Wednesday, 19 October 2011

Solat Istikharah

Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah SWT, maka tidak seorangpun boleh menyesatkannya. Sebaliknya, sesiapa disesatkan oleh Allah, maka tidak seorangpun boleh memberinya hidayah.

Rasulullah SAW bersabda:
"Telah aku tinggalkan dua perkara, yang bila kalian berpegang teguh dengan keduanya, kalian tidak akan tersesat sesudahku selama-lamanya, iaitu kitab Allah dan Sunnahku."

Rasulullah SAW juga pernah menasihati Ibnu Abbas yang ketika itu masih kecil dengan mengatakan: "Bila kamu hendak meminta, mintalah kepada Allah dan bila kamu hendak memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah..."

Sesungguhnya Allah SWT akan melakukan urusan yang penting dalam hidup seseorang jika dia mengadu kepada Allah dan solat istikharah. Sesungguhnya Allah SWT akan mencukupkan keperluannya serta memberi jalan keluar dari segala permasalahan.

Solat istikharah merupakan suatu anugerah yang agung. Allah SWT telah mensyariatkan solat istikharah kepada kita menerusi lisan Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW amat bersemangat apabila mengajarkan solat istikharah kepada para sahabat, sepertimana baginda mengajar surah di dalam Al-Qur'an. Hal itu disebabkan solat istikarah memang sesuatu yang sangat penting dan amat diperlukan.

Jabir bin Abdullah berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW mengajar kami solat istikharah di dalam semua urusan kami seperti halnya baginda mengajar kami surah di dalam Al-Qur'an."

Dari segi bahasa , istikarah ertinya meminta kebaikan secara mutlaq tanpa adanya batasan tertentu. Solat istikharah secara ilmu Soraf adalah bentuk istifala dari khairun. Kata khairun adalah isim sebagaimana terdapat di dalam perkataan khairallahu laka fi haza  al-amri(Allah memilihkan yang terbaik untukmu di dalam urusan ini)
ikhtiyarun sama dengan istafa, ertinya memilih. Dikatakan istakhir ilallaha yakhir laka(mintalah dipilihkan yang terbaik kepada Allah , nescaya Dia akan memilihkan yang terbaik untukmu)


Allah SWT akan memilihkan yang terbaik bagi hambaNya bila seseorang itu memohon kepadaNya untuk dipilihkan. Secara syair Istikharah ertinya meminta kebaikan kepada Allah SWT di dalam urusan yang dibolehkan oleh Allah untuk dilakukan hambaNya dengan cara-cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Solat istikharah menunjukkan adanya kepercayaan seseorang kepada Allah SWT. Ia juga menunjukkan adanya hubungan yang terus menerus antara dirinya dengan Allah. Juga kaitan hati dengan apa yang ada di sisi Allah SWT, redha dan pasrah dengan segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT serta tenang menerima apa jua keputusanNya.

Tentang hal ini, ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnadnya, dari Sa'ad bin Abi Waqqas. bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Termasuk kebahagiaan Bani Adam (manusia) ketika dia mahu beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah, dan termasuk kerugian Bani Adam (manusia), ketika dia tidak mahu beristikharah kepada Allah, dan membenci apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah."

Perbanyakkan bertaubat, berselawat dan berzikir kepada Allah SWT agar beroleh petunjuk ke arah kebenaran. Sebelum istikharah, hendaklah memastikan bahawa penumpuan kepada Allah telah dilaksanakan dengan setulus jiwa raga.

Ibnul Qayyim di dalam kitab Zadul Ma'ad menyatakan bahawa orang beriman menerima ketentuan Allah SWT dengan berserah diri dan redha.

Sabda Rasulullah SAW:
"Dan aku meminta kepadaMu agar menjadikan aku redha setelah ketentuanMu berlaku kepada diriku..."

Istikharah dimulai dengan solat. Dengan solat istikharah, maka seseorang itu laksana mengetuk pintu menemui Yang Maha Agung. Maka setelah pintu terbuka, dia pun akan diizinkan untuk berbicara.

Kredit untuk Hj Abdul Rahman B. Mohd Adil, Keajaiban Solat Istikharah, Pustaka Azhar.
Cara dan doa solat istikharah, bolehlah rujuk ke buku tersebut.

Solat Istikharah utk pemilihan terbaik...

