Friday 14 June 2013

kehidupan di kampung nelayan

clah dilahirkan dan dibesarkan di kampung nelayan. kampung dalam rhu. atas sikit adalah ju bakar. di seberang adalah tanah yg baru tumbuh, yg kami tahu ia dipanggil seberang datok..(ia berada disebelah matahari jatuh, jadi org tua2 panggil alik jattuh.)

hidup di kampung nelayan mmg seronok. di malam yg sunyi, selain dari dapat dengar deruan angin, kita dapat dengar ombak memukul pantai. Dalam pukul 5 pagi, riuh rendah suara nelayan2 samada yg guna bot besar atau yg pakai perahu, turun ke laut. ramai jiran terdekat clah yg bekerja sebagai nelayan, jadi bunyi tu datang dari arah dekat je. kalu musim hujan, sejuknya masuk ke tulang. kami selalu g ke pantai tgk pokok2 keladi buncis yg hanyut. kayu2 hanyut pun banyak tersadai. warna air pun dah jadi kekuningan.

hobi clah?..main.. apa2 sahaja bnda yg boleh dibuat main, selain tu..tgk tivi. balik aje dari skolah, kalu rajin, g ngaji Qur'an, kalu tak rajin, terus g main..

paling suka main pondok2 dlm rumah. meja kat ruang makan, clah tutup dgn kain, buh buku2 kat atas. bila dah tutup semua tepi meja, jadila bilik lain kat bawah meja tu! kmdian clah masuk dlm tu..wah..rasa privasi. seronok mcm dok kat dunia lain. kalau g umah mak nik(rumah mak susuan yg jg mak sedara clah), bangku yg kat luar(kat beranda) yg jadi mangsa. bangku tu bukan besar mana pun ruang bawahnya, tapi oleh sebab badan clah kecik, boleh la merangkak kat bawah tu. lepas main, semua buku2 dan kain clah kemas. kalu tak, takut mak tak bagi main lain kali.

kat bawah rumah, ditiangnya, kami ikat tali utk buat buaian. cukup la bagi clah dan kakak, walaupun buaian tu tak tinggi mana. meriah dapat main. kakak-kakak clah lebih suka duduk kat rumah, berbanding dgn clah. pagi dan petang kat luar rumah. kalu tak lapar, alamat tak balik le ke rumah. kalu merajuk sb mak marah, sehari suntuk la clah akan habiskan masa kat luar rumah.

main pondok2 kat luar rumah, tepi pantai bahagian atas dekat pagar kayu rumah kak nah. walaupun lorong pantai tu tempat orang lalu lalang, tapi ada ruang utk kami yg kecil2 ni bermain pondok2. kami tandakan kawasan masing2. terpulangla kami nak buat macamana pun. nak buat pondok kecik, nak gali buat lubang dan dok dalam lubang tu..etc..main sampai hampir maghrib..tapi lepas main, kena kemas balik. lubang kena timbus..yg lain2 kena buang.

sebelah rumah clah, rumah guru Qur'an clah. depan rumahnya ada telaga besar, kalu kami dahaga, senang je..timbanya air telaga utk minum. sejuk dan menyegarkan. semua org kat kawasan berdekatan ambik air dari telaga tersebut. utk masak dan minum. kami semua mandi kat situ..(zaman dulu, mana kisah dgn org yg lalu lalang) mandi je dlm keadaan seksi.. mana ada org mandi tutup semua sekali? hehe(alhamdulillah, zaman skrg, bila dah ada kesedaran ugama, kita lebih tahu dan lebih beradap)

pagar rumah kami diperbuat dari papan. papan2 ni disusun teratur. namun apa yg tak bagusnya, bila pakunya berkarat, maka ia mungkin tercabut atau papan pagar terkopak dimakan anai2 etc. itulah yg terjadi kat papan pagar belakang umah kami. dua dah boleh ditarik2..hehe..ada can la si kecik ni buat hal..auta betul..!!

dikejar mak dgn batang penyapu..

