Friday, 26 July 2013

ai...imam selempang kuning buat hal lagi..3/11

kisah pertama..

minggu lepas lepas clah buat minyak urut utk kenalan clah, clah masukkan ke dalam botol, penuh sebotol. baki minyak urut masih ada dalam jug plastik. bebila bolehla tambah minyak atau bahan lain. clah tinggalkan aje kat tempat clah solat.

ni apa yg mak cite kat clah ...
petang tu, sebelom akak sulung clah sampai sekluarga utk buka puasa, mak ingat nak gali lubang. perut ikan dan sisiknya mak selalu kambus dalam tanah. boleh jadi baja pokok. mak pegang batang cangkul dgn dua belah tangan. pegang aje batang cangkul, mak terasa jarinya spt terkena duri..mak rasa heran. ada duri ke kat batang cangkul tu. mak buang ke tanah. mak terus ambik tanah. lumur ke tangan. kemudian mak basuh dan ambik minyak atar kasturi dan sapu ke jari jemari. kemudian mak teringat minyak urut yg clah buat. mak terus sapu ke jejarinya. mak kata kurang sikit rasa berduri2.

clah kuar bilik setengah jam kemudian. clah ambil myk kasturi hijau, sapu pada jari jemari mak..sambil baca "robbana aatina min ladun karohmah wahayyik lana min amrina rosyada" beberapa kali..kepala clah rasa seriau. clah bgtau mak:
"ermmm..mak kena minyak dagu"  
jari2 clah pun rasa spt berduri2..tapi cuma beberapa saat shj.

awal pagi esoknya, clah scan. 

clah nampak gambaran seorang lelaki muda dalam pagar kami berdiri berdekatan pagar. pegang mata cangkul, batang cangkul ditegakkan berdekatan pagar. kat luar pagar, berdiri imam selempang kuning sambil sapu sesuatu sambil baca mentera. (p/s..myk dagu ni lebih kuat kesannya, sb dibaca mentera).

oleh kerana dia dah tak dapat buat clah. aimnya sekarang adalah mak. dia mahu mak tak boleh buat satu kerjapun. biar tangan mak kebas. kawasan rumah kami akan berselerak dan kami akan pindah.


alhamdulillah mak sempat sapu myk urut yg clah buat. kalu tak, tangan mak akan kebas selamanya. namun clah kena sapu air zam2 yg clah dah bacakan Al-Kauthar utk mak sembuh sepenuhnya.


clah asyik lupa je..baru kemarin clah sapu air zam2 tersebut. sapukan pada jari mak satu-satu. sehingga clah "dengar" dah tiada lagi kesan myk dagu. 


beberapa minit kemudian, clah tanya mak. mak kata dah tak da rasa duri2 kat jarinya.



kisah kedua..

awal pagi tadi..clah buat solat tahajjud utk penyakit clah, sambil scan skali..segala tok2 sami siam dah tak da..tetiba clah nmpak benda hitam legam sebesar penumbuk lelaki(kalu penumbuk clah, kecik je..hehe) clah tanya(secara rohani):
"apa tu?" 
jawapan yg clah dengar:
"besi bak"
"utk apa", tanya clah lagi..
jawapan.."buat cara kasyaf"(clah disuruh melihat melalui kasyaf)

petang, selepas rehat dari solat zohor, clah buat secara kasyaf..
terdengar suara pertuturan antara dua lelaki, 

"kawe tok sei buat takot jadi gapo2"(saya dah tak mahu lakukan, takut kalu terjadi yg tak sepatutnya) kata lelaki pertama dgn telor siam yg merupakan tok sami wat siam di narathiwat.

"tak po la kalu demo tok sei buat gak, kawe buat"(tak mengapa, kalu awak tak mahu lakukan, biar saya yang buat) jawap lelaki kedua, yg clah dengar suaranya tak asing lagi(hehe..tok sami gak, tapi sami @ imam selempang kuning).mgkn waktu ini lah dia beli besi bak tu.

(menurut mak clah, besi bak digunakan dalam kuil siam utk buat penyembahan. semasa arwah wa(mak kpd mak clah kena sakit kudis akibat serpihan besi bak yg ditabur dalam telaga rumahnya), wa melarang sebut besi bak ni. dia pun tak beritahu apa yg dia kena sehinggalah dia tua baru rahsia dia kena sihir oleh lelaki yg minat padanya didedahkan kpd anak2nya. menurut mak jg, bekas kudis tu memakan isi kaki wa, menampakkan tulang kaki).  

clah:berapa belaan dia ada
jawapan:ratusan..
menantu dia lagi kuat, sb boleh baca mentera dlm bahasa siam. dia(pulak) ada byk bilangan belaan..
clah:bagaimana keadaan mak ngan pak dia dalam kubur?
jawapan:tiap hari mak dan pak dia berdoa agar dia mati cepat, mrk dah tak tahan terseksa setiap hari..

clah:kat mana dia letak besi bak tu..
jawapan:ditanah yg berdekatan air..
(kat mana..fikir clah).

apa yg clah perlu buat utk rawatan?
renjiskan air zam2 kauthar ke seluruh kawasan(tanah berumput).

beberapa hari clah tangguhkan utk merenjis air zam2. awal pagi seterusnya, clah lakukan solat tahajjud. sambil tu clah bertanya...