Clah sudah mula melakukan solat istikharah seawal usia 16 tahun. Sejak dari tarikh tersebut, mmg sentiasa lakukannya utk pemilihan, namun sebagai manusia tetap ada jugak kelemahan. Mula2nya mntk Allah nampakkkan hasil istikharah dalam mimpi. Namun, rasa macam tak brp seronok pulak. ya la kan, nanti bercampur dgn mimpi lain pulak. Jadi mohon agar Allah perlihatkan sesuatu itu terus samada baik atau buruk. dan sekarang mohon diperlihatkan di dalam solat utk menscan dan merawat. Sekiranya ada pembaca2 yg mengalami kesukaran membuat keputusan walaupun dah buat solat istikharah, teruskanlah melakukan solat tersebut, sehingga tuan2/puan2 benar2 berhasil.    
  

Friday, 5 August 2011

Senarai Masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang ada kolah

Sesiapa yang memerlukan air kolah masjid, bolehlah mendapatkannya di masjid2 yg tersenarai di bawah:

Kuala Lumpur

1. Masjid Jame' Kg Baru KL
2. Masjid Jame' Bandar KL
3. Masjid Jame' Alam Shah, Jln Pasar, KL
4. Masjid Jame' Al-Akram, Dato' Keramat, KL
5. Masjid Jame' Mindef, Jln Padang Tembak, KL
6. Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL
7. Masjid Ar-Rahimah, Kg Pandan, KL
 
Selangor 

8. Masjid Al-Ridwan, Ulu Klang
9. Masjid Jame' Kg Cincin, Gombak
10. Masjid Zakaria, Bt 8, Gombak
11. Masjid Jame' Kg Nakhoda, Selayang
12. Masjid Jame' Pandan Jaya
13. Masjid Jame' Seksyen 14 Petaling Jaya
14. Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya
15. Masjid Jame' Mujahidin, Damansara Utama
16. Masjid Jame' Sayyidina Ali, Pdg Balang, Gombak
17. Masjid Bandar Tasik Puteri Rawang 

Quarters Kakitangan Dihantui Ruh Gentanyangan

Pada pagi 30/5, anak sdara clah sms bgtau ttg baby muadz yg menangis mcm histeria dari jam 10 mlm hingga pukul 1.46pagi. Anak sdra clah dah bc 4 Qul dan ayat seribu dinar, tapi dia tetap menangis. Akhirnya, dia baca Yasin, habis baca Yasin, baby muadz tidur..

masa Iqah sms, clah mmg tgh period dan sakit kpla. Dia mntk tolong tgk apa yg mengganggu muadz, clah mntk dia smskan alamat umah dia..clah terpaksa scan guna auzu billa...hanya bbrp kali bc, nmpak kubur lama dlm 3 buah...clah bgtau Iqah, umah dia dok, adalah bekas tapak kubur lama..Iqah berjanji akan tanya kat jiran2. dia pun rasa mcam seriau bila masuk ke ruang dapur...mcm ada bnda dok perati dia...

clah mntk dia smskan nama penuh baby muadz dan abah muadz..clah scan guna 2 kalimah syahadat, di masa inilah clah nmpak makhluk yg mengganggu muadz, mmg benar ruh yg tak tenteram..ruh tu menmpakkan wajahnya yg hodoh pd muadz, sb tu la muadz tu menangis bertempik2...

masa clah tanya ruh tu kenapa kau ganggu dia, ruh tu mengejek clah(clah tak brp yakin nak lawan, sb clah sdg period) "ko takut..eehh...".
clah jawab balik, "mmg aku takut, tapi Allah ada"

clah teruskan jgk bacaan selawat dan alhamdulillah..
kemudian, clah nmpak makhluk tu baring terjelepuk dlm bekas macam penjara...dari besi putih..
"tolong aku" rintih dia kpd clah.
clah jawab, "kenapa kau mntk tolong ngan aku?mntk tolong ngn Allah la. Aku tak tau apa hukuman yg Allah akan beri kpd kau"

abis aje kata2 clah tu...bnda tu ghaib dari penglihatan..

bila clah sms keesokan harinya, Iqah kata, dah tak da gangguan. baby muadz dah ok..

Alhamdulillah...




ilmu yg menarik makhluk lain...