balik dari sekolah, tukar pakaian...turun tangga, terus ke belakang rumah. clah tarik dua2 papan ke atas..merangkak kluar..yeah..merdeka.. lorong belakang tu menghala ke semua arah. mak takkan tau clah tak pegi ngaji Qur'an. gitula kegiatan sehari2.. seminggu boleh kira berapa kali je g ngaji Qur'an.. macam biskut chipsmore..kejap ada kejap tak da. lama kelamaan kegiatan clah(hanya clah je yg berani buat, nampak bkn main lembut dan manja, tapi..jgn percaya..akak2 yg lain baik). dapat dihidu oleh mak. tambah2 lagi tok guru Qur'an clah datang dan komplen kat mak. wah bkn main marah lagi mak. tapi itu selepas dua tahun kegiatan clah...lama gak tu..! satu kampung dengar mak mengamuk. kejar clah kelililng kawasan kejiranan. lintang pukang clah lari..padan muka! hehehe...

clah terpaksa g mengaji petang tu jugak. tok guru clah tak da, yg ada cuma suami dia. kami panggil ayah aji. jadi ayah aji la yang mengajar clah Qur'an. sambil tersedu, teruskan bacaan. ayah aji cuma senyum. dalam hati mesti gelak sakan. sb mana ada anak murid isteri dia pernah ngaji ngn dia. yg ni anak murid bidan terjun. hehe..

mukaddam taik abis lagi ni. dah darjah lima nak masuk darjah enam. malas punya pasal. suatu hari clah bagitau kakak clah yg no2, ttg seorg kawan sedarjah clah yg kena ejek sb baru baca juzuk al-Baqarah. kakak no2 clah pulangkan paku buah keras kat clah.
"eleh tak payah cerita tentang orang lain. ko tu, mukaddam pun lom abis lagi"
clah memang terdiam, terkejut dengar reaksi kakak.

suatu hari clah terfikir, macamna kalau lepas tahun depan, mak dan ayah pindah jauh dari rumah tok guru Qur'an clah. dgn sapa clah nak teruskan. ini tak boleh jadi, clah mesti abiskan ngaji secepat mungkin. dalam hati clah, clah bertekad untuk habiskan satu Qur'an sebelum habis setahun, iaitu sebelum clah masuk tingkatan satu. alhamdulillah, dalam tujuh bulan, clah dah khatam.(boleh pun..! hehe). memang benarlah, tahun berikutnya, kami memang benar2 pindah ke pekan tumpat. ayah dah beli rumah yg terletak di belakang kelab umno tumpat.


rumah mok yang sentiasa damai...

bila ada masa lapang clah dgn kakak2 clah akan ke rumah mok(mak kepada ayah). rumahnya terletak selang bbrp rumah dr rumah kami. rumah mok mmg bersih. mana ada budak kecik yg nak buat selerak..hehe.. mok duduk dgn mak sepupu clah. dan seekor kucing jantan yg kami panggil putih. rumahnya kecik aje..ada ruang tgh, ruang dapur dan beranda. kawasan luar rumah pun bersih. ada telaga kecil disebelah tepi dekat dgn pagar menghala ke laut. kawasan rumah mok lebih tinggi dari kawasan lain, jadi, pemandangannya lebih cantik..terutama bila kita memandang ke laut..tak dpt digambarkan bagaimana..
   
mok mmg manjakan cucu2nya. setiap permintaan kami dia akan penuhi. tapi biasanya kami mintak mok tolong gorengkan bertih dari padi. kami berempat akan mengerumuni mok semasa mok menggorengnya. padi bila digoreng akan mengeluarkan bunyi dan melantun..itu yg membuatkan kami seronok.

utk clah, mok biasanya simpankan ikan aya(ikan tongkol) rebus. mok tak bagi orang lain usik. mok letak dalam almari lauk. "ni hok pabilah. jange ambik(jangan ambil)". eee..seronok sangat dapat ratah ikan tongkol rebus.

clah diusik pelesit

suatu hari semasa clah darjah satu atau dua(sori lupa), mak sepupu clah mengajak clah, akak no2 dan akak no3 berkunjung ke rumah mak sedara clah. mok nik adalah kakak mak dan juga merupakan mak susuan clah. rumahnya lebih kurang setengah jam berjalan kaki dari rumah kami. mmg seronok berjalan santai sambil gelak2.

