Wednesday 25 April 2012

Pengalaman pertama merawat...

Pada tahun 1995, masa tu clah g melawat mak angkat(seorg bomoh) di Junjung. nak dijadikan cerita, jiran mak angkat clah adalah kawan clah. Sejak clah berpindah ke Alor Setar, dah lama jgk tak bersua ngn kawan tu(kalau tidak, hampir setiap minggu clah g melepak kat opis dia). Mmg terkejut gile la tgk keadaan kawan yg kusut masai..lalu anak mak angkat clah bercerita, kawan clah tu dah jadi tak brp betul, sb terlalu tertekan dgn suasana kj. Dia terpaksa selesaikan masalah dan kj org2 yg terdahulu dalam masa bbrp minggu sahaja.

mak kawan clah tu dari gemuk dah jadi kurus melengking. terpaksa mengekor je ke mana anaknya pergi, kalu tak, takut sesat. Diberitakan jg, kawan clah tu suka memaki hamun...apa sahaja yg dia nak, dia ambik, dia makan..dah merata org mak dia bawa g berubat, tapi tetap tak sembuh...

bergenang airmata clah melihat kawan clah tu..orgnya hensem gak la dan dia pun baik..masa tu gak la clah terdengar satu suara, "rawat dia dgn solat"... clah terkejut, "dgn solat? bgm?"

Balik ke rumah, malam tu jg clah start buat solat tahajjud dan solat hajat...begitulah setiap malam dalam lebih kurang pukul satu pagi clah akan mula bangun dan buat solat utk kawan tersebut. Masa ini adalah masa dia tidur, jadi segala pemusatan hanyalah kepada dirinya, tiada gangguan dari luar...

Dua bulan lepas peristiwa tu, clah telah berpindah semula ke Kulim. suatu hari, di depan restoran clah telah terserempak dgn kawan tersebut. clah tanya dia, awak ingat saya? Dia senyum sambil jawab ya...

Alhamdulillah, dia dah sembuh....

No comments:

Post a Comment