kat mana dia tanam?
kemudian clah nampak kat birai(tepi) telaga belakang rumah kami. clah tanya, kenapa dia tak letak dalam telaga?
jawapan:sb dia takut. dulu masa lepas dia letak sesuatu dalam air(air kencing) dia dah kena sesuatu yg teruk..

clah tanya:boleh tak clah maafkan dia?
jawapan:tak boleh. dia dah lawan Allah.
clah mntk dia terangkan maksudnya.
jawapan:dibelakang adik clah ada syeikh nazim(syeikh nazim ketua beliau, dlm tarikat naqsyabandi).di belakang clah ada para habib, para waliyullah, para malaikat, para anbiya' termasuk Rasulullah saw pun ada(itulah sebabnya).
clah:dia tak tahu ke ttg ni?
jawapan:orang samseng(dia tahupun, dia buat jugak).
clah:apa yg kena kat adik clah?
jawapan:sekat jodoh.
clah:?
jawapan:segala sakit yg clah alami, tak kan sembuh selamanya.

clah:bini dia mcmna?
jawapan:bini dia pun sama jahat.
clah:anak dia nak tanah kami nak buat apa?buat bangunan rumah kedai?
jawapan:bukan. tanah tu utk buat tempat pemujaan. tanah bersegi tak brp berkesan. tanah yg empat segi mantapkan ilmu. tgk aje wat siam. 

hari seterusnya clah buat lagi solat tahajjud. kali ini clah mintak sesuatu..
clah:ya Allah..aku maafkan semua yg terkena aku akibat dari sihir besi bak. batu tu berada dalam kawasan clah, iaitu dalam lingkungan cahaya, jadi, ia dah jadi di bawah pengawasan clah. oleh itu clah yg ada kekuasaan ke atasnya. bkn salah ia, manusialah yg jahat. jadi clah mohon:buangkan segala sihir(yg dikluarkan oleh batu tersebut). (clah tetap panggil batu, walaupun ia besi.)
kemudian clah nmpak jaringan sihir masih berselirat. 
"buangkan jaringan sihir tu juga ya Allah"
kemudian, clah nmpak batu tersebut menangis..semoga batu tu berada di syurga..mohon clah lagi.

esoknya, clah buat solat tahajjud lagi..
nak tahu bgm keadaan batu tersebut, samada masih kluarkan sihir..
jawapan: dah tiada sihir. batu tu tak putus2 bersyukur..

sbnarnya clah pun terasa perubahan pada diri clah. semua sakit clah dah tak ada rasa terover. dah kembali normal.

seterusnya lagi..
clah tanya samada clah dah tak perlu renjis...
jawapan:tak perlu.

awal pagi raya, clah mohon kepada Allah:
ya Allah Engkau terimalah doa kedua ibu bapa mail @ selimpang kuning.

kemudian clah scankan.
jawapannya:Allah dah terima doa clah.

clah:alhamdulillah..

kelmarin, dua kali imam selempang kuning tanya mak, bila nak jual rumah..(mmg tak reti base..(tak reti bahasa)) 

hari raya aid adha..bibik jiran blkg umah dtg bawa daging korban hampir sekilo. mak ambik ucap terimakasih. kmdian letak atas kerusi plastik dekat pintu. nanti clah tgk ada apa2 tak.
so..clah buat secara kasyaf.
alhamdulillah tak da apa2 yg diletak pada daging tersebut. clah kena renjiskan air zam2 slusuh munawwarah. namun kami dan sedara mara sebelah mak tak boleh makan, Allah tetap tak benarkan.  tapi kami boleh beri kpd kluarga sbelah arwah ayah.

lepas renjis, clah mntk mak cal dua pupu clah utk dtg ambik..


lagi2 situa ni buat hal..

3/11/13..tadi masa lepas clah solat zohor, mak cite kat clah..pagi ini dalam pukul 9, mak nak buka pintu pagar. mak pegang utk buang batu2 kecil yg mak letak kat ruang2 bawah. tetiba jejari mak rasa macam aritu..mcm pijar2. mak ambik air zam2 slusuh munawwarah buh tiga kali, buh myk atar kasturi.. berkurang sikit rasa pijar. mak mntk clah tolong tgk.

jap, clah buat cara kasyaf. 
yg buatnya mail.(menantunya tak buat. dia nak end result je. buat2 dia malas) lepas isya'. dia ambik bawa balik umah. baca mentera sambil puja2. sapu myk dagu. pas tu letak balik kat pintu pagar. sesapa aje yg pegang akan terkena. lama kelamaan org tersebut akan lumpuh kaki tangan(bila dah meresap keseluruh anggota). namun kalu clah yg pegang, tak kena pun. setan tu pulak yg akan lari bertempiaran..(hehe..ada saja la labu..)
utk matikan setan tu, renjiskan aje dgn air zam2 munawwarah. utk matikan rasa pijar pd tangan mak kena buh air zam2 slusuh munawwarah 7x. kalu mak buang batu kat atas rumah mail, dia dan kluarganya akan terkena. perniagaannya akan lumpuh.

hah..mak, itu yg diberitau. apa pilihan mak?
mak renjis je..pas tu mak buang batu tu.  
    
