Tuesday, 19 June 2012

di datangi iblis la'natullah.....

Semasa clah masih belajar di IPTA dulu, clah telah di tempatkan di asrama di luar kawasan kampus, di Blok T berjiran dgn perumahan siswa siswi UM. Kami namakan rumah kami tu villa aman.

Oleh krn clah alahan teruk dgn ubat nyamuk lingkaran dan cahaya lampu, maka clah telah bermastautin kat bilik stor. jadi, tak perlu nak gaduh2 atau sibuk2 . kita boleh study dan letak barang2 kat situ. Katil kat bilik hanyalah hiasan semata2.

Seingat clah, petang tu selepas bersihkan seluruh rumah, semua org telah keluar. ada yg balik kampung, ada yg g bermalam di rumah kenkawan, so malam tu yg tinggal cuma clah sensorang kat flat tu. clah angkat tilam dari bilik letak kat ruang tamu. Ni first time nak tido kat ruang tamu, biasanya clah tido kat stor. Seronok sangat, sb terasa rumah bersih. selepas baca doa tido dan 3Qul...clah tido. antara tido dan jaga dalam samar2 cahaya lampu jalan itulah clah nampak satu lembaga masuk ikut pintu besar. Lembaga tersebut berupa seorg tua berbadan besar berjubah dan serban,(spt yg diceritakan semasa kedatangannya semasa org2 Quraisy bermesyuarat utk membunuh Rasul SAW) namun clah pasti ia adalah iblis la'natullah.

"yg paling aku benci bukan adam" 

selepas itu dia ilang. clah terjaga. menggeletar dan terkejut, maklumlah sorg2 ni...

 itulah kata2nya yg clah masih ingat sampai sekarang. dan sudah bertahun2 clah berfikir...

kalu bkn Nabi Adam as yg dia paling benci, tentulah manusia yg paling dibencinya tak lain tak bukan Nabi Muhammad SAW. sb Baginda adalah rahmat bagi sekelian alam.

dan apakah rahsia disebalik pemberitahuan tersebut?

 

No comments:

Post a Comment