oleh kerana jalan ke rumah mok nik adalah sehala dgn jalan dari rumah, jadi tak perlu lintas jalan. di seberang jalan kami nampak sekolah Melayu(skolah kebangsaan tumpat), kami teruskan perjalanan melalui kedai-kedai dan rumah kawan sekelas clah, suri. bila kami sampai di kedai timah mamat, mak sepupu clah ajak kami masuk ke kedai tersebut. kedainya kecik aje. tapi byk tersusun tin2 biskut. tiap dari kami menjengak melihat biskut2 yg pelbagai jenis. nampak sedap dan menyelerakan. mak sepupu clah bersembang dgn mak cik timah. mak cik timah senyum bila melihat kakak2 clah. bila dia terpandang aje clah, dia terus bersuara sambil memandang mak sepupu clah:
"hok ni lain siket eh.."    
"urm.." jawab mak sepupu clah sepatah sambil senyum.

clah ni bebudak mana la clah tahu apa yg di maksudkan olehnya.
perjalanan diteruskan. kami tak beli apa2 pun. saja mak sepupu clah je..mmg suka meninjau barang2..
sampai kat rumah mok nik. kami berehat.
rumah mok nik ni terletak dalam lorong kecik berhadapan dgn deretan kedai. di belakang kedai2 tersebut, lebih kurang 6 meter ada rumah pak cik pembuat pelita ayam. dan lepas tu ada kubur. sbnarnya clah tgk rumah pak cik yg buat pelita ni menyeramkan(budak bodo..banyak sangat layan cerita fantasi dan filem seram ..hehe)

ada dalam beberapa minit kami rehat. clah terasa tak selesa pada perut clah. makin lama makin sakit. clah bgtau mok nik dan pok nik..

mok nik suruh clah baring kat ruang tamu. dia bawa bantal dan selimut. dia buh minyak urut kat perut clah, gosok2, kemudian dia suruh clah tidor. tapi clah tak dapat tidor. perut clah semakin sakit. clah menangis sunguh2. balik2kan badan ke kiri dan kanan. sakit teramat. pok nik cuba beri clah cium sesuatu..kayu apa ntah. tapi tetap sakit...kalu sakit sikit masa dok kat rumah kami, clah ambik myk ajaib, buh kat perut, gosok2 jap..ilang la sakit. tapi yg ni mmg tak boleh tahan langsung.
mok nik cemas. dia bagi tahu pok nik.
"kita kena panggil mak dgn ayah dia ni. byk kali dah buh myk angin, tapi sakit jugak budok ni."

tu la perkataan terakhir yg clah dengar. clah tak sedar pun bila mak dan ayah datang.(mgkn clah dah pengsan kot..hehe)  

lepas dari peristiwa tu baru clah tahu, mak timah tu pelihara pelesit. mak sepupu clah beritahu mok nik kami singgah di kedai mak timah. mok nik dan org2 kampung berdekatan mmg tahu siapa dia.
setiap kali lau depan kedai tersebut, clah disuruh kata sesuatu. dulu mmg clah ingat dan selalu sebut, sekarang dah lupa.

bbrp hari lepas clah ada tanya mak ttg ni, tapi mak kata tak ingat langsung. kesimpulannya clah rasa samada arwah ayah yg merawat clah(arwah ayah pernah merawat jiran terdekat kami masa clah kecik dulu) atau jiran kami pok mat dresar(tak tau knp gelaran ni..rasa2nya dia H.A kat hospital) atau kawan baik ayah, ayah Ku yg merawat. ayah Ku bkn calang2 org jgk, kita sebut je nama dia, tetiba dia boleh muncul kat depan pintu(dia seorg yg byk berzikir, cakapnya lembut. dia selalu dtg merawat kami semasa kami kecil. myk ajaib tu, mak beli dari dia. sewaktu clah sakit dlm perut bbrp tahun lepas, clah tak boleh nak berjalan tegak, Allah berikan ilham kpd clah utk g berubat dgnnya. Alhamdulillah, lepas tu ok sikit, kmdian mok nik yg tolong tungkukan sampai clah sembuh)

tetibaa je...clah pengsan

petang tu seperti biasa kami makan nasi di meja makan. mak marah2 kat clah. clah dah lupa kenapa. sambil makan clah menangis. tau la mak, kalu membebel dan marah2, mmg sampai dia puas hati baru berhenti. wah sedih benar hati budak nakal.. sepinggan nasi belum sempat habis clah makan, kaki tangan clah dah sejuk..badan menggeletar, kedua2 belah jejari tangan dah mengerekot mcm ketam*. clah tak sedar bila clah pengsan dan jatuh dari kerusi. nasib baik rumah kami rumah papan, kalu rumah batu, tak tau nak kata la.