dua minggu lepas, masa kami sedang tunggu utk solat subuh, 
"pang"..
"bunyi gapo(apa kat) ddapur"..mak terkejut..mak g tgk..ada kepingan kayu empat segi 4cmx4cm..atas lantai dapur. clah agak potongan kayu tu dilempar melalui lubang tingkap bhagian atas yg tak berkaca(kacanya pecah bbrp bulan lepas).. mak mntk clah tgkkan samada ada sihir. lepas solat subuh, clah lihat secara kasyaf..alhamdulillah tak da apa2. 

dua hari lepas masa adik clah nak tutup pintu pagar, dia ternampak plastik berisi ayam yg mati di tepi pagar berdekatan pokok ubi kayu. mak apa lagi, bising mengalahkan ayam betina nak bertelur..hehe
"mak tgk la samada ada sihir ke tak."..clah beri cadangan. (mau mak?! hehe)

selepas scanning..clah bgtau, tak da apa2 pun. dia(imam selempang kuning cuma nak takut2kan clah je..macamla clah takut?hehe)
bila adik clah yg sorang lagi datang bertandang ke rumah, mak lagi sekali bercerita ttg ayam mati. adik buat acuh tak acuh.. clah gelak.. 
"nape buat muka macam tu?"tanya clah pada adik. 
"mak dah cite dah semalam"ujar adik clah. clah senyum..biasa la.. 



Friday, 5 July 2013

panggilan jihad...di bumi Mesir

awal pagi tadi, semasa buat solat sunat, clah ternampk cahaya. lupa cahaya tersebut bermaksud apa(lupa je..tapi lom nyanyuk lagi la..huhu)..jadi clah buat solat istikharah utk tanya mana la tau kot2 ada dosa clah yg clah tak mintak keampunan Allah lagi, atau ada apa2 yg sepatutnya clah buat, clah tak buat, atau ada apa2 yg tak sepatutnya clah tuturkan/tulis clah tutur/tulis.

jawapannya..
clah dipanggil utk berjihad di Mesir. clah kena buat solat tahajjud 3 kali(6rakaat). mesti baca surah alkauthar 21 kali tak kira samada di rakaat pertama atau kedua selepas fatihah.seterusnya boleh baca surah lain2pun.
juga surah Fath 3x selepas solat.

solat tahajjud pertama:
clah diberitahu ttg jaringan sihir yg dihantar melalui angin. di hantar oleh yahudi dan konco2nya.
apa yg clah diberitahu selepas itu adalah..api muncul dari bukit, org2 yahudi lari celuda(bertempiaran). Allah bakar semua jaringan sihir. 

tahajjud kedua:
sihir dihantar melalui bawah tanah. ini jg dihantar oleh yahudi dan konco2nya. 
kubu2 kafir dibom. terdapat lubang besar dan panjang.

tahajjud ketiga:
sihir yg dipancarkan ke langit.ini adalah sihir yahudi kuno. ia spt anak panah malam(satiq) atau agen orange.
ia mengenai setiap rumah dan kemah terus kpd maniusia yg berlindung di dalamnya. kena dan melemahkan saraf setiap rakyat. Allah bakar hangus sihir tersebut.

ptg tadi, tetiba clah terasa lemah seluruh badan. jadi clah buat scanning.
hurmmm..oleh krn clah belum sempat baca surah Fath, clah telah diberitahu bhw clah diserang oleh rabbi. clah mntk tolong adik bungsu clah baca. abis 3 kali dia baca, katanya sendinya sakit. clah gelak.
"kena serang ke?", tanya adik clah.
"mmg la", jawab clah.
"ermm...dah agak dah.."


serangan ketika subuh..
serangan oleh tentera ketika jemaah sedang solat subuh, mmg mengejutkan. clah masih ingat sewaktu clah masih di sekolah rendah dulu, di Filipina, ketika pemerintahan Marcos, tembakan dilakukan ketika jemaah org2 Islam sedang bersolat jg, kalu tak silap solat jumaat. kejadian spt ini jg pernah berlaku di thailand. di malaysia? cari sendiri..

yg clah scan:
askar upahan. ada conspirasy. lihat kejadian bgm kejatuhan empayar Uthmaniah.(cara itu yg mrk guna)

9/7/13..clah cal adik clah pagi ini. bila clah citekan apa yg clah scan.
dia kata, *dah tau dah. dia dah baca hasil perisikan.

p/s..clah hanya akan dipanggil utk berjihad, sekiranya sihir terlibat.
*apa yg clah scan, sama dgn hasil perisikan..

9/07/13..masa maghrib tadi clah scan, clah diberitahu..
semua habib berkumpul di sana(secara rohani). clah tanya, samada clah kena pergi ke sana jgk..
jawapan:terpulang.. clah tanya balik, kalu clah ke sana, apa yg harus clah buat..
jawapannya:buat benteng dari cahaya..
insyaa Allah clah akan ke sana..namun oleh krn clah tak reti nak buat benteng cahaya, clah mntk diajarkan bagaimana.. 




p/s..sesiapa nak antar maklumat diri..
sila antar melalui email clah:klateblackrose@gmail.com

kena tunggu la..sb tahun lepas pun masih ada..sesiapa yg clah tak jawab setelah bbrp bulan, sila antar semula email. dan jgn lupa, bg no. phone.. 
tenet clah selalu problem. ni pun dua minggu kabel kena curi..ari ni baru ok..
mgkn anda rasa clah ikut giliran biasa..sbnarnya clah ikut kalu nama "anda naik".. ertinya dah sampai masa utk bantu anda..




