batuk2..

"tolong tgk mak kenapa.."..ujar mak pada clah.

"mak jgn tuduh sembarangan, nanti clah tgk.."..ada la mak tuduh seseorg, tapi clah dah bg warning, maklum la kita tak tahu, jangan nak memandai pulak, kesian org tu..

awal pagi dua hari lepas, clah scan..

"mak, tuan rumah yg mak tido tu ada bela hantu raya ganas"
mak kena mandi tghari nanti dgn air kolah satu masjid, air zam2 yg clah dah bacakan Al-kauthar, daun tanjung 30 helai dan bunga melor segenggam.. bila asar, minum air zam2 yg clah dah bacakan surah al-Kauthar dan makan kurma ajwa 7 biji(ni pun clah dah bacakan surah al-Kauthar). 

"mak yg kena teruk dari adik2. terpulang kpd mrk nak mandi ke tak."

alhamdulillah..hari ni batuk mak pun dah tak kedengaran..mak pun dah lebih dari 70% sihat..


"lawatan" hantu raya dr pekerja rumah jiran

akhir tahun lepas, mak ke rumah jiran kami, wan, utk ambil keratan batang pokok ubi kayu putih, katanya nak tanam kat kawasan rumah kami. dulu mak bagi keratan batang ubi kayu utk isterinya tanam. bila wan dan isterinya bercerai, rumah tu dh jadi milik anaknya rozita. bila dah tumbuh dan isinya dah diambil anaknya, rozita, mak mintak pula sb kat rumah kami pokok ubi kayu putih dah pupus bakanya. tak buruk siku ke? ntah lah..hehe
  
isi ubi kayu putih tak da kayu macam isi ubi kayu kuning, kata mak. jadi, sedap utk dimakan. mak rebus je..lain2 mak tak suka. bila mak rebus, dia akan rebus satu periuk, dia suruh clah makan. clah bkn suka sgt ubi rebus, sat lagi kalu tak abis, mak akan tanya,
"ko tak makan ke ubi kayu rebus tu? mak dah buh gula sikit bagi rasanya manis,"

"tak larat nak makan dah mak..naik kembung dah perut ni.."

kami cuma berdua, rebus satu periuk..ayyo! nak kena habiskan..ni yg leceh! kalu clah rajin, clah potong buat sira dgn nisan kerek..tapi masalahnya malas..huhu

petang tu masa mak g umah wan melalui pintu pagar belah dapur, ada dua pekerja lelaki sedang pasang grill. seorg muda dan seorg lagi sedikit berumur. bila mak balik, dia potong keratan2 tersebut menjadi lebih pendik, mak kata dpt lagi banyak. selesai, mak terus susun keratan2 tersebut kat tepi dinding garaj. mak naik berehat kat ruang tamu. mak dok atas lantai di belakang clah, dia kata kepalanya rasa pening sikit dan rasa lemah.
clah solat zohor. namun clah rasa macam ada bnda dok belakang clah. kejap kat sini, kejap lagi kat sana.
selesai solat, clah buat scanning.

"mak..hantu raya ikut mak. ia berkenan kat mak." kata clah sambil gelak.
"apa pulok berkenan kat aku..!",kata mak sambil juihkan bibirnya..

tadi la mak kan g umah wan, pekerja yg tua sikit tu ada saka hantu raya, hantu raya dia la yg ikut mak balik.

jap agi mak mandi. ambil air kolah satu masjid, campur sikit air zam2 yg clah dh bacakan alkauthar dan  bunga melur 10 kuntum, daun tanjung 10 helai dan setitik minyak atar kasturi hitam dan merah.

mak buat apa yg clah suruh. alhamdulillah..