Friday 1 February 2013

Melawat syeikh siti jenar...di alam barzakh..


Siapakah syeikh siti jenar?
sila gugel atau boleh baca kat blog pilihan clah.

pada tahun 2011 clah berhadapan dengan serangan sihir jawa kuno dari isteri seorg perawat. sisisteri ini memiliki ilmu yang membolehkan dia menjadi ratu andai kata dia berjaya menyesatkan suaminya(sisuami seorg yg ada ilmu agama). ia membolehkan siisteri menjadi penguasa ke atas makhluk halus yang berjumlah berlaksa2...suami tak tahu akan hal ini.

Suatu hari, lewat petang, olehkerana clah tak tahu bagaimana nak buat, clah gugel sihir jawa kuno. clah terjumpa blog ilmu syeikh siti jenar. clah print. masa dok print tu lah clah ternampak kelibat binatang berwarna kuning seperti kucing besar masuk melalui pintu yang terbuka terus ke sebelah kiri clah, kemudian terus berlindung disebalik tirai.

clah menjerit,
"mak..kucing masuk rumah,"
mak jawab dari luar rumah..
"kucing ada kat sini..."

kalu kucing kitaorang tak masuk, ertinya, apa makhluk yg masuk?

malam tu dalam pukul 9 lebih, clah masuk tido(clah ngantuk sangat, dah lupa ttg makhluk tu) pintu bilik clah, clah kunci.
bangun tidor dalam pukul 11 lebih, mak sibuk bercerita...

"kamu tak sedar ke, tadi hujan. lampu padam. mak pasang lilin. mak tengok ada makhluk dok li-lah li-lah(sori..bahasa kelate..hehe...berjalan ke sana ke mari)..mak royak(bagitau) kat dia..
"weh..mu ni gi tubik, tubik(keluar, keluar)..", ujar mak.
mak dengan beraninya(hehehe..biasanya penakut)buka pintu besar rumah.
"nasib baik binatang tu kluar..", ujar mak(dgn penuh bangganya kot..hehe)

setelah sekian lama, clah dah lupa akan cite tu..hinggalah di bulan disember, bila clah terbaca kisah dari blog siti jenar. tak tau la kenapa ..hati rasa meronta2..seperti terpanggil utk buat sesuatu.


awal pagi, 29/12/12..
clah mulakan dengan melakukan solat sunat tobat dua rakaat diikuti dengan dua rakaat solat sunat istikharah. Beliau mmg keturunan Rasulullah saw. beliau mmg pernah ditipu oleh syaitan, namun beliau sempat bertaubat.  

awal pagi 1/1/13..
clah lakukan solat istikharah utk mengetahui bagaimana cara utk membersihkan nama beliau. masa dok tgh dalam solat tu..clah ternampak seseorang tangan dua2 kat bahagian atas dinding(dinding terbuka dari atas lebih kurang setengah kaki), sambil menjengukkan kepalanya, rupa macam syeikh siti jenar. (clah berada dibilik sebelah satu lagi). suasana agak suram(macam kita pasang lampu mentol kuning).

semasa menjengukkan kepalanya lelaki itu tersenyum dan bersuara,
"haah..dah lama tak da orang datang melawat!" dari suaranya dan senyumannya clah dapat rasakan kegembiraan beliau. clah tanyakan apa yang beliau mahu clah lakukan(utk bersihkan nama beliau). dua perkara yang beliau mohon:
1) HENTIKAN BLOG ILMU SYEIKH SITI JENAR  
2) KALU SELAWAT KEPADA RASULULLAH SAW, INCLUDEKAN DIRINYA SEBAGAI AHLUL BAIT

clah juga bersuara, 
Rasulullah adalah sebaik2 makhluk. Baginda tidak akan melupakan tuan sebagai keturunannya. sebaik sahaja habis ayat terakhir clah ucapkan, clah nmpak Rasulullah saw datang sepantas kilat bertemu dgn syeikh siti jenar. 

clah berjanji akan melakukan apa yg beliau minta dan seterusnya clah tinggalkan mereka berdua.

hari seterusnya, clah lakukan solat istikharah utk mengetahui sekiranya apa yg clah nmpk sebelum ni adalah benar.
jawapannya:
JANGAN MERAGUI..
clah rasa senyum clah sampai ke telinga, hati clah rasa berbunga-bunga.alhamdulillah


  
p/s..TOLONG YA TUAN2 DAN PUAN2..MULAI SEKARANG HENTIKAN BLOG ILMU SYEIKH SITI JENAR!!




    

3 comments:

  1. Cik Clah Boleh sya tau bahasa apa yg di gunakn untuk bercakap dgn Syeikh Siti Jenar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knp tuan?sangsi ka,tiada yg mustahil bagi Allah untuk makhluk2nya

      Delete
  2. Betul sy ada kenalan dari Indonesia, keturunan Syeikh Siti Jenar di FB.

    Nama nya adalah Ahmad Fahmi Surya.

    ReplyDelete