Monday, 1 July 2013

tahi dunia..

clah ada seorg kenalan. dia ni seorang cgu pompuan skolah menengah. kenapa clah scan dia? sb dia mmg tak suka kpd perjuangan Islam. apa yg clah tgk dia asyik dgn membina dan membanyakkan binaan chalet dan homestay kepunyaannnya.

lama kelamaan hati clah rasa mcm tak selesa. bkn dengki. tak de langsung. rasa terpanggil utk scan dia. clah mmg terkejut dgn hasil scanning.

hasil scanning:
tahi dunia. kenapa? dia takjub pada dunia. Allah hinakan dia(sb itu diberi gelaran tahi dunia). bagi dia:dapat dunia, baru dapat akhirat.

bolehkah clah tolong dia?ntah la..
apa yg clah nmpak utk hubungan dia dgn Allah, seterusnya ialah
kawasan yg mcm kawasan kaabah. tapi bkn kaabah yg ada kedudukannya, disebelah tepi, bangunan tersergam warna cokalt kemerahan.. dan ada mata dajal dibahagian hadapannya.
demi ternampak je mata dajal tersebut, dari mulut clah terkluar:
"MASYAA ALLAH!!"

terus clah terkluar dari kasyaf..clah termenung panjang..









Sunday, 30 June 2013

Awas... kesan sihir selepas mati..

Perhatian...seseorang yg menjadi mangsa sihir, meninggal dunia sebelum sempat sihir dibuang atau sebelum sempat sembuh dari sihir menanggung siksa kesan sihir atau pengaruh sihir tersebut!!

anda mgkn tak percaya!!

ingat lagi kisah kucing clah dlm tanah mak yg banyak masalah? kucing clah mati krn sihir, ia tersiksa. clah mmg marah. clah buangkan siksaan tersebut, dan clah kurung ruhani kedua2 mangkuk(pompuan cina yg mengupah dan tok sami cina yg ambil upah, membunuh kucing clah secara sihir) dlm botol/aquarium kecil.
p/s..clah nmpk keadaan hitam kelam menyelubungi ruh kucing clah.

kisah kedua ialah kwn kpd adik ipar clah. mak mertuanya(arwah dan kluarganya tak tahu hal ini) antar 5 pendamping utk menyerangnya, membuatkannya sakit seolah2 dia kena barah otak. masa arwah kat hospital, doktor pakar kata, kes yg paling rare. satu persejuta.. dia lom pernah trima pesakit begini. kalu teruskan berada di hospital, cuma jadi bahan kajian.jadi, dia suruh bawa balik.

mak mertuanya mmg tak suka pdnya, kalu mati lagi bagus, katanya. belum sempat rawatan dilakukan, beliau telah pulang ke rahmatullah minggu lepas. namun pengaruh sihir masih belum ilang. kluarganya perlu renjiskan air zam2 alkauthar sebanyak 3 kali pada keseluruhan kubur arwah.

kes ketiga. seorg remaja disihir selama bbrp tahun. sakit yg membawa maut. pengaruh sihir masih ada.

kes keempat. yg ni meninggal selama 3 tahun. arwah bbrp kali disihir semasa hidupnya. dia meninggal sebelum sempat sembuh dari sihir, dan dlm keadaan koma. semasa clah scan, beliau sedang menangis di tempat terpencil, gelap gelita, menyeramkan dan memang menyeksakan. clah mntk suaminya cari air kolah 7 masjid utk direnjiskan ke kubur beliau, utk mematikan pengaruh sihir. oleh krn suaminya tidak berupaya mengumpulkan air kolah 7 masjid, clah mntk sedara clah ambik air kolah 7 masjid dr clah utk dibawa balik. sb suami arwah tinggal di bandar yg sama dgn sedara clah, jadi, boleh la dia g ambik di rumah sedara clah. bila clah bgtau kisah sebenar, apa lagi..sedara clah terus aje menolak.

"mati, ruh diambil, jadi segala urusan dunia sudah habisla...!!", itulah hujjahnya.

"bkn mcm tu.", kata clah sambil menerangkan apa yg terjadi..namun beliau tetap menolaknya. mati2 tak mahu bantu. aduh..susah kalu bertekak dgn org yg tak nampak secara rohani. clah cuma kesian pada arwah.


Friday, 28 June 2013

hah apa.. clah digigit pontianak?!

Akhir tahun lepas clah dapat nombor telefon seorg kawan lama. Kami mmg dah lama terputus hubungan. Dah berpuluh tahun.

hati dah dup dap..dup dap..maklum la lama tak dengar khabar berita. clah nak cal la dia hari ni. Petang tu, dalam pukul 6.30, clah cal dia.