Lama tak dgr khabar iqah. tetiba phone berdering. clah tgk jam, pukul enam lebih..tak lama lagi maghrib...
Iqah yg cal. clah muadz menangis menjerit2....(muadz ni seorg yg happy go lucky..kalu dia nangis jerit2 tu ada la apa2 yg menakutkan)

iqah critakan, dia telah pergi berkursus...kat tepi hutan...balik dari kursus dia terus balik ke rumah.
"tak pa..nanti clah tgk bgm..insyallah.."
lepas solat maghrib dan solat hajat, clah cal iqah...
clah nasihatkan iqah, lain kali mandi dan buang baju kat luar, masukkan dlm besen atau baldi. esok cerah baru ambik pakaian tu bawa masuk ke rumah utk di basuh.

apa yg clah nmpak dalam solat adalah...ada seorg yg satu grup kursus(lelaki ) amalkan ilmu yg boleh panggil makhluk lain(spt magnet). lelaki ni penghisap rokok tegar(sb bau rokok) dan dia mmg suka minum samada kopi atau nescafe(jg ada bau mcm kopi atau nescafe). iqah kata mmg ada, ustaz kat tmpat dia. clah kata:jauhkan diri dari dia. Iqah ni lemah aje...clah dpt rasa jiwa lemah tu...perlu kuatkan semangat, zikir byk2...
iqah jawab, mmg iqah lemah sangat. iqah preggy la ni...



ruh gentayangan di kawasan ipta....

bbrp bulan berlalu, entah mcmna dlm pukul 3 pagi, clah tringat pd iqah, apa khabar dia, lama dah tak dgr berita. pukul 5 lebih, clah trima sms dari iqah. Muadz menjerit2 awal pagi tadi...clah cal iqah: "knp tak cal awal2? ni dah nak subuh, camna clah nak buat? tak pa la nanti clah tgk bgm..janji clah pd iqah.

Lepas solat subuh, dlm pukul 6.30 pagi, clah cal iqah sekali lagi...
mmg ruh gentayangan. dia ni kafir mati kena bunuh, pas tu kena bakar, abunya dibuang dalam lopak air kat tanah rendah kawasan belakang ipta tu..

ini dialog clah dgn makhluk tu..nmpak bayangannya terlompat2...
"knp ko kacau dia?kalu ko Islam, bolehla aku mntk pd ALLAH utk ko masuk syurga ni ko kafir. ko nak masuk neraka? kalu tak nak masuk, dok diam2 kat situ. ko ngacau org supaya org tau kehadiran ko, tapi ko dah jadi abu, mcmna org nak kuburkan ko? anggap aje tu mmg ditakdirkan kubur ko jgn kacau sesiapa lagi..kalu aku dgr ko kaco lagi...aku kan mntk ALLAH hantar ko ke neraka..."

iqah tanya seorg yg tahu sejarah kawasan tu..org tu ckp kawasan tu mmg keras...nasihat clah utk iqah..
kalu muadz tido..bacakan alkautsar dikedua telinganya, buat 30 hari...
   












Monday, 30 May 2011

2)scan kaedah kedua

      Selain dari scan secara solat istikhrh, saya juga pernah melakukan secara zikir...
bacalah zikr yg biasa anda bc selepas solat fardhu...
1000 x subhanallah, 1000x astaghfirullah, 1000x ya Allah, 1000x Allahu akbar, 1000x Alhamdulillah, 1000x la ila haillallah....boleh disambung ke selawat 1000x dll...biasanya zikir ini saya lakukan dlm bilik atas katil saya...krn ia lebih tertutup dan lebih privasi... Gambaran yg dilihat adalah kiasan dan spt slide...

Scan Jarak Jauh utk mengetahui masalah dan mengetahui ara rawatan

       Scan secara jarak jauh untuk mengetahui sesuatu masalah pd individu boleh dilakukan, samada secara solat atau secara zikr.Untuk kedua2 kaedah, anda perlu membersihkan hati, diri dan minda terlebih dulu.
     
       Dalam kaedah pertama, biasanya saya membuatnya di awal pagi, dari selepas tgh mlm hingga sebelum azan Subuh. Saya perlu melakukan solat sunat taubat 2 rakaat, kemudian diikuti dgn solat tahajjud 2 rakaat khas utk Allah. Kemudian bolehlah meneruskan utk melakukan 2 rakaat solat sunat istikhrah. Pada rakaat pertama dan kedua, bc Fatihah 1x, surah alIkhlas 1x, ayatul Qursiy 1x dan bc surah alKaafiruun sebanyak2nya sehingga anda dpt melihat apa masalah yg dihadapi..jika belum nampak teruskan ke rakaat kedua. Jika telah nmpak di rakaat kedua, teruskan bacaan utk melihat bgm utk menyelesaikan atau utk rawatan. Sekiranya masih belum nampak juga, anda perlu ulangi solat istikhrh. jika selepas dua kali masih tidak berjaya, anda perlu melakukan solat sunat taubat skali lagi...mungkin anda atau orang yg scan itu ada masalah tersembunyi ngn Allah.

