Follow by Email

Tuesday, 4 June 2013

sian mak...rupa2nya hantu raya...

hotel berhantu raya..

pada hari sabtu 25/5.. petang mak clah bersama adik bungsu clah, adik kedua clah dan anak2 adik seramai 6 orang ke dungun utk jamuan perkahwinan anak sedara clah. clah dok kat umah, jaga rumah takut lari(hehe..). clah tak sihat. sakit perut demam sejuk macam org letak dlm fridge.. menggeletar kaki tangan menahan sejuk dan sakit..

aisyah:kenapa clah ketar..
clah:clah sejuk la..

so satu hari tu clah tak makan..minum je..air panas suam, minum pati delima dan telan kapsul habbatus sauda'.. pastu g tido..ulang mcm tu byk kali..sehingga hilang sejuk..alhamdulillah.. dlm bbrp jam lepas tu ..dah ok..cuma demam je lom kebah.

akak clah dah sewakan satu rumah utk tetamu lelaki dan satu rumah utk tetamu pompuan.. namun dek krn adik bawa anak2nya yg kecik2 tu, lelaki dan pompuan, adalah lebih selesa jika menyewa kat tempat lain. mrk dok kat hotel je..

esoknya lepas jamuan, mrk balik kb..

masa tu clah dah sihat sikit. aisyah bkn main seronok bercerita ttg hotel tu..pot pet..pot pet..

dua hari lepas tu mak komplen, rasa letih semacam.. mak pening masa dok kat hotel tu..dah buh tali nano..tapi pening jugak.. bbrp hari lepas tu mak batuk2..

"tolong tgk mak kenapa.."..ujar mak pada clah.

"mak jgn tuduh sembarangan, nanti clah tgk.."..ada la mak tuduh seseorg, tapi clah dah bg warning, maklum la kita tak tahu, jangan nak memandai pulak, kesian org tu..

awal pagi dua hari lepas, clah scan..

"mak, tuan rumah yg mak tido tu ada bela hantu raya ganas"
mak kena mandi tghari nanti dgn air kolah satu masjid, air zam2 yg clah dah bacakan Al-kauthar, daun tanjung 30 helai dan bunga melor segenggam.. bila asar, minum air zam2 yg clah dah bacakan surah al-Kauthar dan makan kurma ajwa 7 biji(ni pun clah dah bacakan surah al-Kauthar). 

"mak yg kena teruk dari adik2. terpulang kpd mrk nak mandi ke tak."

alhamdulillah..hari ni batuk mak pun dah tak kedengaran..mak pun dah lebih dari 70% sihat..


"lawatan" hantu raya dr pekerja rumah jiran

akhir tahun lepas, mak ke rumah jiran kami, wan, utk ambil keratan batang pokok ubi kayu putih, katanya nak tanam kat kawasan rumah kami. dulu mak bagi keratan batang ubi kayu utk isterinya tanam. bila wan dan isterinya bercerai, rumah tu dh jadi milik anaknya rozita. bila dah tumbuh dan isinya dah diambil anaknya, rozita, mak mintak pula sb kat rumah kami pokok ubi kayu putih dah pupus bakanya. tak buruk siku ke? ntah lah..hehe
  
isi ubi kayu putih tak da kayu macam isi ubi kayu kuning, kata mak. jadi, sedap utk dimakan. mak rebus je..lain2 mak tak suka. bila mak rebus, dia akan rebus satu periuk, dia suruh clah makan. clah bkn suka sgt ubi rebus, sat lagi kalu tak abis, mak akan tanya,
"ko tak makan ke ubi kayu rebus tu? mak dah buh gula sikit bagi rasanya manis,"

"tak larat nak makan dah mak..naik kembung dah perut ni.."

kami cuma berdua, rebus satu periuk..ayyo! nak kena habiskan..ni yg leceh! kalu clah rajin, clah potong buat sira dgn nisan kerek..tapi masalahnya malas..huhu

petang tu masa mak g umah wan melalui pintu pagar belah dapur, ada dua pekerja lelaki sedang pasang grill. seorg muda dan seorg lagi sedikit berumur. bila mak balik, dia potong keratan2 tersebut menjadi lebih pendik, mak kata dpt lagi banyak. selesai, mak terus susun keratan2 tersebut kat tepi dinding garaj. mak naik berehat kat ruang tamu. mak dok atas lantai di belakang clah, dia kata kepalanya rasa pening sikit dan rasa lemah.
clah solat zohor. namun clah rasa macam ada bnda dok belakang clah. kejap kat sini, kejap lagi kat sana.
selesai solat, clah buat scanning.

"mak..hantu raya ikut mak. ia berkenan kat mak." kata clah sambil gelak.
"apa pulok berkenan kat aku..!",kata mak sambil juihkan bibirnya..

tadi la mak kan g umah wan, pekerja yg tua sikit tu ada saka hantu raya, hantu raya dia la yg ikut mak balik.

jap agi mak mandi. ambil air kolah satu masjid, campur sikit air zam2 yg clah dh bacakan alkauthar dan  bunga melur 10 kuntum, daun tanjung 10 helai dan setitik minyak atar kasturi hitam dan merah.

mak buat apa yg clah suruh. alhamdulillah..  


1 comment:

  1. salam...

    boleh sy dptkan no fon atau fb unt tujuan perubatan?

    ReplyDelete