"hello..assalamualaikum..", clah mulakan dgn salam. seronok ni.
"waalaikumussalam", jawab kawan clah.

tetiba je clah rasa ibu jari kaki kiri clah digigit sesuatu.

adui la..apa bnda pulak gigit kaki aku..kata clah dalam hati.
sambil clah mengadui2, clah dengar suara kawan clah dok gelak2 ditalian. terhencut2 kaki clah. sambil tangan kiri pegang ibu jari kaki kiri. tgn kanan pegang handphone. clah sangka kena gigit lipan atau kala jengking. maklum la sembang kat dapur. belakang bahagian dapur tu banyak pokok2. jadi apa2 je boleh masuk ke rumah.

"saya "lihat" awak memendam kesakitan seorang diri," kata kawan clah.
kata clah dlm hati,
ya la..apa tak nya..aku kena gigit ni..tatau apa bnda yg gigit aku..
selesai sembang lima belas minit kemudian, sakitnya belum hilang lagi.


mlm tu clah scan apa yg clah kena.
jawapannya, clah kena gigit pontianak!
alamak..pontianak? dari mana pulak datangnya?*sapa tuannya?*

rawatan:clah disuruh bubuh keseluruhan ibu jari dgn myk atar kasturi hitam. tekupkan ibu jari kaki tersebut dgn tapak tangan dan jari2 sambil baca doa nabi Yunus as sampai sakitnya hilang.
alhamdulillah..sepuluh minit lepas tu sakit hilang.

**p/s..soalan2 yg belum berjawab..nanti la bebila senang, clah scan utk tau.insyaa Allah.
  

Friday, 14 June 2013

kehidupan di kampung nelayan

clah dilahirkan dan dibesarkan di kampung nelayan. kampung dalam rhu. atas sikit adalah ju bakar. di seberang adalah tanah yg baru tumbuh, yg kami tahu ia dipanggil seberang datok..(ia berada disebelah matahari jatuh, jadi org tua2 panggil alik jattuh.)

hidup di kampung nelayan mmg seronok. di malam yg sunyi, selain dari dapat dengar deruan angin, kita dapat dengar ombak memukul pantai. Dalam pukul 5 pagi, riuh rendah suara nelayan2 samada yg guna bot besar atau yg pakai perahu, turun ke laut. ramai jiran terdekat clah yg bekerja sebagai nelayan, jadi bunyi tu datang dari arah dekat je. kalu musim hujan, sejuknya masuk ke tulang. kami selalu g ke pantai tgk pokok2 keladi buncis yg hanyut. kayu2 hanyut pun banyak tersadai. warna air pun dah jadi kekuningan.

hobi clah?..main.. apa2 sahaja bnda yg boleh dibuat main, selain tu..tgk tivi. balik aje dari skolah, kalu rajin, g ngaji Qur'an, kalu tak rajin, terus g main..

paling suka main pondok2 dlm rumah. meja kat ruang makan, clah tutup dgn kain, buh buku2 kat atas. bila dah tutup semua tepi meja, jadila bilik lain kat bawah meja tu! kmdian clah masuk dlm tu..wah..rasa privasi. seronok mcm dok kat dunia lain. kalau g umah mak nik(rumah mak susuan yg jg mak sedara clah), bangku yg kat luar(kat beranda) yg jadi mangsa. bangku tu bukan besar mana pun ruang bawahnya, tapi oleh sebab badan clah kecik, boleh la merangkak kat bawah tu. lepas main, semua buku2 dan kain clah kemas. kalu tak, takut mak tak bagi main lain kali.

kat bawah rumah, ditiangnya, kami ikat tali utk buat buaian. cukup la bagi clah dan kakak, walaupun buaian tu tak tinggi mana. meriah dapat main. kakak-kakak clah lebih suka duduk kat rumah, berbanding dgn clah. pagi dan petang kat luar rumah. kalu tak lapar, alamat tak balik le ke rumah. kalu merajuk sb mak marah, sehari suntuk la clah akan habiskan masa kat luar rumah.

main pondok2 kat luar rumah, tepi pantai bahagian atas dekat pagar kayu rumah kak nah. walaupun lorong pantai tu tempat orang lalu lalang, tapi ada ruang utk kami yg kecil2 ni bermain pondok2. kami tandakan kawasan masing2. terpulangla kami nak buat macamana pun. nak buat pondok kecik, nak gali buat lubang dan dok dalam lubang tu..etc..main sampai hampir maghrib..tapi lepas main, kena kemas balik. lubang kena timbus..yg lain2 kena buang.

sebelah rumah clah, rumah guru Qur'an clah. depan rumahnya ada telaga besar, kalu kami dahaga, senang je..timbanya air telaga utk minum. sejuk dan menyegarkan. semua org kat kawasan berdekatan ambik air dari telaga tersebut. utk masak dan minum. kami semua mandi kat situ..(zaman dulu, mana kisah dgn org yg lalu lalang) mandi je dlm keadaan seksi.. mana ada org mandi tutup semua sekali? hehe(alhamdulillah, zaman skrg, bila dah ada kesedaran ugama, kita lebih tahu dan lebih beradap)

pagar rumah kami diperbuat dari papan. papan2 ni disusun teratur. namun apa yg tak bagusnya, bila pakunya berkarat, maka ia mungkin tercabut atau papan pagar terkopak dimakan anai2 etc. itulah yg terjadi kat papan pagar belakang umah kami. dua dah boleh ditarik2..hehe..ada can la si kecik ni buat hal..auta betul..!!