      Biasanya, apa yg saya lihat di dlm solat adalah gambaran2 dan kiasan2. Saya sendiri yg perlu menterjemahkannya.


kelemahan scan:
mmg ada bbrp kelemahan yg perlu diambilkira...

1) perawat perlu melakukan solat sunat tobat sehingga nmpk cahaya, jadi, bilangan rakaat solat tobat ini perlu lebih dari dua...(sekiranya perawat melakukan kesalahan/dosa...)

2)selepas itu melakukan solat sunat tahajjud kpd ALLAH...kita hambaNya, sblom memohon sesuatu dariNya, rendahkan diri terlebih dahulu...perlu sedar taraf kita.

3) solat sunat tobat utk pesakit yg kita rawat pun perlu sehingga ada cahaya.

*4) jgn lakukan solat istikharah(scan) secara tergesa2...ada maklumat yg mgkn tertinggal..

*5) maklumat yg diberi pesakit perlu detail utk mengetahui masalah dgn lebih detail.

*6) tersilap beri penjelasan. olehkrn apa yg dilihat hanyalah gambaran spt slide, kita mgkn tersilap paham...

7) scan diri kita sendiri selepas solat tobat dan solat tahajjud, utk pastikan tiada halangan dr mana2 arah...


*sekiranya ini berlaku, baik kita melakukan solat istikharah utk scan pesakit sekali lagi. Buatlah dgn hati yg tenang...dan ingat apa yg ditunjukkan betul2...wallahu 'alam...

Minyak Attar/Myk Wangi

       Minyak atar yang di keluarkan oleh tukang2 sihir dah semakin berlambak di pasaran. Myk atar atau minyak wangi ini dikeluarkan utk pelbagai guna dan dengan pelbagai nama. Mereka mendakwa ia dibenarkan syarak.

Si tukang sihir membuat perjanjian dengan setan..di mana setan memberikan mereka formula myk wangi, iaitu bahan2 yg perlu utk pembuatannya dan cara pemprosesannya..perlu diingat, setan yg menyelia semua proses...(sambil senyum kambing melihat kevodohan manusia) manakala si tukang sihir memberikan habuan kepada setan2 tersebut. si tukang sihir mendapat wang yg banyak, manakala setan2 mendapat pulangan yg juga lumayan...aqidah orang2 Islam.

Bahan2 yg digunakan mengandungi najis, darah dan anggota binatang yg haram kepada orang2 Islam. penggunaan jampi dan mentera utk menjadikan minyak wangi tersebut lebih umph...di mata pembeli..selain dari itu ada jg unsur pemujaan setan.

Jamuan dibuat utk memberi setan2 ini makan...sebagai ucapan terimakasih..

p/s...ini yg clah nmpak masa scan myk wangi seorg forumer..

Tuesday, 22 March 2011

Tok Guru

Ramai yang mengaku tok guru, ada yang benar-benar tok guru yang membawa kita ke jalan yang benar namun ada pula yang boleh menyesatkan akidah kita. Tok guru sesat ini berselindung disebalik ilmu agama, serban, kopiah dan ibadah. Saya pernah pergi berubat dengan seorang tok guru,  namun, setiap kali saya melihat beliau, saya rasa dia mempunyai wajah lain disebalik wajah yang dapat dilihat oleh semua orang. Firasat saya ternyata benar, bila saya melakukan scan, saya melihat seorang lelaki tanpa berkepala mengendung seekor kucing. Lelaki itu berpakaian sebiji seperti tok guru tersebut. Kemudian, saya melihat ada kepala berwajah menyeramkan keluar dari telaga di tempat yang jauh terpencil dan jauh dari kawasan perumahan orang. Kemudian saya nampak macam telaga tapi airnya hitam..saya tau ertinya, tok guru ini ada pengaruh tapi pengaruhnya meninggalkan kesan yang tidak baik kepada pengikut2 atau orang yang mempercayainya. Contohnya taksub membabi buta sehingga menganggapkan dia sebagai wali Allah..dan kata2nya adalah keramat, dan dia boleh melakukan apa sahaja ie memakbulkan doa..