dari lebih kurang pukul 3 petang clah pengsan. bila clah sedar, dah dekat pukul 6 setengah, sebab clah tgk dah rembang petang. clah pandang sekeliling..ramai jiran yg datang pompuan dan lelaki, memenuhi ruang tamu rumah(mcm kat rumah ada satu temasya atau kematian?) jiran2 terdekat termasuk tok guru clah dok dok sebelah clah sambil mengurut clah. clah pandang kat diri clah, dah la tanpa seurat benang(malu weh..hehe), selimut pun tak da. badan rasa sikit panas dan melekit kesan dari myk urut.
"sedar doh dio.."
semua org lega...

selepas dari peristiwa tu, mak tak bagi clah menangis lama. Dia pun dah naik takut.

kejiranan di situlah yg paling baik. mrk semua prihatin. dah bbrp tempat kami pindah. yg sekarang paling teruk. main sihir segala setiap masa.

p/s..mmg pantang utk clah menangis lama..itulah yg akan berlaku setiap kali. skrg cuma tinggal sejuk je la lagi. (ala..mcm dlm filem bollywood, lakunan sharmila tagoore dan shashi kapoor tu..yg sharmila tagoore jatuh dlm sungai air batu..haa..macam tu la keadaan clah)..kan clah dah kata, clah ni mamalia berdarah sejuk..hehe(ia bkn sb saka..tapi kifarah..)


malam lailatul qadr 

bulan Ramadhan adalah bulan yg paling menyeronokan.  masa tu kami tak da jam loceng, namun, itu tidak menjadi halangan. kalu satu rumah tak terbangun, jiran yg bangun akan kejutkan yg lain. 
tok guru clah yg jadi jam loceng kami. dia akan panggil nama mak, sampai mak bangun. biasanya bkn mak yg terjaga*, tapi kami...

sblum buka puasa.. jiran lain yg datang beri makanan, biasanya kuih la. clah start puasa masa umur 6 tahun. kuih yg paling clah suka buah gomok. buh dalam piring, simpan dlm lemari. nanti clah pandang je kuih tu berejam2.. sampai masa berbuka..hehe.. 

*p/s..sblom ni clah bgtau mak selalu komplen matanya pedih(seingat clah dr masa clah kecik sampai skrg)..demi aje clah tuliskan diblog(sblom ni) ..clah rasa terpanggil utk bantu mak..(dan jg sesiapa yg ada masalah ini).
mata mak akan pedih setiap kali nak bangkit dari tidur samada tidur malam atau tidur siang. knp ini terjadi? 
jawapannya:krn lalai dr Allah.

rawatannya:
mak kena amalkan buat solat tobat 3x(6rakaat), baca ya BaSsar 1000x, istighfar 1000x dan baca surah alMulk(oleh krn mak belum lancar..jadi kena bljar dr clah dulu la) tiap hari..sehingga Allah terima. alhamdulillah, bbrp hari buat, mak dah senang bangun. tak da kedengaran komplen pedih mata.

komen clah:kita manusia bknnya sempurna, jadi, sama2 lah kita berusaha samada menbantu diri kita dan dlmasa yg sama membantu yg lain jg utk menjadi yg lebih baik setiap hari.
     
        
   
bersambung..









5 comments:

  1. Salam ciklah...bestnye zaman kecik2 dulu kan..bile diri takde dosa.. :( yang tahu hanya gembira n nk main je..kan..

    ReplyDelete
  2. assalam clah duk dlm rhu lek mano...worih ambo pung ado kot belah2 turrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      kami dok area pantai..kalu kat tebing tu, nampak seberang datok.. pantai dlm rhu panjang jgk..taktau nak agak.. tmpat clah duduk ni hanya bbrp minit jah dari ju bakar/jong bakar..yg clah ingat alamatnya..169c kg dlm rhu, tumpat..

      ado worih ko? clah pun ado ramai lagi worih hok dok sano..worih sebelah arwah ayah..

      Delete
  3. Saya suka baca cerita di sebalik tabir ni... Kalau boleh saya nak tau juga cerita mak/ayah cik...

    ReplyDelete