dikejar mak dgn batang penyapu..

balik dari sekolah, tukar pakaian...turun tangga, terus ke belakang rumah. clah tarik dua2 papan ke atas..merangkak kluar..yeah..merdeka.. lorong belakang tu menghala ke semua arah. mak takkan tau clah tak pegi ngaji Qur'an. gitula kegiatan sehari2.. seminggu boleh kira berapa kali je g ngaji Qur'an.. macam biskut chipsmore..kejap ada kejap tak da. lama kelamaan kegiatan clah(hanya clah je yg berani buat, nampak bkn main lembut dan manja, tapi..jgn percaya..akak2 yg lain baik). dapat dihidu oleh mak. tambah2 lagi tok guru Qur'an clah datang dan komplen kat mak. wah bkn main marah lagi mak. tapi itu selepas dua tahun kegiatan clah...lama gak tu..! satu kampung dengar mak mengamuk. kejar clah kelililng kawasan kejiranan. lintang pukang clah lari..padan muka! hehehe...

clah terpaksa g mengaji petang tu jugak. tok guru clah tak da, yg ada cuma suami dia. kami panggil ayah aji. jadi ayah aji la yang mengajar clah Qur'an. sambil tersedu, teruskan bacaan. ayah aji cuma senyum. dalam hati mesti gelak sakan. sb mana ada anak murid isteri dia pernah ngaji ngn dia. yg ni anak murid bidan terjun. hehe..

mukaddam taik abis lagi ni. dah darjah lima nak masuk darjah enam. malas punya pasal. suatu hari clah bagitau kakak clah yg no2, ttg seorg kawan sedarjah clah yg kena ejek sb baru baca juzuk al-Baqarah. kakak no2 clah pulangkan paku buah keras kat clah.
"eleh tak payah cerita tentang orang lain. ko tu, mukaddam pun lom abis lagi"
clah memang terdiam, terkejut dengar reaksi kakak.

suatu hari clah terfikir, macamna kalau lepas tahun depan, mak dan ayah pindah jauh dari rumah tok guru Qur'an clah. dgn sapa clah nak teruskan. ini tak boleh jadi, clah mesti abiskan ngaji secepat mungkin. dalam hati clah, clah bertekad untuk habiskan satu Qur'an sebelum habis setahun, iaitu sebelum clah masuk tingkatan satu. alhamdulillah, dalam tujuh bulan, clah dah khatam.(boleh pun..! hehe). memang benarlah, tahun berikutnya, kami memang benar2 pindah ke pekan tumpat. ayah dah beli rumah yg terletak di belakang kelab umno tumpat.


rumah mok yang sentiasa damai...

bila ada masa lapang clah dgn kakak2 clah akan ke rumah mok(mak kepada ayah). rumahnya terletak selang bbrp rumah dr rumah kami. rumah mok mmg bersih. mana ada budak kecik yg nak buat selerak..hehe.. mok duduk dgn mak sepupu clah. dan seekor kucing jantan yg kami panggil putih. rumahnya kecik aje..ada ruang tgh, ruang dapur dan beranda. kawasan luar rumah pun bersih. ada telaga kecil disebelah tepi dekat dgn pagar menghala ke laut. kawasan rumah mok lebih tinggi dari kawasan lain, jadi, pemandangannya lebih cantik..terutama bila kita memandang ke laut..tak dpt digambarkan bagaimana..
   
mok mmg manjakan cucu2nya. setiap permintaan kami dia akan penuhi. tapi biasanya kami mintak mok tolong gorengkan bertih dari padi. kami berempat akan mengerumuni mok semasa mok menggorengnya. padi bila digoreng akan mengeluarkan bunyi dan melantun..itu yg membuatkan kami seronok.

utk clah, mok biasanya simpankan ikan aya(ikan tongkol) rebus. mok tak bagi orang lain usik. mok letak dalam almari lauk. "ni hok pabilah. jange ambik(jangan ambil)". eee..seronok sangat dapat ratah ikan tongkol rebus.

clah diusik pelesit

suatu hari semasa clah darjah satu atau dua(sori lupa), mak sepupu clah mengajak clah, akak no2 dan akak no3 berkunjung ke rumah mak sedara clah. mok nik adalah kakak mak dan juga merupakan mak susuan clah. rumahnya lebih kurang setengah jam berjalan kaki dari rumah kami. mmg seronok berjalan santai sambil gelak2.

oleh kerana jalan ke rumah mok nik adalah sehala dgn jalan dari rumah, jadi tak perlu lintas jalan. di seberang jalan kami nampak sekolah Melayu(skolah kebangsaan tumpat), kami teruskan perjalanan melalui kedai-kedai dan rumah kawan sekelas clah, suri. bila kami sampai di kedai timah mamat, mak sepupu clah ajak kami masuk ke kedai tersebut. kedainya kecik aje. tapi byk tersusun tin2 biskut. tiap dari kami menjengak melihat biskut2 yg pelbagai jenis. nampak sedap dan menyelerakan. mak sepupu clah bersembang dgn mak cik timah. mak cik timah senyum bila melihat kakak2 clah. bila dia terpandang aje clah, dia terus bersuara sambil memandang mak sepupu clah:
"hok ni lain siket eh.."    
"urm.." jawab mak sepupu clah sepatah sambil senyum.

