Tuesday, 22 March 2011

Tok Guru

Ramai yang mengaku tok guru, ada yang benar-benar tok guru yang membawa kita ke jalan yang benar namun ada pula yang boleh menyesatkan akidah kita. Tok guru sesat ini berselindung disebalik ilmu agama, serban, kopiah dan ibadah. Saya pernah pergi berubat dengan seorang tok guru,  namun, setiap kali saya melihat beliau, saya rasa dia mempunyai wajah lain disebalik wajah yang dapat dilihat oleh semua orang. Firasat saya ternyata benar, bila saya melakukan scan, saya melihat seorang lelaki tanpa berkepala mengendung seekor kucing. Lelaki itu berpakaian sebiji seperti tok guru tersebut. Kemudian, saya melihat ada kepala berwajah menyeramkan keluar dari telaga di tempat yang jauh terpencil dan jauh dari kawasan perumahan orang. Kemudian saya nampak macam telaga tapi airnya hitam..saya tau ertinya, tok guru ini ada pengaruh tapi pengaruhnya meninggalkan kesan yang tidak baik kepada pengikut2 atau orang yang mempercayainya. Contohnya taksub membabi buta sehingga menganggapkan dia sebagai wali Allah..dan kata2nya adalah keramat, dan dia boleh melakukan apa sahaja ie memakbulkan doa..

1 comment:

  1. Assalam.. clah, salam perkenalan, 1st time bace blog clah.sebenarnya, tgh cari pekaitan antara kucing dan sihir. Kucing dlm perut saya ni..sya kerap ada gangguan. Tp, lps 1 per 1 belalu, sy xtahu apa2 makna setiap yg jd pd sya... ingin juga tahu perihal masalah diri dan Allah, apa yg harus dibetulkan..boleh sya email clah..?

    ReplyDelete