clah ni bebudak mana la clah tahu apa yg di maksudkan olehnya.
perjalanan diteruskan. kami tak beli apa2 pun. saja mak sepupu clah je..mmg suka meninjau barang2..
sampai kat rumah mok nik. kami berehat.
rumah mok nik ni terletak dalam lorong kecik berhadapan dgn deretan kedai. di belakang kedai2 tersebut, lebih kurang 6 meter ada rumah pak cik pembuat pelita ayam. dan lepas tu ada kubur. sbnarnya clah tgk rumah pak cik yg buat pelita ni menyeramkan(budak bodo..banyak sangat layan cerita fantasi dan filem seram ..hehe)

ada dalam beberapa minit kami rehat. clah terasa tak selesa pada perut clah. makin lama makin sakit. clah bgtau mok nik dan pok nik..

mok nik suruh clah baring kat ruang tamu. dia bawa bantal dan selimut. dia buh minyak urut kat perut clah, gosok2, kemudian dia suruh clah tidor. tapi clah tak dapat tidor. perut clah semakin sakit. clah menangis sunguh2. balik2kan badan ke kiri dan kanan. sakit teramat. pok nik cuba beri clah cium sesuatu..kayu apa ntah. tapi tetap sakit...kalu sakit sikit masa dok kat rumah kami, clah ambik myk ajaib, buh kat perut, gosok2 jap..ilang la sakit. tapi yg ni mmg tak boleh tahan langsung.
mok nik cemas. dia bagi tahu pok nik.
"kita kena panggil mak dgn ayah dia ni. byk kali dah buh myk angin, tapi sakit jugak budok ni."

tu la perkataan terakhir yg clah dengar. clah tak sedar pun bila mak dan ayah datang.(mgkn clah dah pengsan kot..hehe)  

lepas dari peristiwa tu baru clah tahu, mak timah tu pelihara pelesit. mak sepupu clah beritahu mok nik kami singgah di kedai mak timah. mok nik dan org2 kampung berdekatan mmg tahu siapa dia.
setiap kali lau depan kedai tersebut, clah disuruh kata sesuatu. dulu mmg clah ingat dan selalu sebut, sekarang dah lupa.

bbrp hari lepas clah ada tanya mak ttg ni, tapi mak kata tak ingat langsung. kesimpulannya clah rasa samada arwah ayah yg merawat clah(arwah ayah pernah merawat jiran terdekat kami masa clah kecik dulu) atau jiran kami pok mat dresar(tak tau knp gelaran ni..rasa2nya dia H.A kat hospital) atau kawan baik ayah, ayah Ku yg merawat. ayah Ku bkn calang2 org jgk, kita sebut je nama dia, tetiba dia boleh muncul kat depan pintu(dia seorg yg byk berzikir, cakapnya lembut. dia selalu dtg merawat kami semasa kami kecil. myk ajaib tu, mak beli dari dia. sewaktu clah sakit dlm perut bbrp tahun lepas, clah tak boleh nak berjalan tegak, Allah berikan ilham kpd clah utk g berubat dgnnya. Alhamdulillah, lepas tu ok sikit, kmdian mok nik yg tolong tungkukan sampai clah sembuh)

tetibaa je...clah pengsan

petang tu seperti biasa kami makan nasi di meja makan. mak marah2 kat clah. clah dah lupa kenapa. sambil makan clah menangis. tau la mak, kalu membebel dan marah2, mmg sampai dia puas hati baru berhenti. wah sedih benar hati budak nakal.. sepinggan nasi belum sempat habis clah makan, kaki tangan clah dah sejuk..badan menggeletar, kedua2 belah jejari tangan dah mengerekot mcm ketam*. clah tak sedar bila clah pengsan dan jatuh dari kerusi. nasib baik rumah kami rumah papan, kalu rumah batu, tak tau nak kata la.

dari lebih kurang pukul 3 petang clah pengsan. bila clah sedar, dah dekat pukul 6 setengah, sebab clah tgk dah rembang petang. clah pandang sekeliling..ramai jiran yg datang pompuan dan lelaki, memenuhi ruang tamu rumah(mcm kat rumah ada satu temasya atau kematian?) jiran2 terdekat termasuk tok guru clah dok dok sebelah clah sambil mengurut clah. clah pandang kat diri clah, dah la tanpa seurat benang(malu weh..hehe), selimut pun tak da. badan rasa sikit panas dan melekit kesan dari myk urut.
"sedar doh dio.."
semua org lega...

selepas dari peristiwa tu, mak tak bagi clah menangis lama. Dia pun dah naik takut.

kejiranan di situlah yg paling baik. mrk semua prihatin. dah bbrp tempat kami pindah. yg sekarang paling teruk. main sihir segala setiap masa.

p/s..mmg pantang utk clah menangis lama..itulah yg akan berlaku setiap kali. skrg cuma tinggal sejuk je la lagi. (ala..mcm dlm filem bollywood, lakunan sharmila tagoore dan shashi kapoor tu..yg sharmila tagoore jatuh dlm sungai air batu..haa..macam tu la keadaan clah)..kan clah dah kata, clah ni mamalia berdarah sejuk..hehe(ia bkn sb saka..tapi kifarah..)


malam lailatul qadr 

bulan Ramadhan adalah bulan yg paling menyeronokan.  masa tu kami tak da jam loceng, namun, itu tidak menjadi halangan. kalu satu rumah tak terbangun, jiran yg bangun akan kejutkan yg lain. 
tok guru clah yg jadi jam loceng kami. dia akan panggil nama mak, sampai mak bangun. biasanya bkn mak yg terjaga*, tapi kami...

sblum buka puasa.. jiran lain yg datang beri makanan, biasanya kuih la. clah start puasa masa umur 6 tahun. kuih yg paling clah suka buah gomok. buh dalam piring, simpan dlm lemari. nanti clah pandang je kuih tu berejam2.. sampai masa berbuka..hehe.. 

*p/s..sblom ni clah bgtau mak selalu komplen matanya pedih(seingat clah dr masa clah kecik sampai skrg)..demi aje clah tuliskan diblog(sblom ni) ..clah rasa terpanggil utk bantu mak..(dan jg sesiapa yg ada masalah ini).
mata mak akan pedih setiap kali nak bangkit dari tidur samada tidur malam atau tidur siang. knp ini terjadi? 
jawapannya:krn lalai dr Allah.

rawatannya:
mak kena amalkan buat solat tobat 3x(6rakaat), baca ya BaSsar 1000x, istighfar 1000x dan baca surah alMulk(oleh krn mak belum lancar..jadi kena bljar dr clah dulu la) tiap hari..sehingga Allah terima. alhamdulillah, bbrp hari buat, mak dah senang bangun. tak da kedengaran komplen pedih mata.

komen clah:kita manusia bknnya sempurna, jadi, sama2 lah kita berusaha samada menbantu diri kita dan dlmasa yg sama membantu yg lain jg utk menjadi yg lebih baik setiap hari.
     
        
   
bersambung..









Tuesday, 11 June 2013

pelik dan mengherankan..guna hantu raya utk pikat pompuan?

ni cite bulan lepas..
balik dari pasar berek 12, mak bgtau clah, kak naimah nak bercakap ngn clah.mak kata, kak naimah rasa tak seronok. clah tanya mak, kenapa. mak kata, kak naimah nak cakap sendiri, nanti dia cal.

petang tu, bekas jiran clah, kak naimah yg sekarang sudah tiga tahun bergelar janda, cal clah. dia terasa gelisah. hati tak tenang. dia mntk clah tolong tgk apa yg tak kena dgn dia. kak naimah sudah berpindah duduk dgn anak lelaki dan menantunya. semenjak dua menjak menjadi janda ni, dia mmg suka melaram.  muka ceria je, tak da masalah macam masa kwin ari tu. tersiksa emosi.

walaupun umurnya dah lewat 50an, tapi orgnya masih ok. berbadan sederhana. kulitnya putih mulus. rambutnya blonde(sb pakai inai..sebbaik la mata tak biru..hehe), tapi tak boleh nampak la sebab, dia pakai tudung. g sana sini bawa kreta yg anak belikan. tiap bulan, dpt duit rumah sewa. hi, duda dan laki org mana yg tak berkenan?

clah janji utk tolong dia..

awal pagi esoknya, clah scan.
alkisah, dlm kak naimah berulang alik beli barang, ada seorang lelaki yg sukakan dia. samada kat pasar berek 12 atau berhampiran rumahnya, clah tak pasti. tapi kalu clah bgtau kat pasar, tentulah dia tak kan jejakkan kaki langsung ke pasar tu selepas ni. apa yg menjijikkan, lelaki ni bela hantu raya ganas. dah dilepaskan hantu rayanya mengacau(atau mgkn menjaga) kak naimah.

bila clah bgtau hal ini kpd kak naimah, dia gelak. katanya, kalu nak, masuk la meminang.
wah, bkn main lagi kak naimah, terkejut jgk clah. dulu, clah dah bgtau, dia kena kawin, utk selamat. kalu tak, mmg dia tak selamat. clahpernah scan dia tahun lepas, nmpak kaabah, dari kaabah, kluar kepala tubuh dan naga dlm bbrp meter..macam nak gigit clah.

"huisy, akak, kalu dgn lelaki yg pelihara hantu raya ni, baik tak payah. baik cari org yg beriman."

apa rawatan yg kak naimah kena lalui?
7 hari makan kurma ajwa 7 biji sehari(49 biji). 30 hari minum air zam2, segelas sehari. kurma dan air zam2 perlu dimakan dan minum masa azan maghrib. biji kurma (7) perlu ditanam utk setiap penjuru rumah. iaitu 4 penjuru(28 bijinya)

air zam2 clah mntk mak campurkan dgn air zam2 yg clah dah bacakan surah al-Kauthar. kemudian, clah kena baca tambahan, utk air zam2 dan kurma iaitu yasin 1 kali, doa kanzil arasy sekali dan doa utk binasakan setan 10 kali.     

19/6.. kak naimah masih dlm proses rawatan..abis 30 hari, insyaa Allah, clah akan scan lagi sekali. rawatan adalah utk meleraikan kak naimah dr hantu raya ganas itu shj.